Tuesday, January 1, 2013

Hijaabku Tidak Menarik


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 


Hijaabku memang tidak menarik, kerana fungsi hijaab adalah untuk menyembunyikan perhiasan, jika aku sematkan hiasan-hiasan di atasnya maka terpenuhikah fungsi hijaab yang dikehendaki oleh syari’at?
Hijaabku memang tidak menarik, kerana aku memakainya bukan untuk menarik perhatian orang, aku pun tidak akan mendakwahkan hijaab dengan menghias-hiasinya, memodifikasinya supaya muslimah ramai-ramai berhijaab. Tapi pada akhirnya hanya kuantiti muslimah berhijaab yang bertambah, tapi bagaimana dengan kualitinya?
Hijaabku memang tidak menarik, kerana buat apa jika makhluk tertarik tetapi PENCIPTA membencinya kerana hijaab yang kupakai menyimpang dari tuntunan syari’at?
Hijaabku memang tidak menarik, kerana dalam surat An-Nur ayat 31 muslimah dilarang menampakkan perhiasannya kepada selain mahramnya, dan jika kuhias-hiasi hijaab-ku hingga terlihat menarik di mata selain mahramku, lantas bagaimana nasib ketaatanku kepada firman-NYA?
Hijaabku memang tidak menarik, dan bukankah hendaknya muslimah saat keluar rumah menatap dirinya di cermin untuk memastikan bahwa ALLAH redha dengan hijaab-nya? Bukankah sudah cukup peringatan Rasulullaah bahwa jika wanita keluar rumah maka syaitan akan menghiasinya?
Hijaabku memang tidak menarik, tetapi inilah salah satu caraku untuk berusaha taat pada perintah-NYA, ta’at pada tuntunan-NYA dalam berhijaab untuk menjauhkan diri dari perbuatan tabbaruj (bersolek) yang tercela.
Hijaabku memang tidak menarik, tetapi percayalah, suatu saat jika engkau paham pada ilmunya, dan engkau bukakan hatimu kepada kebenaran (al haq) dan kau tundukkan hasratmu untuk berhias yang tidak sesuai dengan syari’at, maka hijaabku pun akan tampak menarik di matamu, InshaALLAH.

Me. Niqab. Proud. Heart. Love. Freedom.
Moga istiqamah!

kerana bukan semua hijab itu menutup perhiasan,
Photobucket
 

3 comments:

nami orcid said...

salam. perkongsian yg menarik, ukhti.. ana setuju, biarlah kita berniqab utk menjaga diri, bukan utk mencuri perhatian.. :)

cahaya keharumanku said...

salam dik.. kakmimi nak share letak di blog kakmimi sbgai semangat n penguat agar terus tegar pertahan niqab. :)

Ummu Rumaysa said...

Wasalam..sila-sila..memang untuk di share pun kak:)

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...