Friday, April 27, 2012

Berundur Setapak..

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ 



Semalam yang berlalu dijadikan sempadan. Hari ini yang masih misteri perlu diisi dengan ubudiyyah semaksimum yang mungkin. Hidup ini adakalanya terlalu misteri untuk ditafsir. Yang diharap tidak mendatang tapi yang tidak diingini itulah yang sentiasa menjengah. ALLAHurabbi..

Tidak semua yang kita mahu akan kita dapat, sepertimana tak semua yang kita miliki sekarang adalah seperti yang kita mahu. Jelas, bukan kita yang mengatur setiap tapak perjalanan hidup ini. Hakikatnya langkah-langkah yang tercipta adalah rencana yang hebat daripada Dzat yang juga hebat iaitu A.L.L.A.H. Walaupun lain yang diminta, lain yang mendatang. Namun sedarlah apa yang DIA beri jauh lebih banyak daripada apa yang diminta. DIA memberi sebelum sempat kita meminta. Tapi jangan lupa adakalanya DIA mengambil semula pemberianNYA sebelum sempat kita menikmatinya.

Waktu yang Ditinggalkan Pergi.

11 minggu berlalu. Cuba menggagahkan diri melalui segala ‘rencah’ hidup yang ALLAH letakkan. ALLAH meletakkan pelbagai ‘perasa’  supaya hidup ini dapat dinikmati dengan keenakkan yang  tak terkata . Pura-pura berlagak kuat dihadapan manusia, namun mustahil sekali berlagak kuat dihadapan ALLAH yang dapat ‘menghidu’ setiap inci kelemahan diri ini. Apatahlagi kekuatan yang dimiliki ini semuanya pinjaman dari DIA. ALLAH..ALLAH..

Ujian apa pun yang datang tanpa meletakkan sabar dan redha pasti akan berganda kepedihan melalui ujian tersebut. Bukan mudah melalui ujian ini bila mana diserang bertubi-tubi dari segenap penjuru(hiperbola je ni:D) Berganda lagi bila berhadapan dengan mulut-mulut yang tak pernah mengerti.

*Jangan layan sangat ‘benda’ tu*
*Jangan ikut sangat cakap ‘benda’ tu*
*Jangan fikir sangat ‘sakit’ tu*

Manusia. Mudah sekali meletakkan penilaian sebelum meletakkan diri sendiri di tempat orang yang diuji. Mungkin ada yang berniat untuk memberikan tasji’ untuk diri ini tapi sebenarnya semua ayat-ayat ini hanya akan melemahkan dan membuatkan ‘makhluk’ ini semakin menguasai diri ini. Bayangkan, dalam keadaan diri yang tengah lemah dapat pula ayat-ayat yang agak melemahkan maka terhasillah diri yang semakin lemah. Bila dalam keadaan begitu mana mungkin dapat melawan ‘serangan’ yang datang. Orang-orang yang sihat mungkin menganggap ayat itu biasa tapi bagi diri yang diuji ini ayat itu sangatlah luar biasa sekali(makan dalam). Sensitive. Serius! Mungkin ada yang menyangka ana tak sedar apa yang berlaku tapi sebenarnya semua yang berlaku dalam keadaan sedar cuma uncontrolled.

Melalui proses tarbiyyah bukanlah dengan melalui jalan-jalan yang sentiasa ditaburi bunga tetapi dengan kesedihan silih berganti, kepedihan yang tak terperi, kesusahan yang sentiasa memayungi, dan pelbagai lagi mehnah menghujani. Tapi, dalam setiap kesusahan ada kesenangan dan dalam kepayahan pasti ada kemanisan. ALLAH, bilamana menghadiahkan ujian, DIA  juga yang pinjamkan kekuatan. DIA juga yang mendengar segala  rintihan. DIA juga yang mengira setiap titis air mata yang tumpah . Dia juga yang memberi pahala setiap kesusahan yang dialami. DIA juga tak pernah sesaat pun meninggalkan kita. Tak pernah lupa menghamparkan kasih sayangNYA dalam kesenangan apatah lagi kesusahan. ALLAHurabbi.

Dalam ALLAH menguji, DIA juga mengirimkan insan-insan yang DIA kuatkan disisi. Pengembur semangat disaat rasa terlalu letih melalui ujian-ujian ini . Air mata  mengalir laju bila mendapat sentuhan tasji’. Rupanya masih ada yang memahami:’) Paling terkesan dengan kata-kata seorang ustaz yang mengubati.

Lebih kurang macam ni ustaz tu cakap:

ALLAH bagi enti sakit ni mungkin ALLAH nak ajar enti untuk amalkan lebih banyak sunnah RasuluLLAH. Mungkin sebelum ni enti ada amalkan tapi mungkin enti tak tahu apa hikmahnya atau kadang-kadang tak istiqamah. So, ALLAH nak enti betul-betul istiqamah dengan amalan sunnah. Cuba check lagi sunnah apa yang enti terlepas pandang. Dalam keadaan begini enti paling kena jaga sunnah sebelum nak tidur(wudhuk etc) Kadang-kadang ALLAH nak tunjukkan hikmah yang tak nampak disebalik sunnah-sunnah yang RasuluLLAH amalkan. Bila sakit begini enti akan nampak. ALLAH tak uji dengan sia-sia. Bukan saja-saja je ALLAH pilih enti untuk diuji tapi ALLAH tahu enti mampu. T_T

 *Ustaz ni macam kasyaf je*^^

 Ok, terdiam . Tunduk . Pandang lantai. Rasa macam kena hempap dengan batu yang besar. Tahan air mata tak nak bagi keluar. Tak macho la kalau menangis!

SubhanALLAH. ALLAH ada saja cara nak pujuk dan hiburkan hati ini. Dikirimkan insan-insan yang memahami sebagai wasilah untuk DIA memujuk.

Hati ini..biar ALLAH sendiri yang pujuk dan hiburkan dengan caraNYA!

Pergiku untuk Kembali

Sem ni banyak betul kena buat keputusan yang besar-besar. Memilih sesuatu yang dua-dua penting. Dari awal sem lagi sudah merasakan kepayahan, namun dibuang jauh-jauh rasa sukar yang menyinggah. Terus mencipta tapak.  Tapi sekuat mana pun cuba bertahan, sekukuh mana perancangan dibuat, ALLAH punya agenda yang lebih hebat. Akhirnya, dengan berat hati ana memohon untuk menangguhkan sem ini walaupun sudah berada diminggu-minggu terakhir.

ALLAHuakbar! Keputusan yang sangat berat yang terpaksa diambil. Berminggu-minggu juga berdepan dengan peperangan emosi memandangkan ana dah plan untuk menghabiskan pengajian dalam masa 3 tahun setengah(yang sepatutnya 4 tahun) tapi ALLAH berkata sebaliknya. La, baks! Kamu berharap yang baik, tapi ALLAH bagi yang TERBAIK!

^.^

Mungkin ALLAH nak bagi peluang untuk kamu mengemaskan lagi perancangan yang disusun.. ALLAH takdirkan kamu berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi membuat lonjakkan yang lebih tinggi dan jauh ke hadapan. Who knows? Perkara yang kamu nampak buruk belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan, kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih ALLAH untuk kamu. Teruslah bersangka baik kepada ALLAH. DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNYA. Mungkin sekarang kamu tidak tahu kerana ilmu kamu terlalu sekelumit. Namun apabila ALLAH yang MAHA PENYANYANG telah memilih, maka yakinlah kasih sayangNYA sentiasa mendahului murkaNYA.

Yakinlah, kamu hambaNYA, DIA sesekali tidak akan mengecewakanMU!

#Moga ALLAH nilai sebagai pahala setiap kesakitan,kesukaran, dan kepayahan ini. Amin#


ALLAH, bimbinglah diriku,

Untuk bangkit semula,
Meneruskan langkah perjuangan ini,
Cekalkan hati dan semangatku,
Kurniakan ketabahan,
Agar mimpi jadi nyata.
Daku mohon agung kudratMU,
Wahai TUHAN yang SATU..
Segalanya dariMU..    


Tempat hati berbicara,
12.54pm
27042012
Ghurfati H2.1
*bakal ditinggalkan esok.inshALLAH:’( *




Photobucket
 

No comments:

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...