ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ
Kenapa seorang bidadari itu digelar bidadari?
Kerana kata Nabi SAW mereka itu wanita-wanita terpelihara yang ALLAH cipta untuk penghuni syurga..
Mereka terjaga tak pernah keluar dari syurga..
Mereka tak pernah dilihat dan disentuh jin atau manusia..
Mereka menunggu bakal suami mereka dengan penuh cinta..
Kecantikan,keayuan,kelembutan mereka tidak terkata..
Tiap hari mereka lirikkan puisi rindu untuk yang tercinta...
Itulah yang kita gelar bidadari syurga....
Lalu bagaimana seorang wanita dunia itu layak digelar bidadari dunia?
Mereka mendapat kemuliaan itu dengan menjadikan ciri-ciri bidadari itu sbg ciri-ciri mereka..
Mereka menjaga diri mereka dari dilihat mata...
Mereka cinta pada YANG ESA..
Mereka diam di rumah tanpa berita..
Seperti bidadari yang tak pernah keluar dari syurga...
Kerana luar rumah itu neraka,
Penuh dengan buaya menunggu mangsa,
Mereka menyimpan diri mereka hanya untuk yang halal dicinta..
Sama seperti bidadari syurga yang menunggu lelaki ahli syurga...
Mereka tidak berhias melainkn kepada imam mereka...
Mereka melunakkan suara hanya pada suami mereka...
Jadi seseorang itu hanya layak digelar bidadari dunia apabila ciri-ciri mereka sama seperti ciri-ciri bidadari syurga...
Menjaga diri hanya utk yang halal buat mereka...
Bukan mempamerkan diri menggoda-goda seperti ahli neraka...
Dan itu semua jika kalian lakukan....kalian akan menjadi bidadari dunia dan bakal menjadi ketua bidadari di syurga dan dicemburui semua bidadari syurga yang lain....
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada ALLAH, ALLAH akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
~~~~♥♥~~~~
Moga ALLAH redha|Ramadhan Kareem:)
Bukan mudah nak jadi bidadari tapi tak mustahil kan:')
Moga ALLAH redha|Ramadhan Kareem:)
No comments:
Post a Comment