ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ
Ada yang mengatakan ujian ialah kesusahan pada tubuh badan. Kesusahan pada jiwa. Apa untungnya ALLAH menyusahkan jasad dan jiwa. Bukankah itu tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-NYA Apalagi DIA Maha Mengasihani Maha Penyantun.
Pandanglah ujian dengan hatimu
Ujian adalah perbuatan Tuhanmu
Bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu.
Bila kamu memperolehi keteguhan baru kamu menjadi pilihan. Bila sudah lulus dan dipilih, DIA bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-NYA. Keteguhan kamu melintasi ujian
Menjadi dalil pilihan-NYA adalah tepat. Inilah keadilan-NYA.

Ujian ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa. Tujuannya untuk mengukur tauhid
Bukan sekadar untuk kesabaran
Apakah nilai sabar tanpa tauhid? Bukankah sabar juga bersama si kafir?
Bukan sekadar untuk kesabaran
Apakah nilai sabar tanpa tauhid? Bukankah sabar juga bersama si kafir?
Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid. Menambahkan kekuatan pandangan hati. Tidak berkelip memandang kepada TUHAN. Sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan.
Ujian adalah pentas sandiwara
Mempamerkan kebijaksanaan Tuan Pengarah Bila engkau diberi watak menderita. Hingga berjaya membuat penonton menangis. Ketahuilah Engkau adalah pelakon penting. Diasuh untuk menjadi bintang bakal menerima ganjaran lumayan.

Apabila engkau menjadi pelakon
Apa bezanya watak gembira dengan watak duka
Skrip di tangan Tuan Pengarah.
Apa bezanya watak gembira dengan watak duka
Skrip di tangan Tuan Pengarah.
حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم
Ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh.Kita lemparkan ke hujung dunia,Kita hapuskan dari minda dan ingatan.Bukan kerana kita membenci.Tetapi kerana menyedari,Mengingatinya,Hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan.Menyimpannya,Hanya membuat kita terkaku pada sebuah angan-angan.Bukan membenci.Bukan berputus asa.Cuma sedar,Ada sesetengah perkara,Memang bukan hak kita.;’)
No comments:
Post a Comment