Bismillahirrahmanirrahim..
Berminggu-minggu berada dalam peperangan emosi. Membina tembok sabar bukan semudah yang disangka. Terfikir. Bagaimana mulianya Rasulullah SAW tetap tersenyum ketika dibenci. Tetap tenang bila dimusuhi. Tetap membantu walau disakiti. Tetap juga menyeru biarpun diusir pergi. Sedangkan kita(read:ana) mudah sekali membenci bila dikasari. Mudah putus asa apabila apa yang dilakukan tidak menjadi. Mudah kecewa bila tiada yang memahami. Mudah terguris bila dinasihati.
Sudah berpesan kepada diri jangan sesekali menulis dalam keadaan marah. Bimbang api kemarahan itu berlandaskan bisikan syaitan semata.menghibernatekan diri adalah langkah yang terbaik Menunggu hati ini betul-betul berada dalam keadaan sejuk barulah pena akan ditarikan semula.
Hanya memandang sepi kepada lembaran maya yang sudah lama ditinggalkan. Direnung dalam-dalam lalu membuahkan rasa rindu yang teramat sangat untuk menulis. Tarian jemari bermula. Walaupun layu sahaja langkah si jemari menari-menari di atas papan kekunci. Masih malu-malu meow memula langkah=)
Termenung dan terfikir. Kenapalah agaknya walaupun blog ini jarang-jarang diupdate tapi masih mampu mengndang kecemburuan dihati sesetengah pihak. Gigit jari ana dibuatnya. Bila ana cuba ‘menjentik’ untuk melihat reaksi-reaksi mereka, maka terhamburlah segala yang busuk daripada hati-hati mereka. Astaghfirullah hal’azim.
Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuh orang lain. Sedangkan mereka terlupa segala rezeki datangnya daripada ALLAH AR-RAZAK bukan daripada makhluk ciptaNYA. Tidak akan meninggi orang yang menjatuhkan orang lain. ALLAH itu sifatnya adil dalam merencanakan sesuatu. Tidak dilebihkan atau dikurangkan rezeki setiap hambaNYA. Semuanya menikmati rezeki daripadaNYA bersesuaian dengan keperluannya.
Tidak perlu membebankan diri memikir kelebihan orang lain sehingga mencetuskan api kedengkian. Cukuplah dengan melihat kekurangan diri supaya kita ‘pandai’ bersyukur kepada PEMBERI NIKMAT. Bilamana terlalu memusatkan pemikiran kepada kelebihan orang lain maka akan terhasillah hamba yang tidak bersyukur. Kalilalan ma tasykurun! Bukan tidak boleh langsung memandang kelebihan orang lain kerana kekadang dengan melihat kelebihan orang lain akan terbias kebesaran dan keagungan ALLAH yang dipinjamkan kepada makhlukNYA. Jarang-jarang kita memuji kelebihan orang dengan menyandaran kehebatan itu kepada PEMILIK SEGALA KEHEBATAN.
SubhanALLAH, hebatnya ilmu yang ALLAH pinjamkan kat dia.. ya ALLAH betapa AL-‘ALIM dan AL-HAKIMnya ENGKAU!Usah berdengki dengan pinjaman ALLAH kepada makhlukNYA. Dengki merupakan tanda hati kita bermasalah. Hati kita sakit dan memerlukan rawatan kecemasan dengan segera. Silalah berjumpa dengan DR.PAKAR HATI untuk mendapatkan rawatan selanjutnya kerana DIA ada ubat yang paling mujarab untuk merawat hati anda^__^
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada ALLAH ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.Ambillah masa untuk muhasabah diri. Renung dalam-dalam perbuatan kita sepanjang bernafas dibumi ALLAH ini. Nafas kita ada batasnya. Jangan bila roh sudah berpisah dari jasad baru baru kita tersentak. Ah, tiada gunanya kerana sudah terlambat!
Buat kamu-kamu yang pernah menyatakan kebencian dan ketidakpuashatian(ada ke perkataan ini dalam kamus dewan?tolong check kan untuk ana) melalui social network, blog ataupun bercakap direct sendiri dengan ana. Ana tidak pernah menyimpan dendam kepada sesiapa kerana diri ini juga masih terbeban dengan dosa-dosa kepada kalian. Sedang mentarbiyah diri untuk memaafkan segala kesalahan orang lain sebelum mata ini dipejamkan setiap malam.
Ya ALLAH andai kesalahan ini datangnya dari diri ini maka ampunilah aku, tetapi andai kesalahan ini datangnya dari mereka(ENGKAU lebih tahu siapa mereka) maka ENGKAU ampunilah mereka dan aku juga telah mengampunkan mereka. ALLAHumma’amin
Tubna ya ALLAH, tubna ya ALLAH. Waraja’na ya ALLAH, waraja’na ya ALLAH.
Hidup adalah untuk berlajar bersyukur meskipun tak cukup. Belajar ikhlas meskipun tidak rela. Belajar taat meskipun berat. Belajar memahami meskipun tak sehati. Belajar bersabar meskipun terbeban. Belajar setia meskipun tergoda. Belajar memberi meskipun tak seberapa. Belajar mengasihi meskipun kekadang disakiti. Belajar memaafkan meskipun kecewa. Hingga satu hari bila kita tersedar betapa semua ini telah meneguhkan hati kita, menguatkan langkah kita dan membersihkan hati dan fikiran kita.
wALLAHu’alam, ana masih berlajar dari ALLAH yang ‘ALIM=)
Al-fakirah ila Afwi RABBI,
3.52pm
09042011
Nota hati 1: Menikmati hari-hari terakhir di bilik c4.8a. Masih berbaki 2 paper sebelum bercuti panjang. Hip..hip..horey! Astaghfirullahal’azim. Kull alhamdulillah!
Nota hati 2: Buka-buka je blog tetiba follower bertambah secara mendadak. Garu kepala. Rupanya ada share ana punye entri kat fbnya. Jazakillah kepada yang berkenaan=)
Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..
No comments:
Post a Comment