ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ
Di'edit' dari tulisan Hilal Asyraf
“Perkahwinan itu hanyalah gerbang, sedang
baitul muslim adalah
alamnya.
Bila
dilihat semula, ya. Perkahwinan hanyalah sehari.
Sedang baitul muslim, kemungkinan sampai mati.
Sekiranya
kita tidak bercerai.
Dan bila
dilihat semula, diri adalah asas kepada baitul muslim, baitul muslim adalah asas
kepada masyarakat, masyarakat adalah asas kepada negara, dan negara adalah asas
kepada dunia.
Jelas
betapa
baitul muslim , dalam rantaian itu, adalah antara asas dalam pembangunan
ummah.
Nyata,
sekiranya kita hendak membina bangunan tinggi yang kukuh, kita perlu membina
dasar yang lebih dalam serta kuat dan ampuh bagi menampung bangunan yang tinggi
itu.
Maka,
ummah yang baik, adalah yang dibina dari baitul muslim yang
berkualiti. Kerana jelas,
baitul muslim inilah yang akan menghasilkan
manusia, yang akhirnya menjadi masyarakat, mencorakkan ummah.
Justeru,
jelas di sini betapa
baitul muslim kita juga, adalah salah satu daripadanya.
Banyak
rumahtangga yang baik, maka semakin ampuhlah ummah.
Banyak
rumahtangga yang tidak baik, maka semakin rapuhlah ummah.
Persoalannya,
kita mahu menjadi yang mengampuhkan ummah, atau yang merapuhkannya?
Nampak Seronok, Tetapi Ini Tanggungjawab.
Ramai
teruja dengan perkahwinan kerana di’sasau’kan oleh perasaan. Cinta bila disalah
tafsir, bila diambil dengan tafsiran keduniaan, tafsiran Hollywood dan
sebagainya, memang akan kelihatan perkara yang hanya melibatkan perasaan,
keasyikan hati dan keindahan jiwa sahaja, hingga menjemput lalai dan alpa.
Tetapi
cinta yang sebenar, lebih daripada itu.
Maka
mereka yang memahami betapa besarnya peranan
baitul muslim , tidak akan sesekali
sambil lewa dalam bercinta. Kerana
baitul muslim adalah barisan utama ummah untuk
membangun sebagai ummah yang kuat. Justeru, suami berperanan sebagai pendidik
kepada isteri dan anak-anak, agar menjadi ummah yang soleh dan solehah.
Begitulah juga isteri, berperanan sebagai pendamping suami, yang
mengukuhkannya, yang sentiasa mengingatkannya kepada ALLAH SWT, dan mendidik
anak agar membesar menjadi hamba yang memahami Islam serta taat kepada ALLAH.
Bukanlah
pengurusan
baitul muslim ini, semata-mata kewangan.
Ramai
orang mudah menyelesaikan masalah kewangan. Minta bantuan Ibu Ayah contohnya,
maka masalah kewangan selesai. Tetapi, masalah menjadikan diri kita sebagai
pemimpin rumah tangga, yang memimpin ahlinya agar bukan sekadar mengejar
akhirat, tetapi memenuhi perintah ALLAH SWT sebagai pentadbir dunia, sebagai
khalifah, bukanlah sesuatu perkara yang Ibu Ayah kita boleh tolong lakukan.
Kita yang
perlu bina diri kita sendiri. Kita yang perlu berusaha. Kita yang perlu menimba
ilmu dan menguatkan keimanan kita.
Inilah dia
antara tanggungjawab yang besar, tetapi sering dilupakan, dan tidak pula
ditekankan dalam mana-mana sahaja kursus cinta dan perkahwinan.
Sebenarnya
hal cinta, perkahwinan dan rumahtangga ini sepatutnya diterapkan semenjak dari
tingkatan satu, sebagai salah satu silibus yang mesti ditekankan kepada
pelajar-pelajar.
Bukan
kahwin awal yang hendak digalakkan. Tetapi kefahaman betapa besarnya peranan
baitul muslim itu yang mahu ditekankan. Agar, pelajar-pelajar, semenjak tingkatan
satu lagi, tidak akan mudah-mudah hendak menjebakkan diri ke alam percintaan.
Tetapi akan berusaha memfokuskan diri terhadap pembinaan peribadi, jiwa, dan
keimanan.
Ramai
memandang enteng alam rumah tangga. Dari satu segi, urusan kewangan, urusan
emosi, urusan rumah dan sebagainya, itu sahaja sudah banyak, dan sukar. Lebih
berat, urusan hubungan keluarga terhadap ALLAH SWT, dan manfaat keluarga
kita kepada ummah, juga sepatutnya berada dalam kalkulasi kita yang ingin
berumah tangga.
Kahwin
memang mudah. Kita boleh kahwin dengan bajet serendah RM2000 jika mahu. Bahkan
lebih rendah daripada itu.
Tetapi
baitul muslim yang bermanfaat untuk ummah, bukan sesuatu yang mudah.
Justeru,
bagi yang memahami perkara ini, cinta bukanlah satu perkara yang ‘asyik’
baginya.
Saya
apabila menyebut ‘cinta’, beginilah besarnya makna saya. Berhelai-helai kertas
saya karang untuk menjelaskan kefahaman definisi cinta, kemudian rumah tangga
pula. Ya. Inilah dia cinta yang saya sering sebutkan.
Bila
cinta, mesti mahu bersama ke syurga.
Apakah
jaminan yang lebih baik untuk ke syurga, melainkan menjadikan diri bermanfaat
kepada ALLAH SWT?
Tidakkah
kita membaca firman ALLAH SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah AKU tunjukkan sesuatu
perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi
sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada ALLAH dan rasulNYA, serta kamu
berjuang membela dan menegakkan agama ALLAH dengan harta benda dan diri kamu;
yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui
(hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) ALLAH akan mengampunkan dosa-dosa
kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik
dalam Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah
kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari ALLAH dan kemenangan yang cepat
(masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada
orang-orang yang beriman.” Surah
As-Saff ayat 10-13.
Itulah dia
jalan untuk mengelak azab ALLAH SWT, dan mencapai syurgaNYA. Maka, jika benar
mahu membawa orang yang kita cinta ke syurga, menjadikan diri bermanfaat kepada
pembangunan ummah yang merupakan salah satu perjuangan Islam, adalah caranya.
Tidakkah
kita membaca firman ALLAH SWT:
“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu,
dari api neraka.”Surah At-Tahrim ayat 6.
Penutup: Maka Cinta Yang Melalaikan Itu, Akan Hilang Ditelan Keseriusan Kita.
Penutup: Maka Cinta Yang Melalaikan Itu, Akan Hilang Ditelan Keseriusan Kita.
Orang
kata, bercinta mesti angau. Mesti lalai. Mesti alpa. Mesti zina hati.
Cinta yang
ditafsirkan dunia, mungkin benar.
Cinta yang
sekadar seronok nak kahwin, mungkin benar.
Tetapi
bagi pencinta yang memahami betapa besarnya tanggungjawab sebuah baitul muslim kepada ummah, dan betapa perlunya dia membina peribadinya untuk memikul tanggungjawab ini, maka cinta yang melalaikan itu akan hilang ditelan keseriusan
cintanya. Kerana cintanya adalah ingin membawa orang yang dicintainya ke
syurga.
Mustahil
ke syurga dengan berlenggang sahaja!
Inilah
yang sepatutnya ditekankan kepada masyarakat.
Tetapi
yang kita sibukkan apa? Kita sibukkan dengan keindahan-keindahan cinta,
keasyikannya, warnanya yang berwarna-warni, perasaannya yang mengapung ke
langit.
Kita
sepatutnya menyibukkan diri kita, dan orang lain, akan tanggungjawab sebuah
rumah tangga ini.
Kita bukan
kahwin sehari dua kemudian sudah mahu bercerai. Kita bukan hanya mahu
melempiaskan nafsu sahaja. Kita sebagai pengejar syurga, kita adalah luar
biasa. Kita lebih daripada itu.
Pada saya,
inilah dia cinta. Dia akan menilai rumahtangga sama.
Bukan
seronok hanya dengan rasa-rasa di dalam jiwanya semata-mata.
Berusaha untuk berada di tangga pertama
sebelum melangkah ke tangga ke dua dan seterusnya^.^
sebelum melangkah ke tangga ke dua dan seterusnya^.^
Jangan hanya membayangkan keindahan pelamin. Tetapi bayangkan juga kebusukan lampin!
Berusaha ke arah mampu!^^
No comments:
Post a Comment