Update versi malas=.=
Bismillahirrahmanirrahim..
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang yang berakal. (iaitu) orang-orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (sambil berkata) “ Ya TUHAN kami, tidaklah ENGKAU ciptakan ini dengan sia-sia; Maha Suci ENGKAU, lindungi kami dari azab neraka.”(3:190&191)
ALLAH sudah menjamin rezeki hambaNYA setiap hari. Sepatutnya seorang hamba itu tidak perlu lagi berkeluh kesah tentang rezekinya. Ambillah ibrah daripada seekor burung. Keluarnya di pagi hari mencari rezeki dan pulangnya ke sarang dengan perut yang kenyang. Tawakkal seekor burung. Rezeki ALLAH terbentang luas. Sungguh pemurah ALLAH memberi tetapi manusia kedekut pula untuk berkongsi rezeki yang dikurniakan AR-RAZAK kepadanya.اللهم بارك لإمتي في بكورها~Ya ALLAH berkatilah umatku diwaktu pagi~
Lima hari mengambil masa untuk 'beruzlah'. Meninggalkan segala keselesaan dunia buat sementara. Meng'hibernate'kan diri. Off blog, facebook hatta handphone sekalipun. Seorang da'ie adakalanya perlu beruzlah kerana dia perlu sedar dalam masa dia mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemaksiatan dirinya tidak sedar sebenarnya hatinya sedang terluka. ALLAHu RABBI. Hakikatnya betapa ramai manusia yang mengajak manusia kembali kepada ALLAH namun dia sendiri 'lari' dariNYA. Nauzubillah.
Sepanjang misi 'uzlah' awal-awal lagi sudah menyiapkan diri untuk ditarbiyyah. Agar sentuhan tarbiyyah benar-benar meresap ke dalam diri. Terasa mudah bila segalanya dilakukan kerana ALLAH. Sehingga terasa lima hari belum 'cukup' untuk membentuk diri ini yang sudah lama berada di dalam kesenangan. Sesekali ditarbiyyah jiwa disentap hebat. Terasa bukan mudah untuk berada di jalan dakwah ini. Apabila memilih berada dijalan dakwah beerti selamanya berada dalam kesusahan. Kesenangan hanya akan dikecapi setelah dua belah kaki menjejak ke dalam syurga. ALLAH, sampaikan kami di sana!
Pada akhir zaman orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagai mengenggam bara api. Andai terus digenggam hancur luluh jiwanya. Namun andai dilepaskan hancurlah dunia. Jangan takut untuk berjuang kerana orang yang berjuang memang dirintangi ujian. Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan. Syurga menjadi impian!
Sunnah Orang Berjuang
Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri
Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri
Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu
Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang
Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya
MUSLIMAT POWER!! |
Selamat berkerja untuk ISLAM,
24042011
Baiti Jannati
Nota hati:Kontrak sudah disambungkan kembali. Moga terus thabat biarpun sejuta rintangan yang menghalangi. Ingat kembali janji yang sudah terpatri. ALLAH menjadi saksi. Tingkatkan thaqafah diri dan bersedia untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyah. ALLAH bersamamu, ALLAH melihatmu dan ALLAH menyaksikanmu! ALLAHuakbar!
Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan itu..
5 comments:
mcm familiar je propaganda "MUSLIMAT POWER " ni..??!!!
mcm familiar je propaganda "MUSLIMAT POWER" ni.??!!!
mcm familiar je propaganda "MUSLIMAT POWER" ni...???!!!!ade amek kt mne2 ke gesign sndrik.?
ops,ter byk komen sory..
sirr wa hazar..hoho
Post a Comment