Wednesday, February 29, 2012

Puisi:Usaha Itu Akan Terus.

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Ujian itu datang,
 semalam, hari ini dan semestinya esok,
 kerana itulah dia kembarnya hidup,
 tidak akan terpisah hingga ke dalam tanah aku terperusuk.

Penat, letih, sedih, duka,
 kadangkala terasa itu sahajalah warnanya,
 tiada yang memahami,
 setiap langkah pasti akan ada yang menguji,
 entah berapa kali berfikir diri patut berhenti,
 dan sekadar menjadi penerima bukan lagi pemberi.

Tetapi keimanan itulah yang bersinar menerangi hati,
 yang sentiasa menaikkan semula percaya kepada ILAHI,
 Usaha itu akan terus, dan akan menerus,
 mustahil berhenti kerana itu bukan tanda percaya kepada ILAHI.

Usaha itu akan terus,
 kerna nanti akan tiba masanya,
 bila hati pasti akan menjamah gembira,
 bila jiwa akan bahagia selama-lama,
 dan bibir akan dihiasi senyum dan tawa,
 di syurga DIA bersama mereka yang percaya,
 selepas hari demi hari kita lalui,
 ujian memendungkan hidup kita.

Usaha itu akan terus,
 dan kita tidak akan berhenti,
 hingga kita mencapai apa yang sebenarnya kita mahu,
 itulah dia redha dan Syurga ILAHI.

Biar nanti kita berdiri tinggi di dunia,
 hingga mampu menjejak langit,
 dan memandang semua dengan menunduk,
 berpuas hati kerana memilih untuk berusaha terus,
 dari melukut menghentikan ruku' dan sujud.

~Hilal Asyraf~


T_T
Hanya DIA, cuma DIA yang mampu menyembuhkan.







Photobucket
 

1 comment:

Anonymous said...

sabarla sygku tirah...^.^

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...