Monday, July 18, 2011

Habibi Anta Habibi




ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ




Ya Rasul…Ya Habibbullah….Izinkan cinta ini bersemayan dalam hati'mu..

Izinkan cinta ini menyatu dalam gerak sholatmu..
Izinkan cinta ini menyelaras dalam aura Sufimu…
Izinkan cinta ini dalam tarian Tasawufmu…
Izinkan cinta ini dalam bersatu dengan Zuhudmu…

Ya Rasul…Ya Penghulu mulia yang kukenal….Izinkan aku mencintaimu sampai  jiwa ini hilang bersamamu…Aku mencintaimu dalam kedamaian imanmu,tawakalmu,dan pengajaranmu…


Ya Rasul…Ya Khatamul Anbiya .Jadilah aku kekasihmu…Kekasih dalam penantian tahajudku…Kekasih separuh sayapku..

Yaa Rabbi..Yaa Ilahhi kasihku..Dengarkan perkataan qolbuku..Percakapan lisan batinku..Doa kekasihMU,Munajat hambaMU yang dhoif..

Masukkanlah segala pintaku dalam daftar izinMU,
Untuk bersama dalam Perjalanan Suci Ilahiyahku..Bersama habibullahku terkasih dari yang kasih...Tercinta dari yang cinta..Dan Termulia dari yang mulia..Dialah Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam.

"ALLAHumma salli ’ala muhammadin, wa ’ala ali Muhammad,kama sallayta ’ala Ibrahim wa ’ala ali ibrahim,innaka hamidum-majid. allahumma barik ’ala Muhammad wa ’ala ali Muhammad kama barakta’ala ibrahim wa ’ala ali Ibrahim,innaka hamidun majid"

"Sesungguhnya pada mereka itu (Ibrahim dan umatnya) ada teladan yang baik bagimu; (yaitu) bagi orang-orang yang mengharap (pahala) ALLAH dan (keselamatan pada) Hari Kemudian. Dan barangsiapa yang berpaling, maka sesungguhnya ALLAH DIAlah yang Maha kaya lagi Maha Terpuji." (QS. Al-Mumtahana 60: 6)

Nabi SAW bersabda :

“Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

"...,Niscaya ALLAH akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Mujadilah 58: 22)

"Dan sesungguhnya telah KAMImuliakan anak-anak Adam, KAMI angkut mereka di daratan dan di lautan , KAMI beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan KAMI lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." ( Al Isra 17:70)

"Ya TUHANku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi ENGKAU kekuasaan yang menolong ."Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (QS Al-Isra 17:80-81)



Habibi anta habibi..Syafa'atuka matlubi T_T  


Ummatmu,
18072011 
8:01pm 
Photobucket

Tuesday, July 12, 2011

Beruzlah itu Perlu!




ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ



Dunia datang saat seseorang 'lari' dari dunia, justeru dunia mengejarnya dalam keadaan tunduk seperti yang dikatakan Ibnu Al-Jauz: "Dunia itu bayangan. Jika engkau berpaling dari bayangan, maka bayangan itu mengekori kamu. Jika engkau memburu bayangan, maka bayangan menghindari kamu. Orang zuhud tidak menoleh kepada bayangan malah diikuti bayangan. Sedang orang rakus tidak melihat bayangan setiap kali ia menoleh kepadanya. Dan orang yang dunia menjadi obsesinya, ia hanya memikirkan dunia, bekerja kerananya, peduli kepadanya, tidak bahagia kecuali kerananya, tidak berteman dan memusuhi orang kerananya." 



Seinfiniti rasa syukur dirafakkan ke hehadrat ILLAHI dalam misi uzlah yang agak panjang akhirnya mampu mencambahkan ‘benih-benih’ pengalaman yang bermakna. Sepanjang misi uzlah dihiasi dengan pengalaman pahit dan manis. Satu moment yang sungguh manis untuk dikenang!AlhamduliLLAH.


Segalanya dari ALLAH. DIA yang memberi kekuatan pada ini sepanjang misi uzlah. HambaMU ini hanya mempunyai usaha tapi segalanya digerakkan olehNYA. Diberi kekuatan untuk membelah kepekatan zulumat malam ke tempat yang ana sendiri tak pernah jejaki secara bersendirian. Walaupun makruh bagi seorang wanita bermusafir  bersendirian( ada pendapat yang mengatakan boleh jatuh hukum haram). Tapi boleh mencari helah mungkin nanti akan ada wanita yang baik yang sama-sama bermusafir. AlhamduliLLAH memang ada pun:)

Tujuan sebenar ana beruzlah  untuk mendalami ilmu tasawuf  kerana ilmu ini adalah satu cabang ilmu yang sangat penting untuk dipelajari( Imam al-Ghazali mengatakan  FARDU AIN menuntut ilmu tasawuf). Kiyai Sirajuddin Abbas berpendapat: “Ilmu tasawuf adalah salah satu cabaang daripada ilmu-ilmu Islam yang utama iaitu, ilmu tauhid, ilmu fiqh dan ilmu tasawuf”. Ringkasnya, ilmu tauhid berkenaan iktikad, fiqh berkenana ibadat, dan tasawuf berkenaan akhlaq. Pentingnya untuk mendalami ilmu tasawuf ini untuk memastikan hati kita sentiasa tawajuh(tumpuan) kepada ALLAH sahaja.



Imam al-Syafi’i berkata: “Berusahalah engkau menjadi seseorang yang mempelajari ilmu fiqh dan juga tasawuf, dan jangan engkau mengambil salah satu daripadanya. Sesungguhnya demi ALLAH,aku benar-benar ingin memberi nasihat kepadamu. Orang yang hanya mempelajari fiqh tetapi tidak mahu mempelajari tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan taqwa. Sedangkan orang ynag hanya belajar tasawuf tapi tidak mahu belajar ilmu fiqh, maka bagaimana boleh dia menjadi baik?”(Diwan al-Imam al-Syafi’I,hlm.47)

ALLAH merencana sesuatu yang terbaik buat hambaNYA. Makanya, hanya berkesempatan menadah kitab fardhu ain (read:fiqh) dan usuluddin. ALLAH lebih tahu. Ilmu fardhu ain pun masih fail tapi ada hati nak belajar tasawuf=.=. Sebab syarat untuk belajar ilmu tasawuf  adalah terlebih dahulu mengetahui ilmu fiqh dan ilmu tauhid. Malu sendiri! Sekadar memetik kata-kata ustaz ana, siapa yang tak settle ilmu fardhu ain jangan berangan nak kahwin. .So, amacam?


Jangan memandang remeh ilmu fardhu ain. Jangan terdetik, ‘Ala, iniaku dah belajar masa PASTI lagi’. Ana pun fikir perkara yang sama masa mula-mula membelek kitab yang akan di pelajari. Bab solat,puasa, zakat dan yang berkaitan pernah dipelajari masa sekolah rendah lagi tapi bila ustaz mula syarah satu persatu terdetik dihati, ‘ya ALLAH banyaknya yang aku tak tahu’. Ilmu ALLAH semakin digali semakin dalam. Semakin diteguk, semakin terasa hausnya. Ustaz mengingatkan, “Barangsiapa yang tidak membesarkan ilmu yang pernah didengari(walaupun sudah 1000 kali dengar) sebagaimana pertama kali dia belajar maka dia bukan ahli ilmu” Amik, terkena sebijik!


Sesiapa yang datang ke majlis ilmu dengan mengatakan dia telah berilmu maka bermulalah kejahilannya!

Sepanjang berada disana terasa sedang mengikuti kursus kahwin kerana ustaz banyak selitkan ilmu rumah tangga dalam syarahnya. Baru sekarang terfikir patutlah ustaz cakap jangan berangan nak kahwin kalau masih belum settle ilmu fardhu ain sebab ilmu ini berkait rapat dengan pembinaan ‘sebuah masjid’.

‘Hah,macam mana kalau awak nak buat air tea. Letak air ke gula dulu?’ Ustaz menyoal sahabat ana.

'Letak air dulu baru gula’. Jawab sahabat ana spontan.


Setuju atau ada jawapan lain?


Ada yang menyampuk, letak gula dulu…


“Ye la tu..nanti bakal mak mertua awak  saja je masuk dapur sebab nak tengok macam mana bakal menantu dia buat kerja dapur. Kalau awak masukkan air dulu sebelum air nanti sah-sah awak kena reject. Biasanya dalam gula ada apa?”

“Semut..”serentak sahaja jawapannya.

Hah, tau pun.. Awak tau kalau awak masukkan air dulu kemudian baru masukkan gula yang ada bangkai semut maka awak kena buang semua air tu sebab air tu dah jadi najis. Tapi kalau awak masukkan gula dulu lepas tu tuangkan air, kalau ada bangkai semut dalam air tu awak tak perlu buang semua air tu. Awak cuma buang semut tu je. Faham mak cik?

( Note: Bangkai yang tidak mengalir darahnya seperti semut etc jika DICAMPAKKAN dengan tangan manusia(seperti memasukkan gula tadi) ke dalam air maka air itu menjadi air mutannajis. Tetapi jika semut etc yang  masuk dengan sendiri maka air itu tidak najis. ALLAHu ta’ala’alam  


ALLAH,mungkin dah banyak terteguk air yang mengandungi najis. Perkara yang kecil tapi akan mendatangkan impak besar. 



Semakin lama berada di majlis ilmu terasa semakin takut. Takut kalau amalan yang dilakukan selama ini ALLAH tak terima(nauzubillah) dan takut kalau tak mampu amalkan secara istiqamah ilmu-ilmu baru yang diperolehi ini:’( ya ALLAH mohon kekuatan daripadaMU!



Hari Graduasi^__^
Kepulangan daripada misi uzlah sebenarnya membawa persoalan-persoalan yang agak memeningkan kepala. Apatah lagi sepanjang misi uzlah diuji dengan emosi yang tunggang terbalik. Mungkin kerana berada di tempat yang agak ‘keras’ sehingga ana dan ada sahabat-sahabat melalui detik-detik yang menakutkan. La haulawala quwatailla billah. 

Ana menganggap ALLAH menghadiahkan semua ini sebagai bekalan ini untuk perjalanan yang masih berbaki entah selama mana lagi. ALLAH membuka pintu hati ini dan mengajar ana supaya berfikir panjang. Pengalaman yang lalu banyak mengajar. Jangan terlalu taksub dengan seseorang ustaz apatah lagi bila dia mudah mengatakan hukum halal dan haram tanpa ada satu dalil pun keluar dari bibirnya dan begitu mudah me‘wahabi’kan tok guru lain. Terus terang ana katakan, ana sangat keliru sepanjang di sana. Mahu di tolak kesemuanya bimbang ilmu itu betul. Mahu di ambil semua bimbang tersalah. Hanya mohon pertunjuk daripada ALLAH dan membawa pulang kesemua persoalan yang mengelirukan itu untuk ditanya kepada ustaz yang lain. Apa pun masih banyak manfaat uzlah kali ini dan akan menadah kitab di tempat lain kerana masih belum puas untuk meneguk lautan ilmu ALLAH. 
   









Moga ALLAH sentiasa menuntun langkah ini intuk melamar redhaNYA!






Pen off
 
9.58am
     12072011    

Photobucket

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...