ALLAH SWT yang bermaksud :
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu mengaku bahawa kamu hamba ALLAH tetapi kemuadiannya kamu menderhakai-NYA?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepadamu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk bersilaturahim hanya kepada mereka yang bersilaturahim denganmu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbicara hanya kepada mereka yang berbicara denganmu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memberi makan hanya kepada mereka yang memberi makan kepadamu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memuliakan hanya kepada mereka yang memuliakanmu?
Wahai orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak amalkan?
Wahai orang yang beriman, kenapa kamu menegah orang lain apa yang kamu sendiri melakukannya?
Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu menyuruh orang lain sedangkan kamu tidak mengamalkannya?
Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu mengumpulkan apa – apa yang kamu tidak makan?
Wahai orang yang beriman, berapa banyak taubat yang ditangguhkan dari sehari ke sehari, kemudian dari setahun ke setahun, kemudian untuk apa kamu menunggu? Adakah kamu telah selamat daripada mati? Adakah kamu telah terlepas daripada neraka dan telah terjaminkah keselamatan dengan mendapat syurga? Adakah antara kamu dan Tuhan terjamin rahmat?
Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mengadu sedangkan AKU ialah tempat mengadu bagimu. Hingga bilakah engkau mahu melupai-KU sedangkan AKU tidak menerima itu daripada kamu?
Wahai anak Adam, hingga bilakah engkau mahu kufurkan kepada-KU sedangkan AKU tidak menzalimimu? Hingga bilakah engkau mengingkari nikmat – nikmat-KU, hingga bilakah engkau mahu meringan – ringankan kitab-KU sedangkan AKU tidak menyuruh apa – apa yang engkau tidak mampu membuatnya?
Wahai anak Adam, hingga bilakah kamu membenci AKU? Sampai bilakah kamu mengingkari-KU sedang tiada TUHAN bagimu selain AKU? Dan apabila engkau sakit, maka doktor manakah yang menyembuhkan kamu, kalau bukan AKU?
Wahai anak Adam, bagaimana mungkin kamu tersangat ingin kepada ibadah sedangkan kamu berserta dengan perut yang kenyang? Bagaimana engkau akan mencintai ALLAH sedangkan engkau mencintai harta? Bagaimanakah kamu tersangat ingin mendapatkan hati yang terang sedang kamu banyak tidur?
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu akan takut kepada ALLAH, kerana yang kamu takut ialah kefakiran? Bagaimanakah kamu ingin mendapatkan warak sedangkan kamu tamak terhadap dunia? Bagaimanakah kamu akan mendapatkan keredhaan ALLAH, sedangkan kamu tidak mencintai orang miskin?
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu tamak dengan keredhaan, sedangkan kamu berserta kebakhilan? Bagaimanakah kamu tamak terhadap syurga sedangkan kamu berserta dengan hati yang mencintai dunia dan pujian? Bagaimanakah kamu ingin kebahagiaan abadi di akhirat sedangkan kamu serta ilmu yang sedikit?
Wahai manusia, dengan rezeki daripada-KU jua engkau kuat melakukan maksiat kepada-KU. Denga kehendak daripada-KU engkau menginginkan sesuatu. Dengan kehendak daripada-KU engkau mahukan sesuatu untuk dirimu. Dengan nikmat-KU engkau berdiri, duduk dan beristirehat. Dengan pemeliharaan-KU engkau berpetang – petang dan berpagi – pagi. Dengan nikmat-KU engkau berbolak – balik. Dengan afiat daripada-KU engkau bercantik – cantik tetapi kemudiannya kau melupai-KU dan mengingati selain daripada-KU. Maka kenapa kamu tidak menunaikan hak-KU dan berterima kasih kepada-KU?
Wahai anak Adam, adakah engkau melakukan maksiat kepada-KU lalu mengingati kemurkaan-KU? Adakah engkau berhenti daripada apa – apa yang AKU tegah ke atasmu? Adakah engkau menunaikan kewajipan kepada-KU seperti yang AKU amanahkan kepadamu?
Wahai anak Adam, adakah engkau membantu orang miskin dengan hartamu? Adakah engkau melakukan kebaikan kepada siapa yang berbuat jahat kepadamu?
Wahai anak Adam, adakah engkau memaafkan siapa yang menzalimimu?
Wahai anak Adam, adakah engkau menghubungi siapa yang memutuskan hubungan denganmu?
Wahai anak Adam, adakah engkau berlaku adil kepada siapa yang khianatimu? Adakah engkau berbicara dengan siapa yang menjauhimu? Adakah engkau mengajar anakmu? Adakah engkau merelai jiranmu? Adakah engkau bertanya kepada ulama terhadap urusan agama dan duniamu?
Wahai anak Adam, bilamana ALLAH telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?
Wahai anak Adam, bilamana ALLAH telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?
Wahai anak Adam, bilamana Iblis ialah musuh bagi ALLAH, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?
Wahai anak Adam, bilamana balasan nanti ialah neraka, mengapakah kamu istirehat?
Wahai anak Adam, bilamana ganjaran ALLAH itu ialah syurga, mengapakah kamu melakukan maksiat?
Wahai anak Adam, bilamana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuan-KU, mengapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?
Wahai anak Adam, apabila engkau tergolong dalam golongan pemerintah yang memasuki neraka kerana kejahatannya, orang Arab disebabkan kemaksiatannya, para ulama disebabkan hasadnya, peniaga disebabkan khianatnya, ahli ibadah kerana riyaknya dan yang memasuki neraka kerana kejahilannya, orang kaya kerana sombongnya dan orang miskin kerana penipuannya, maka siapakah sebenarnya yang inginkan syurga?
Wahai anak Adam, harta itu milik-KU, engkau ialah hamba-KU dan tetamu itu utusan-KU. Apakah kamu tidak takut kalau AKU mencabut nikmat – nikmat-KU? Rezeki itu ialah rezeki-KU manakala kesyukuran itu bagimu. Manfaatnya akan kembali kepadamu juga. Kenapa engkau tidak memuji-KU atas apa yang AKU berikan kepadamu?
Wahai anak Adam, apabila engkau inginkan rezeki, AKU berikan rezeki tersebut kepada engkau. Maka nafkahkanlah jangan bakhil dengan rezeki terhadap hamba – hamba-KU. Sesungguhnya AKU telah menjaminkan bagimu gantian dan AKU janjikan bagimu ganjaran, maka kenapa kamu masih sangsi terhadap kitab-Ku?
Wahai anak Adam, berapa banyak orang – orang kaya mengharapkan akan fakir pada hari dia dihisab? Berapa banyak orang gagah yang dihina oleh sebab kematiannya? Berapa banyak kemanisan menjadi pahit? Berapa banyak kegembiraan dengan kenikmatannya, disengsarakan baginya kematian? Berapa banyak kesukaran yang mewarisi kedukacitaan yang panjang?
Wahai anak Adam, sekiranya tidak ditentukan bagi engkau melainkan hanya kematian dan kedahsyatannya sahaja maka telah wajiblah bagi engkau tidak merasa tenang waktu siang dan malam. Bagaimanakah keadaannya apa yang sesudah kematian itu lebih dahsyat lagi?
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu menanggung satu – satu urusan yang tidak ditakdirkan bagimu dan tidak pula kamu mengetahuinya sepertilah engkau tidak mengambil ganjaran bagi amalan – amalan yang tidak engkau kerjakan?
Wahai anak Adam, sesiapa yang jalannya ialah kematian bagaimana boleh bergembira terhadap dunia? Sesiapa yang rumahnya ialah kubur, bagaimana boleh merasa senang dengan rumahnya di atas dunia?
[Sumber : U-TURN KE JALAN LURUS & Kitab Imam al-Ghazali, al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah]
Soalan daripada saya buat diri juga semua:
Wahai anak Adam, manusia, orang yang beriman, dan hamba ALLAH SWT, apakah jawapan serta alasanmu kepada TUHANmu?T.T
Serahkan segalanya padaNYA,
No comments:
Post a Comment