ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ
Ummulmukminin Aisyah radiALLAHhu anhu didatangi haid ketika haji. Beliau menceritakan;
"Rasulullah salALLAHu 'alaihi wasallam menemuiku yang sedang menangis. Baginda bertanya: 'Kenapa denganmu? Adakah kamu sedang 'uzur'?' 'Ya.'. Lalu baginda memujuk: "Inilah hakikat yang ALLAH telah tetapkan atas anak-anak perempuan Adam." [HR al-Bukhari]
Dalam hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang hamba itu sakit atau bermusafir, ALLAH tulis siap-siap pahala amalannya seperti mana yang dia lakukan ketika sihat & bermukim." [HR al-Bukhari]
Haid ialah penyakit yang menghalang seorang wanita daripada melakukan ibadah rutinnya termasuklah berpuasa di bulan Ramadan. Sekiranya kita sememangnya komited dengan ibadah ketika sihat (suci), pahala amalan tetap berterusan walaupun ketika kita sedang 'uzur'.
Apapun, janganlah sampai kita menjadi Ramadaniyyin sedangkan kita sebenarnya adalah Rabbaniyyin untuk sepanjang bulan. Maknanya, janganlah kita hanya bersemangat beribadah pada bulan ini saja. Manfaatkan ruang dan peluang yang diberikan oleh ALLAH. Pahala ibadah masih boleh dikaut walaupun ALLAH bagi 'cuti':) Ruang ibadah itu sudah terbentang luas, yang tinggal hanyalah ALASAN!
Jangan bersedih duhai muslimah, mungkin pahala semasa 'cuti' ini lebih berganda berbanding kita berpuasa dan solat. Bersangka baiklah dengan ALLAH
Jangan bersedih duhai muslimah, mungkin pahala semasa 'cuti' ini lebih berganda berbanding kita berpuasa dan solat. Bersangka baiklah dengan ALLAH
No comments:
Post a Comment