Saturday, March 3, 2012

Ini Pasti Berakhir

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Jika dunia hanya sementara, begitu juga kesusahan yang dihadapi. Haruslah kita menyedari bahawa kesempitan dan kesusahan ini tidak kekal selama-lamanya. Ia pasti berakhir suatu masa nanti. Apa yang diminta daripada kita hanyalah BERSABAR sekejap sambil menjaga hubungan dengan ALLAH dan berbaik sangka dengan ALLAH setiap waktu.

Walaupun ada kemungkinan kesusahan tidak akan berarak pergi semasa hidup, namaun kesempitan ini pasti berakhir dengan kematian. Pada saat itu, maut akan membawa kehidupan yang penuh bahagia di syurga ALLAH yang abadi. Bukankah kematian itu syarat utama untuk bertemu dengan ALLAH?ALLAHurabbi 
Nabi s.a.w bersabda: “Andai engkau bertawakal kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya, nescaya ALLAH akan memberi rezeki seperti burung. Ia keluar dengan perut kosong pada waktu pagi dan kembali dengan perut kenyang pada waktu petang.(riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Cincin Raja

Sesiapa yang mengenali hakikat dunia, ia tidak akan jatuh cinta kepadanya. Menyedarai kefanaan dunia adalah satu cara untuk mengusir bisiskan syaitan.

Imam Al-Ghazali bercerita dalam Ihya’ Ulum al-Din bahawa seorang raja meminta penasihatnya untuk membuat alat dengan fungsi khas. Alat ini mestilah dapat menghilangkan kesedihan si raja apabila ditimpa musibah, dan menghalang baginda daripada berlagak sombong apabila mendapat kesenangan.

Tidak lama kemudian, penasihat yang bijaksana itu mempersembahkan sebentuk cincin dan meminta baginda untuk selalu memakainya.

Beliau juga berpesan agar si raja memandang cincin tersebut setiap kali berada dalam kesengan mahupun kesedihan. Kata beliau, jika si raja melakukannya, kesedihan itu pasti hilang dan kesombongan tidak pernah akan datang.

Tiada keistimewaan pada cincin itu dari segi bahan ataupun bentukknya. Ia hanya cincin biasa yang dibuat daripada besi. Namun kalimah yang terukir di atasnya sungguh luar biasa.

“Ini pasti berakhir”

Semoga ALLAH membuka hati kita daripada melihat hakikat dunia dan memberi keyakinan untuk hanya mengharap kehidupan akhirat. ALLAHumma’amin.



#Perkongsian daripada Majalah Solusi isu 41(Anekdot, sofhah:29)#


ALLAH nak uji sikit je lagi. SABAR ye(:


Photobucket
 

No comments:

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...