Friday, January 11, 2013

Nafas Ini Ada Batasnya..


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ

~Sungguh kematian itu pasti buat yang menyedari~

 Innalillahi wainna ilaihi rojiun

Pagi tadi mendapat berita pemergian ex-classmate masa kat Nilai..
Walaupun tak rapat(bercakap pun tak pernah..erkk)
Tapi sangat terasa dengan kehilangan beliauT_T

Pemergiannya pada hari barakah.
Moga Jannah destinasi akhirmu.
Al-Fatihah    

اللّهمّ اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ومثواه

~~~~~~~~~~~

Hari ini telah pun tersingkap tarikh rahsia kematian beliau. 
Tapi tarikh kematian kita yang hidup ini masih lagi menjadi rahsia di sisi ALLAH.
Entah esok, entah lusa..
Entah-entah seminit sekejap lagi..ALLAHu ALLAH


Arwah Afham depan sekali,dua dari kiri.
*ALLAH, sebak pulak tengok gambar ni*
 


***********************

Berapa ramai anak-anak muda
yang sedang bermain pagi dan petang
sedang kain-kain kafannya sudah mula dikoyak orang
tetapi dia tidak tahu?

Berapa ramai anak kecil yang diharap lahir
menjadi orang hebat
tetapi mati sejurus dilahirkan?

Dan berapa ramai gadis yang dihias indah
pada malam pengantinnya
rupa-rupanya pada keesokan harinya orang datang
untuk menguruskan jenazahnya..
[Syair arab]


Sesungguhnya kalian berada dalam perjalanan malam dan siang. Dalam umur yang terus berkurang, dengan amal yang tersimpan, dalam kematian yang akan tiba-tiba datang.
(Ibnu Mas’ud radhiyALLAHu’anhu)
Hari ini kubimbangi..
Jika terakhir hidupku..
Adakah lagi subuh esok..
Untuk bernafas dan sujud mengabdi padaMU, Tuhan
Oh TUHAN berikan daku petunjuk untukku meniti ke jalan redhaMU,
Izinkanku mengulangi janji-janji yang baru, taubat nasuha setulus untukMU.



 Moga dapat mengisi baki kehidupan ini dengan ibadah semaksimum yang mungkin
untuk mendapatkan pengakhiran yang baik.




Mengharapkan pengakhiran yang baik,
       
110113
2.08pm

Hari ni kita update tentang pemergian orang lain.
 Satu masa nanti, orang lain pulak update tentang pemergian kita.(kalau ada la)



Photobucket
 

0 Tinta Permata: