Saturday, August 6, 2011

Misteri Syaitan Dirantai

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa ynag dimaksudkan dengan syaitan dirantai pada bulan Ramadhan, sedangkan kita menyaksikan ada orang yang tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, tempat-tempat maksiat masih dibuka dan sebagainya. 


Hadith yang berkaitan itu ialah hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Apabila bulan puasa tiba, maka akan terbuka pintu-pintu syurga, tertutupnya pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dirantai."


Daripada hadith tersebut, dapat difahami dalam pengertian tersirat(majazi) dan secara tersurat(hakiki). Dalam pengertian majazi, hadith tersebut terkandung makna bahawa bulan Ramadhan adalah bulan ibadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH. ALLAH melimpahkan ganjaran luar biasa serta dibuka pintu-pintu keampunanNYA.


Dengan melakukan sedikit amalan sahaja, manusia memperoleh ganjaran yang banyak dan dapat menyebabkanmereka ke syurga. Sehingga syurga dibulan tersebut bagaikan selalu terbuka. Neraka pula bagaikan tertutup, oleh kerana banyaknya pengampunan  daripada ALLAH. Oleh kerana manusia ketika itu mempunyai kesedaran yang tinggi, syaitan-syaitan pula bagaikan terbelenggu dan dirantai.


Jika hadith ini difahami secara hakiki pula, kita boleh mengatakan bahawa kederhakaan timbul akibat godaan dan rayuan nafsu. Pada bulan Ramadhan syaitan memang terbelenggu, tetapi nafsu masih tidak dibelenggu. Maka ada orang yang nafsunya tidak terkawal, mereka tetap melakukan maksiat dan kederhakaan.


Ulama-ulama menjelaskan bahawa ada perbezaan antara godaan syaitan dan rayuan nafsu. Syaitan mengoda dengan tujuan merugikan manusia. Syaitan dapat mengubah rayuannya dari semasa ke semasa jika rayauan pertamanya gagal. Berbeza dengan nafsu yang hanya ingin memuaskan dirinya sehingga apabila dia menginginkan sesuatu, dia tidak akan mengubahnya dan terus mendesak sehingga keinginanya tercapai.


Rahsia ALLAH


Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan maksud syaitan dirantai pada bulan Ramadhan. Ada ulama berpandangan bahawa yang dirantai itu hanya syaitan tertentu sahaja. Namun ada juga yang berpandangan semua syaitan dirantai. Terdapat manusia yang berbuat maksiat dan dosa tanpa godaan syaitan kerana mereka(manusia) sendiri sudah menjadi 'syaitan'.


Menurut al-Hafiz Ibn Hajar rhm., syaitan dirantai boleh ditakrifkan dengan maksud syaitan tidak boleh menggoda umat Islam selain Ramadhan kerana mereka sibuk dengan ibadah puasa, membaca al-Quran dan mengingati ALLAH.


Menurut Syeikh Mutawalli al-Sya'awi dalam kitabnya Anta Tas'al wa Islam Yujib: ' Maksud hadith Rasulullah SAW tersebut ialah agar kita membuat situasi dan keadaan yang menjadikan syaitan-syaitan terbelenggu atau terantai dan tidak menggoda manusia untuk melanggar hukum dan melakukan dosa. Sehinggakan yang ada hanyalah amal-amal yang baik, dan pintu-pintu syurga terbuka.' 


Tidak Perlu Perbahasan


Ada ulama yang menyatakan bahawa hadith tersebut menyatakan tentang perkara-perkara yang tidak diterangkan secara terperinci oleh syarak dan kita hendaklah menerimanaya tanpa perbahasan. Ini lebih selamat untuk agama seseorang.


Apabila Abdullah iaitu anak kepada Imam Ahmad bin Hanbal bertanya kepada bapanya tentang segelintir manusia yang diserang histeria pada siang hari bulan Ramadhan, Imam Ahmad menjawab:" Inilah yang disebut dalam hadith dan kami tidak membincangkannya."


Tambahan pula, apa yang jelas tentang maksud hadith adalah mereka terhalang daripada menggoda manausia kerana begitu ramai umat Islam yang mendekatkan diri kepada ALLAH pada bulan ini. Oleh sebab itu, maksud sebenar "syaitan dirantai" hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. Ini tidak beerti kejahatan tidak berlaku atau manusia berhenti membuat dosa pada bulan Ramadhan.


WALLAHu'alam.


Moga ada manfaatnya.


(Rujukan: Solusi Isu 34(Misteri Alam Ghaib), Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif. m/s:105)


  Photobucket

Friday, August 5, 2011

Hati-hati Berpurdah, Jangan Menyorok Tapi Terdedah!

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Lewat beberapa minggu sebelum ini, kecoh dengan isu drama Tahajjud Cinta di tv3. Cukuplah, saya malas mahu mengulas isu yang sama. Saya yakin, masing-masing sudah boleh membuat kesimpulan sendiri daripada isu tersebut. Hakikat yang perlu diakui adalah, dilema kejahilan dalam masyarakat masih di tahap yang serius dan membimbangkan.
Kerana itu, mengomel dan menunding jari sahaja tidak memadai.
Sebagai contoh, salah satu perkara yang dibantah dalam drama tersebut adalah babak selak purdah. Umumnya, pemakai purdah akan terus dianggap sebagai golongan yang baiknya bukan di tahap biasa-biasa. Baiknya itu di tahap yang luar biasa. Apabila sesuatu yang baiknya luar biasa kita gandingkan dengan adegan jahiliah seumpama berdua-duaan ataupun berpegangan, maka ia akan mencetus suatu kejutan sensitiviti kepada semua orang.
Namun di sebalik semua itu, ternyata bilangan yang sekadar terkejut dan mengomen lebih banyak berkali ganda daripada golongan yang mahu mengajak atau mendidik.
Sunnahnya begitu. Golongan yang sedar akan tanggungjawab untuk mengajak, mendidik dan memberi faham adalah golongan yang sedikit. Jiwa mereka mahukan pencerahan, bukan pergolakan yang berpanjangan. Krisis jahil itu telah sekian lama menjadi barah yang sunyi dari rawatan.
Purdah = Ustazah


Berpurdah atau berniqab, secara mudah akan dilabel sebagai ustazah.

Fikiran sebegini, dianggap betul pada sebahagian orang dan itulah yang mereka pegang zaman berzaman. Orang yang menganggap pernyataan ini betul, adalah orang-orang awam yang menilai segala perkara melalui zahiriah semata-mata. Seorang ustaz mesti pakai kopiah. Siapa yang selalu pakai serban, dia adalah ustaz. Siapa yang selalu pakai tudung labuh, dia adalah ustazah.
Sedang hakikatnya tidak begitu. Ustaz atau ustazah, boleh saja dilabel kepada sesiapa sahaja, apatah lagi jika yang dinilai hanyalah pakaian. Walhal, label itu tidak ada kena mengena dengan soal pakaian secara khusus. Ia berkait rapat dengan soal warak, zuhud, alim dan bijaksana pada seseorang. Semestinya, kemahiran dalam bidang agama adalah teras kepada kelayakan seseorang berada di tempat ustaz atau ustazah. Itu secara hakikat bukan semata-mata persepsi atau gelaran.
Namun perlu diingat. Mahu atau tidak, kita harus terima bahawa dalam masyarakat kita tidak semuanya mempunyai kefahaman agama yang baik. Masih ramai yang jahil dan tak kurang juga yang berlagak tahu – enggan mengaku jahil.
Maka kalau anda ingin memakai purdah atau niqab, sila ambil kira juga kefahaman masyarakat dalam menilai diri anda.
Fenomena Niqobis
Di alam maya ini, lewat aktiviti berfacebook ataupun berblogwalking, secara jujurnya saya melihat semakin ramai wanita yang memakai purdah atau niqab. Tak kurang juga yang menjadikan purdah dan niqab itu sebagai identiti mereka.


Apabila diperhati kepada apa yang dicatat di blog-blog mereka, semuanya cenderung mengajak pembaca kepada nilai ‘ubudiyyah kita kepada ALLAH. Banyak ayat-ayat tazkirah, firman dan sabda serta tidak kurang juga artikel-artikel agama yang disalin dari pelbagai sumber.


Sekali imbas, saya yakin jiwa mereka sangat lunak dengan agama.


Tetapi suatu keanehan yang paling ketara adalah sebahagian mereka mempunyai tabiat tidak sihat yang sangat bertentangan dengan sunnah berpurdah itu sendiri. Ini mencetus suatu kepelikan yang tidak kunjung sudah di hati saya. Dalam hal ini, saya mempunyai beberapa pendapat :


Pertama : berpurdah itu khilaf antara wajib ataupun sunat. Ada yang menganggap sebagai wajib maka dia mengharamkan wajahnya dari ditatap, dengan meyakini bahawa wajahnya itu juga adalah aurat seumpama rambut dan tangan. Manakala yang menganggapnya sebagai sunat, memakainya sebagai suatu alternatif menzahirkan komitmen ‘ubudiyyahnya kepada ALLAH. Golongan ini memakai purdah di tempat tertentu dan membukanya di tempat yang lain. Pada saya, selagi mana dianggap sunat maka tidaklah menjadi masalah. Cuma dari sudut istiqamah, ia kelihatan sedikit cacat.


Kedua : berpurdah itu suatu tahap yang hanya boleh dicapai selepas selesai tahap asas terlebih dahulu. Berpurdah itu umpama mengupgrade diri ke peringkat yang lebih baik. Tahap asas yang dimaksudkan itu adalah menutup aurat dengan sempurna, menjauhkan diri dari budaya tabarruj ( berhias diri dan menarik perhatian lelaki ajnabi ) serta mempraktikkan nilai-nilai akhlak seorang muslimah di dalam diri sendiri. Kesemua itu adalah perkara wajib yang telah disepakati dan bukan merupakan perkara khilafiah. Adapun berpurdah, tidak sampai ke tahap itu. Mudahnya, anda tidak boleh memakai baju lengan sekerat kemudian memakai purdah. Sebaliknya anda haruslah berpakaian menutup aurat dengan sempurna terlebih dahulu, barulah anda menambah dengan memakai purdah.


Ketiga : Tujuan memakai purdah bukanlah supaya diri anda tidak dikenali. Ia bukan soal ‘hadang muka’. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anda dari menjadi perhatian lelaki ajnabi ataupun menimbulkan fitnah kepada mereka. Atas kesedaran ini anda memakai purdah demi menjaga maruah dan agama anda. Selaras dengan tindakan ini, anda tentunya akan sedaya upaya mengelakkan diri anda dari menjadi tatapan orang ramai, lebih-lebih lagi di alam maya. Adalah sesuatu yang aneh jika anda memakai purdah tetapi mengambil gambar sendiri dalam jarak yang cukup dekat kemudian diletakkan di facebook ataupun blog dengan saiz yang begitu besar!


JAHIL


Itulah namanya simptom dari kejahilan. Jahil dari awal-awal mengorak langkah lagi, iaitu untuk apa anda memakai purdah? Ini kerana yang membezakan antara dua wanita yang memakai purdah adalah iman dan kefahaman mereka. Sedangkan kain sehelai itu bukankah neraca penentu taqwa ataupun tidak.


Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan ‘mahal’. Ada yang memakai purdah kerana mahu menyorok kelemahan tertentu. Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan lebih cantik atau mahu bergaya. Ada yang obses dengan trend dan fesyen. Ada yang obses dengan watak dalam filem atau drama ‘cinta Islamik’. Dan ada juga yang benar-benar memakai purdah kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.


Nah. Sekarang anda di posisi yang mana?

‘Niqobis’ Alam Maya


Secara zahirnya, ada tiga kepelikan ketara yang sering saya lihat pada niqobis yang aktif di alam maya :
1- Bergambar.
Bergambar dalam jarak jauh dan jika tersiar pun, dalam saiz yang kecil pada saya tidaklah menjadi masalah. Jika jarak jauh dan saiz kepala pula hanya sebesar kepala mancis, tiada siapa yang akan tertarik. Yang kenal pun, tentulah kenalan rapat sendiri sahaja. Tetapi jika diletak dengan sebesar-besarnya, sehingga begitu jelas bulu mata yang lentik dengan sekeliling mata berhias celak, itu jelas sekali bertentangan dengan objektif memakai purdah itu sendiri. Meskipun hanya mata yang kelihatan, tetapi jika sejelas itu terpampang, sudah tentu bisa jua mencairkan hati anak adam. Anda sedang meletakkan magnet yang menarik fitnah. Apakah anda fikir jelingan mata anda itu bebas daripada virus fitnah wanita yang disabdakan oleh Nabi s.a.w ..?


2- Tabarruj
Ada beberapa ciri asas dalam tabarruj, antaranya adalah jenis pakaian yang boleh menarik perhatian lelaki ajnabi dan memakai bau-bauan yang kuat. Ramai niqobis yang seolah keliru dengan diri sendiri. Asalnya memakai purdah dan berbaju labuh untuk mengelak dari menarik perhatian atau menimbulkan fitnah, tetapi lama kelamaan seolah mengambil kesempatan pula ke atas pakaian labuh dan purdah. Daripada satu warna, menjadi banyak warna. Daripada kosong semata, jadi berhias pelbagai manik berkelipan pula. Sudahnya, makin lama makin pelik. Lebih pelik, tangkap gambar banyak-banyak dan masukkan dalam blog secara bersiri. Untuk apa?


3- Mendedahkan aurat
Sudah banyak dijelaskan di sana sini, bahawa menutup aurat itu bukan bermakna menutup rambut. Ada beza yang besar antara keduanya. Jika anda mahu ikut kefahaman sendiri, anda boleh tutup rambut dengan scarf sahaja. Tetapi jika anda mahu ikut Islam, anda wajib menutup seluruh rambut dengan melabuhkan tudung ke bahagian dada, serta memakai baju yang labuh dan tidak menampakkan bentuk badan. Barulah anda diiktiraf sebagai menutup aurat. Yang akan mengiktiraf itu adalah Allah, bukannya manusia. Tetapi saya lihat, ramai niqobis yang tidak mengupgrade disiplin pemakaian mereka sesuai dengan tuntutan syarak, sebaliknya menambah sehelai kain untuk menutup sebahagian muka pula. Ini pelik.


Dengan tabiat yang suka memakai t-shirt dan seluar jeans, dia menambah sehelai kain di muka lalu memanggil dirinya sebagai wanita berpurdah. Ini gharib. Ada juga yang bertudung silang ( tidak dilabuhkan ke dada ) tetapi memakai purdah. Ini juga gharib.


Dalam kesemua yang saya lihat dan perhatikan, saya fikir, sesiapa yang mahu memakai purdah, perlulah berhati-hati. Kenapa?


Pertama : Anda malu dengan manusia. Di dunia ini pun anda sudah merasa malu, kerana anda dilihat sebagai jahil dan aneh. Memakai serban tetapi berseluar pendek, ibaratnya begitu.


Kedua : Di akhirat kelak, anda akan ditanya oleh ALLAH atas apa yang anda pakai di dunia. Tidak cukup bab tidak menutup aurat dengan sempurna, ditambah pula dengan bab mengapa memakai sehelai kain di muka sedangkan perintah menutup aurat diabaikan. Dari satu hal bertambah jadi dua hal semata-mata kerana anda gatal tangan mahu memakai purdah tanpa terlebih dahulu menjelaskan niat kerana ALLAH. Itu cari penyakit namanya.


Justeru, sila berhati-hati jika ingin memakai purdah. Apabila anda meletakkan diri anda di tahap itu, maka mahu atau tidak, anda perlu menjadi sepertimana orang yang berada di tahap itu. Baik dari segi perkataan, perbuatan mahupun pemakaian. Sebenarnya, semua itu tidak akan membebankan anda pun jika anda benar-benar ikhlas memakai purdah. Tetapi jika sebaliknya, kekallah anda dalam ‘azab’ kegelisahan yang berpanjangan.


Fikir-fikirkanlah.

 COPIED FROM:HERE
Kembali bertanya kepada diri, dimana nawaitu asalmu???;'(

Photobucket
 

Thursday, August 4, 2011

Amalan Untuk Muslimah

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ



AMALAN UNTUK MUSLIMAH YANG DIDATANGI HAID DI BULAN RAMADHAN.

Ramadhan telah tiba, bulan yang penuh dengan kelebihan dan ganjaran. Setiap detik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini amat berharga dan kemungkinan amalan di bulan inilah yang memberikan perbezaan tempat kembalinya kita. Bagi muslimah yang menyedari hakikat ini, kedatangan ‘tempoh bercuti’ setiap bulan sangat tidak diharapkan pada bulan Ramadhan. Sering terdengar keluhan dari mereka yang haid kerana sedih merasakan tidak mampu merebut pahala ibadah di bulan ini, terutamanya sekiranya ‘ia’ datang ketika tempoh 10 malam terakhir.Malah, ada yang sanggup mengambil ubat penghalang datangnya haid semata-mata untuk memanfaatkan sebulan Ramadhan. Namun,ubatan sebegini kadang kala tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormon.

Sememangnya perasaan sedih ini hanya akan lahir dari hati seorang muslimah yang sangat mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid. Namun, haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut ditangisi, kerana disebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.

Mari kita lihat,bagaimana Rasulullah S.A.W menangani perasaan Aisyah apabila beliau menangis kesedihan ketika didatangi haid ketika menunaikan haji.Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud: “Ini adalah suatu yang ditetapkan ALLAH ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di BaituLLAH sehinggalah kamu telah mandi (suci dari haid)”. (Riwayat Muslim)

Haid adalah suatu ketentuan yang telah ALLAH tetapkan ke atas kita(anak-anak perempuan Adam), maka kita sepatutnya redha di atas ketentuan ini. Redha merupakan salah satu daripada ibadah hati. Keredhaan kepada ALLAH sebagai Tuhan menuntut keredhaan atas apayang diperintahkan-NYA dan apa yang ditetapkan oleh-NYA.

Redha
Redha di atas apa yang ALLAH perintahkan ke atas kita bermaksud kita menyembah-NYA sebagaimana yang DIA perintahkan untuk kita lakukan, bukan sebagaimana yang kita suka untuk lakukan. Tahukah anda bahawa perbuatan anda berbuka puasa disebabkan haid merupakan suatu ibadah? Ini kerana ALLAHlah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid, dan ALLAH jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid, maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-NYA.

Redha di atas apa yang ALLAH tetapkan ke atas hambanya pula bermaksud penerimaan atas apa yang ALLAH telah ciptakan kita dan apa yang ALLAH fitrahkan ke atas diri kita, termasuklah apa yang Allah tetapkan ketika tempoh haid, dengan hati dan jiwa yang tenang. Perasaan sedih merupakan suatu bentuk penentangan atas ketentuan ALLAH. Firman ALLAH yang bermaksud: “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang ALLAH telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada ALLAH akan limpah kurnianya. Sesungguhnya ALLAH sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)

Oleh itu, sekiranya anda redha dengan sebenar-benar redha anda telah mengerjakan ibadah hati yang dengannya kita akan merasai kemanisan iman. Ibadah ini mungkin tidak dikerjakan oleh kebanyakan mereka yang sedang suci, malah mungkin tidak dikerjakan oleh kaum lelaki! Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Telah merasai kemanisan iman barangsiapa yang redha dengan ALLAH sebagai Tuhan, dan dengan Islam sebagai deen, dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasul.”(Riwayat Muslim)


Rindu
Rindu seorang muslimah yang sedang haid untuk melakukan solat dan membaca Al-Qur’an juga merupakan suatu ibadah yang tidak didapati di kalangan mereka yang sedang suci. Malah sekiranya terdapat rindu di hati kita untuk melakukan ibadah, kita lebih baik berbanding mereka yang melakukan ibadah, tapi dalam masa yang sama merasakannya sebagai suatu beban dan kesusahan. Lebih istimewa, perasaan gembira seorang muslimah kerana dapat mengerjakan ibadah selepas tamat tempoh haid adalah suatu perasaan yang ALLAH khususkan untuk kaum wanita sahaja. Maka bersyukurlah!

Bilakah haid menjadi masalah?
Haid menjadi masalah apabila seorang muslimah merasakan telah hilangnya peluang bagi mendapatkan ganjaran di bulan Ramadhan, kerana dia tidak oleh berpuasa dan menunaikan solat tarawih. Sedangkan tanpa dia sedari pintu-pintu syurga masih terbuka untuknya, dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan. Dan sekiranya dia melakukan suatu kebaikan ganjarannya seperti dia melakukan suatu kefardhuan. Seorang muslimah yang haid sebenarnya masih mempunyai banyak peluang untuk mendapatkan ganjaran dan kelebihan bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan zikir dan selawat ke atas Nabi S.A.W,mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca buku-buku yang bermanfaat dan sebagainya.

Tunaikanlah keperluan ukhtimu yang berpuasa!
Seorang muslimah yang bijak, dia akan cuba sedaya upaya memanfaatkan setiap detik ketika bulan Ramadhan walaupun ketika sedang haid. Mungkin kita terhalang daripada berpuasa dan menunaikan solat tarawih, namun kita masih boleh mendapat ganjaran dengan menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa, menunaikan keperluan ukhti yang keletihan disebabkan puasa, menjaga anak-anak kecil ketika ibu mereka sedang solat di masjid, bersedekah dan sebagainya.Semoga kita beroleh pahala sebagaimana mereka yang berpuasa dan menunaikan solat.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”(Riwayat Tarmizi).

Selain itu, gunakanlah tempoh haid ini untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah dan lain-lain urusan dunia anda, supaya kita dapat menyibukkan diri dengan ibadah ketika waktu suci tanpa dirunsingkan dengan rumah yang bersepah atau tugasan yang belum selesai.

Akhir kata, sebelum datangnya tempoh haid anda, perbanyakkanlah amal ibadah, semoga ALLAH tetap memberikan ganjaran bagi amalan yang kita terhalang dari melakukannya disebabkan haid. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sekiranya seorang hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan ketika dia sihat dan bermukim.”(Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi).

Maka, barangsiapa yang terpaksa meninggalkan suatu amal ibadah disebabkan halangan yang syar’ie, ALLAH Yang Maha Pemurah akan tetap memberikan kita ganjaran sepertimana kita melakukannya.



 Doa untuk menahan haid=)


Caranya:


1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.


2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)


3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.


InsyaALLAH semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin ALLAH lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.


Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.



(Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah) 




COPIED FROM: HERE




Berbahagialah duhai muslimah!
Photobucket
 

Friday, July 29, 2011

Mahar yang Dinanti (✿◠‿◠)

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Ku pinang engkau dengan Al-Quran(versi Indonesia)

Pada zaman Rasulullah SAW proses pernikahan yang terjadi terkesan begitu mudah dan sederhana tanpa harus menunggu kemampuan dunia terlebih dahulu. Salah satu
contohnya adalah ketika suatu saat Rasulullah SAW sedang duduk-duduk bersama para sahabatnya, datanglah seorang wanita menghadap beliau lalu berkata. “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kedatangan saya ini tidak lain adalah untuk mengkhitbahkan  diriku kepadamu”. Maka Rasulullah pun memperhatikan wanita itu. Kemudian baginda hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja tanpa sebarang kata.  Melihat hal itu wanita tersebut faham bahwa Rasulullah belum menghendaki dirinya. Wanita itu lalu duduk. Tak berapa lama kemudian bangkitlah salah seorang sahabat Rasulullah dan berkata :
" Ya Rasulullah, jika engkau tak menginginkannya maka nikahkanlah ia denganku saja."
Rasulullah bertanya kepada lelaki tersebut, “Apakah engkau mempunyai sesuatu (untuk mahar)?”
Dia menjawab, “Demi ALLAH saya tidak  memiliki apa-apa ya Rasulullah.”
“Pergi dan temuilah keluargamu, barangkali kamu mendapatkan sesuatu disana.” Pinta beliau. Lelaki itupun mengikuti saran Rasulullah SAW.
Tak berapa lama kemudian ia kembali lagi lalu berkata,
“Demi ALLAH saya tidak mendapati sesuatupun disana”. Rasulullah SAW bersabda: "Lihatlah kembali, walau hanya sekedar cincin besi.”
Dia pun pulang, lalu kembali menemui Rasulullah, seraya berkata, “Demi ALLAH wahai Rasulullah, saya tidak mendapati apa-apa disana walau  sekedar cincin besi sekalipun. Tetapi ini saya mempunyai kain sarung.”Lelaki itu  bermaksud membagi kain sarung yang dipakainya menjadi dua bagian, separuh untuknya danselebihnya untuk mahar.
Baginda SAW bersabda “Apa yang hendak engkau lakukan dengan kainmu itu ? Jika engkau mengenakannya, ia tidak dapat menggunakan sisa kainnya, demikian pula jika ia mengenakannya engkau tidak  dapat menggunakan sisa kainnya.”
Rupanya kain tersebut hanya cukup untuk satu orang, jika dibagi dua justru tidak dapat dimanfaatkan untuk menutup aurat. Maka laki-laki itupun duduk dalam jangka waktu yang lama, kemudian bangkit dan pergi meninggalkan tempatnya.
Melihat hal itu Rasulullah SAW menyuruh seseorang untuk memanggilnya kembali, dan menanyakan apakah ia mempunyai hafalan Al Qur`an. Setelah lelaki tersebut menyebutkan hafalan Al Qur`an yang dimilikinya, Rasulullah SAW bersabda,
“Pergilah, aku telah berikan wanita itu kepadamu dengan hafalan Al Qur`an yang engkau miliki.”
Demikianlah kemudahan menikah pada zaman kenabian.
Adakah yang ingin mencontohnya ? 
Di zaman yang moden ini, mungkin harta dan tahta menjadi titik ukur seseorang untuk  dijadikan maharnya. Tapi sangat sedikit sekali yang memiliki mahar dengan sebuah hafalan al-Qur’an. Meminang dengan al-Qur’an bukan bererti meminang dengan seluruh hafalan yang ada akan(tapi kalau dah masyi apa salahnya:D) tetapi memberikan mahar dengan mengajarkan kandungan, isi, amalan yang ada di dalam al-Qur’an kepada sang isteri. 

Mahar yang dinanti..
Bukan senaskah Al-Quran tetapi 30 juzuk hafalan Al-Quran^__~
**RABBI, sampaikan cita-citaku ini** 



4:31pm
29072011


Photobucket
 

Thursday, July 28, 2011

Menulis Bukan Kerana Dunia!

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


*Entri sempena 2 tahun kelahiran blog ini*

Segala puji bagi ALLAH, selawat dan dan salam buat Rasulullah SAW, setelah beberapa bulan tidak mengupdate blog, hari ini tergerak jua jari-jemari untuk berkongsi secebis pandangan mata hati.Ada orang bertanya "Ustaz, kenapa lama tak update blog?", dan ada jua yang menepis kata "Mula-mula je semangat, lepas tu senyaplah".


Menulis Di Mana Niatnya
Andainya kehidupan blogger kerana ingin menempah populariti melalui dunia maya, maka tulislah apa sahaja karangan yang sedap dibaca, susunlah kalimah-kalimah pujangga sehingga menawan hati pembaca, usah difikirkan ianya bermakna atau lansung tak punyai harga.Ayuh kita tafakkur sejenak dan tanyakanlah pada diri sendiri, apakah kita sering mentajdidkan niat sebelum menulis sesuatu karangan?, apakah kita berwudhuk sebelum menulis karya yang ingin diterbitkan?, apakah kita mengamalkan dua rakaat solat sebelum jari mula menulis helain demi helaian?, empunya diri yang menulis punyai jawapannya.Dosa si tangan itu bukan semestinya merompak dan mencuri harta manusia, bukan semestinya melukakan badan sesiapa, tapi dosa tangan dan jari-jemari itu boleh bermula dengan sebab salahnya tulisan yang disebar pada manusia.Maka apa yang saya tekankan pada diri sendiri dan pembaca sekalian, andainya ilmu yang ingin dikongsikan itu amat bermakna maka silalah tebarkan kalimah-kalimahnya, namun andainya sekadar untuk memastikan blog kalian tidak sunyi daripada update yang terlalu lama, maka sebenarnya berdiam diri itu lebih baik untuk kita selaku hambaNya.Biarkanlah pembaca menemui penulis-penulis yang lebih bersih hatinya dan lebih 'alim ilmunya, semoga kebaikan yang kita impikan itu kita jua beroleh manfaatnya.

Aplikasi blog harus di gunakan seandainya ianya untuk menyebarkan ilmu dan memberi nasihat serta peringatan, tetapi seandainya ilmu yang disebarkan itu hanya menyesatkan orang lain, maka haramlah hukumnya.Dan andainya sesuatu artikel itu tujuannya untuk mengelirukan masyarakat atau memecahbelahkan masyarakat, maka buanglah saja komputer yang digunakan itu ke dalam laut, kerana itu lebih bermakna daripada terus menerus memecahbelahkan manusia, dan inilah realiti yang kita temui pada hari ini.Betapa ramai orang yang menulis kerana benci, kerana dengki dan sebagainya.

Menulis adalah ranting-ranting dakwah, tapi janganlah ghairahnya menulis sehingga meninggalkan kewajipan yang lebih utama.Menulis hanyalah dakwah dengan kata-kata, dan setiap insan mampu berkata-kata, kadangkala ada yang amanah dengan apa yang dikata dan sebahagiannya pula hanyalah hipokrit semata-mata.Cantik manis pada kata-katanya, namun jauh sekali bila dilihat kehidupan realitinya.Nauzubillahi min zaalik.Jadikanlah dakwah bil hal(perbuatan) itu sebagai dakwah yang paling utama, gerak kerja untuk islam masih banyak yang belum terlaksana, jangan pula dihambakan diri dihadapan komputer.Semoga kita mampu menengutamakan yang lebih utama, dan menulis bilamana untuk sesuatu yang perlu, bukan menulis untuk sesuatu yang dimahu.

Nilai Harga Sebuah Tulisan Dan Penulis Yang Berjaya
Mungkin orang lain ada tafsiran tersendiri, dan saya berpendapat nilai harga sebuah tulisan itu ada pada kandungan yang disampaikannya, dan kejayaan seorang penulis itu ada pada keikhlasan hatinya.Ahli tasawwuf amat gentar hatinya untuk menulis sesuatu, dibimbangi ilmu yang ditulis adalah ilmu yang tidak perlu, maka bagaimana tafsiran si pembaca tak siapa tahu.Boleh jadi ada yang faham dan mengerti, dan barangkali ada yang mentafsir sesuka hati.Kesannya bertambah ramai ulama muda read & copy, bukan berilmu hasil dari sebuah pembelajaran dengan murabbi, tapi lahirnya adalah daripada halaman blog-blog yang dibaca dan dikagumi.

Dunia moden membuktikan kepada kita kitab-kitab rujukan hanyalah pada halaman-halaman blog yang bertaburan banyaknya, ada yang bermanfaat dan ada yang sekadar untuk suka-suka, maka andainya kita sebagai seorang yang suka menulis setiap masa, berhati-hatilah sebelum melakarkan penanya.

Saya nukilkan secebis kisah seorang ulama' ilmu nahu yang cukup menitikberatkan nilai ilmu yang ingin disampaikan kepada manusia, beliau Syeikh Imam Al-Sonhaji yang merupakan seorang penulis kitab kecil berjudul Matan Ajrumiyyah.Mungkin kita telah ketahui dan mungkin hari ini baru menyedari, Matan Ajrumiyyah digunapakai sebagai antara rujukan utama dalam ilmu kaedah-kaedah Nahu di kebanyakan intitusi pengajian agama.Kitab kecil ini cukup masyhur di kalangan para ilmuan.Sekalipun kecil dan ringkas penanya, tapi penafsirannya memerlukan pengamatan dan pengkajian yang mendalam.

Dikisahkan tatkala selesai mengarang Matan Ajrumiyyah, Syeikh Imam Al-sohaji dengan kewarakannya dan sifat tawakkalnya yang begitu tinggi, beliau mengapungkan kitab karangnnya itu ke dalam sungai yang mengalir lantas di doakan pada Tuhan,“Ya ALLAH jika karanganku ini akan memberi manfaat, maka jadikanlah tinta yang aku pakai untuk menulis ini tidak luntur di dalam air”, dan terbukti tatkala ditenggelamkan kitab itu di dalam air, maka tintanya tidak luntur dan kekal seperti biasa.Inilah keajaiban yang ALLAH berikan buat hambanya yang ikhlas melakukan sesuatu kerana redhanya.

Dalam riwayat yang lain disebutkan, ketika beliau mengapungkan kitab tersebut di dalam air, beliau berniat untuk supaya kitab itu ditenggelamkan air, dan seadainya kitab itu hanyut di bawa arus air maka bererti ianya tiada manfaat, namun seandainya ia tidak bergerak ke mana-mana, maka pasti ada manfaat bagi yang mempelajarinya dan akan ada manusia yang mengkajinya.Lalu sambil meletakkan kitab tersebut di dalam air, Syeikh Imam Al-sonhaji berkata "“Juruu Miyaah, juruu miyaah” (mengalirlah wahai air ! ). Namun anehnya, kitab itu tetap pada tempatnya.SubhanALLAH!, betapa bernilai ilmu yang ada didalamnya.Ayuhlah kita berusaha mempelarinya.

Renungilah, betapa ikhlas hati yang menulis, betapa manfaat ilmu yang ditulis, sehinggakan air yang membasahi helaian tidak mampu melunturkan tinta-tintanya. Kita mungkin jauh sekali untuk menjadi penulis seperti beliau, bahkan kita kadang-kala terlebih ghairah menulis dan menyebarkan sesuatu ilmu, apatah lagi kalau tulisan kita sudah diterbitkan dalam sebuah buku, maka jari-jemari yang menaip semakin laju, sehinggakan lupa untuk beristigfar seketika kepada Tuhan.Takutilah terhadap apa yang kita tuliskan, kita tak mungkin mampu menenggelamkan tulisan kita didalam air untuk menguji manfaat ilmu yang dikarang, tapi setidak-tidaknya tadahkanlah tangan dan berdoa " Ya ALLAH Ya Tuhanku, Andai TulisanKu Ini Bermanfaat Buatku Dan Mereka Yang Membacanya, Kau Hadirkanlah Manusia Untuk Mengambilnya,Dan Kau Berikan Padaku Hidayah Dan Jua Pada Yang Membaca, Dan Andanya Ia Tidak Membawa Manfaat, Kau Tutuplah Mata Manusia Daripada Menjumpainya"

Hakcipta Isi Kandungan
Sebahagian penulis tidak mengizinkan karangannya di sebarkan melainkan dengan kebenarannya, sehingga ada yang menggunakan aplikasiblock copypaste pada blog, ada pula yang mengizinkan dengan syarat memberikan kredit pada penulis, ada penulis bila ia mengarang sesuatu ia tidak sesekali kongsikan kepada sesiapa melainkan setelah diterbitkannya samaada melalui blog atau buku yang dikarang. Saya tidak ingin memberi apa-apa komen kepada mereka, setiap manusia ada pendirian tersendiri, cukuplah untuk saya mengatakan pada diri sendiri bahwa ulama'-ulama' muktabar mengarang kitab begitu banyak jilidnya, begitu kualiti hasil tulisannya, tapi tak pernah mengharapkan apa-apa daripada penulisannya, bahkan ada yang menggunakan nama samaran untuk menyembunyikan identiti mereka yang sebenarnya.Nikmat ilmu pada hari ini bukanlah yang datang daripada kita sendiri, kita ambil daripada gologn ulama' dan para murabbi, dan mereka pula bersambung-sambung ilmunya sehingga sampai ke para nabi.Janganlah kita bercampur aduk dalam keikhlasan berdakwah dengan perniagaan ilmu.Kalau sememangnya kita menulis untuk menyebarkan ilmu dan nasihat, maka pedulikanlah siapa yang ingin mengambil dengan cara hormat atau yang mencuri dengan cara pengkhianat. Teruskanlah usaha untuk menyampaikan ilmu dan nasihat,sejauh mana kualiti terpulanglah pada kemampuan diri, asalkan jangan dihalang manusia mengambil manfaat daripada penulisan kita dek kerana mereka tidak memberikan kreditnya. Kitalah yang mendisiplinkan diri terlebih dahulu untuk memberi, pasti orang lain juga berdisiplin untuk menerimanya.Semoga ALLAH menjauhkan kita darpada menjadi seorang penulis yang tiada harga di sisiNYA. Amin Ya RABBal 'Alamin.






Akan terus menulis (inshALLAH)
  Photobucket

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...