Wednesday, November 19, 2014

Saling Syukur



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Tahu, mengapa kita tak boleh terlalu senang berlebihan saat dikurniakan kenikmatan?
Agar kita menjaga yang lain untuk tetap bersyukur.
Kerana, boleh jadi kita menjadi perantara orang untuk kufur nikmat.

Yang hamil, menjaga perasaan orang yang belum hamil.
Yang sudah menikah, menjaga perasaan orang yang belum menikah.
Yang kaya, menjaga perasaan orang yang miskin.
Yang sempurna fizikalnya, menjaga perasaan orang yang memiliki kekurangan fizikal.

Indah.

Kita menjaga diri bukan lantaran orang-orang disekitar kita cemburu.
Kita menjaga diri bukan bererti kita tidak berhak mengekspresikan rasa senang dan syukur kita.
Kita menjaga diri kerana kita ingin sama-sama bersyukur dengan mereka yang belum mendapati nikmat yang sudah kita dapat.

Kerana menjadi perantara syukur bagi orang lain adalah kenikmatan dan kebahagiaan yang sesungguhnya.

Disebalik momen-momen indah yang kita kongsi itu ketahulailah ada yang sedang 'berperang' dengan perasaannya sendiri yang kita sendiri tak pernah rasa lagi. Jangan sampai tunggu ALLAH uji kita dengan perasaan yang sama baru nak faham?


  Photobucket

2 comments:

ajarahim said...

Lama tunggu, akhirnya ada juga entri baru. Terima kasih atas ulasan ringkasnya. (:

Ummu Rumaysa said...

ALLAH,ada yang tunggu rupanya.:')

Hurm..

Lately rasa dah 'berat' nak berkongsi(baca:menulis)padahal banyak je benda yang nak di'share'.

JazakiLLAH.

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...