Thursday, May 16, 2013

Sakit Pun Ibadah:")

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Dalam sebuah hadis, ada diceritakan bahawa Rasulullah saw bertanya kepada sahabat: "Siapakah di kalangan kamu yang suka sihat tanpa sakit? 

Jawab sahabat: "Semua kami." Baginda bertanya lagi: "Adakah kamu suka menjadi seperti keldai liar yang mengganas? Tidakkah kamu suka menjadi orang yang ditimpa bala dan orang yang mendapat penghapusan dosa? Demi diriku di bawah kekuasaan-NYA, sesungguhnya ALLAH pasti menguji orang mukmin dengan bala dan apa yang diuji itu tidak lain melainkan untuk memuliakannya."

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Sesungguhnya, mengerang orang yang sakit itu umpama tasbih, jeritan dan tidurnya adalah ibadah, nafasnya sedekah dan berbalik-balik ke kiri dan kanan itu adalah memerangi musuh, iaitu sama pahalanya."



***************************

Sakit itu sebahagian nikmat. Ia mengingatkan pada mati. Ia mengingatkan pada nikmat sihat. Lebih dari itu, ia mengingatkan pada ALLAH yang Maha Penyembuh.
Kadang-kadang, sakit sekejap kita boleh kata ‘sabar, ALLAH uji.’ Tapi bila dah berlarutan, berpanjangan, tukar-tukar ubat pun tak menjadi, kita ‘hilang sabar’.
Boleh jadi, ALLAH panjangkan tempoh sakit supaya masa untuk ingat padaNYA lebih lama. Boleh jadi, ALLAH rindu kita meminta dariNYA kesembuhan dari kesakitan. Dalam masa sama, itu silibus ‘merendah diri, bertawakkal’ dari ALLAH.
Ingat kisah Nabi Ayub yang menderita sakit sehingga yang tinggal sihat cuma lidah dan hatinya saja? Ingat jawapan Nabi Ayub bila ditanya mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya?
Jawab baginda:
“Aku malu untuk berdoa pada ALLAH kerana aku baru ditimpa sakit selama dua tahun sedangkan ALLAH memberi aku sihat selama enam puluh tahun.”
Dan kita sebagai hamba sepatutnya malu juga untuk merungut dan ‘hilang sabar’ sedangkan ALLAH dah beri nikmat sihat sekian lama. Tak terhitung juga nikmat lain yang ada.

La Ba'sa Thohurun InsyaALLAH:)

SABAR,
bererti yakin akan ADILnya ALLAH…
bahawa DIA
tak hanya memberi UJIAN,
tetapi juga memberi KEMAMPUAN bagi kita untuk MENGHADAPINYA




Photobucket
 

Sunday, May 12, 2013

Rindu♥

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 





Kadang-kadang rasa rindu nak menulis(eh,taip!) dengan jiwa, dengan air mata:')



Nota: Bila entri lama dibelek rasa nak nangis, nak gelak, nak muntah hijau pun ada. Entri geli-geleman(tulang rusuk bagai.wek!) memang meloyakan bila umur dah tua-tua gini. Masuk 'tong sampah' la jawabnya. Memalukan betul!-__-'



Menulis, terapi jiwa:)
        
Photobucket
 

Friday, May 10, 2013

Kahwin??Erk.....

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 



Perkahwinan bukan pil ajaib yang boleh hilangkan keserabutan hati dan hidup. 

Hidup akan berubah jika kita berubah dari kejahilan kepada cahaya ilmu, dari kekurangan kepada menggilap bermacam kemahiran, dari ikut rasa hati kepada lebih matang iman mengawal emosi.

Bertanyalah berkali-kali kepada diri, apa yang akan ku beri pada rumahtangga yang dibina ini..?

Apakah yang akan saya beri pada pernikahan ini...?

Apakah yang kalian mahu beri pada pasangan dan pernikahan selain halal bersentuhan...?

Adakah yang dibayang sekadar hingga akad nikah dan ciuman pertama di dahi..atau sehingga anak-anak yang menangis menuntut tanggungjawab di sekeliling diri..?




**********************

Dua tahun yang lalu, dia 'putus cinta' hingga sakit yang amat, merana, merasa hilang seri kehidupan. Dia bangun mencari semula kekuatan, kemudian bertemu seorang lelaki yang nekad diterima sebagai suami - merasakan suami itu bukan saja mampu memberi kekuatan kepada dirinya tapi mampu merapatkan hubungannya yang renggang dengan ibubapa sendiri. Dia berkahwin dengan harapan hilanglah kesakitan dan keserabutan yang dialami.

Namun rupanya hati lagi pedih dan merasa kehidupan makin tak tenang - setelah kahwin suami sering outstation, dia sendiri sibuk bekerja, kurang kemesraan suami isteri yang dulu diimpikan, apatah lagi nak balik kampung jumpa mak ayah selalu, duit yang dulu dirasa bukan halangan kini menjadi isu yang merenggangkan perasaan dengan pasangan, tinggal pula bersama keluarga mertua yang dikata sering juga menjadi punca pergaduhan dengan suami.

Kebahagiaan pernikahan yang didamba seolah ilusi yang tak mampu tersentuh.

Langkah terasa berat, hidup terasa hambar - apatah lagi menatap gambar gambar kaku ceria famili pasangan muda yang lain di fb, di skrin komputer. Tika pasangan lain dirasa gembira menanti kelahiran anak pertama, dia merasa hati berpasir duka lara dengan anak yang dikandung.

Ini salah satu kisah pasangan pengantin baru yang satu ketika dulu berjuang untuk bernikah. Tika itu keazaman dan dorongan yang kuat kerana berharap ketenangan hidup yang hadir setelah bernikah.

Setelah aku terima nikahnya....?

Di mana ketenangan...? Di mana kebahagiaan..?



***********************
"...Marriage is not the solution to your own deficiencies, nor will it be the solution to all your life problems. Work to develop your own self without expecting marriage to somehow mystically change your life. Marriage can be a great source of support and encouragement for self-improvement, but if we are not personally working on ourselves now, how can we expect that it will be easier with the additional baggage of another individual who is also imperfect?"





Err..kehilangan fitrah nak kahwin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini..Bila baca entri ni makin mengunung rasa tak mau kahwin..oh,perasaan apakah ini?-__-'

Ya ALLAH,ENGKAU Maha Mengetahui, jika sememangnya aku tidak layak untuk semua ini, maka cukupkanlah aku dengan kecintaan yang mendalam terhadapMU. Tenggelamkanlah aku dalam cintaMU, moga tiada satu pun yang dapat memesongkan cintaku padaMU. 



Photobucket
 

Friday, April 26, 2013

Buat Hati yang Memerlukan:)

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Pada yang sedang gembira, 
Moga tak terlupa, 
Kepada-NYA…
Pada yang sedang sedih dan berduka,
Moga tak terlupa, 
ALLAH Ada.
Pada yang sedang diuji,
Moga tak tersalah sangka, 
ALLAH sedang membenci!
Padahal DIA sedang membersihkan hambanya dari dosa,
menambahkan darjat dan memuliakan jika kamu bersabar.
Pada yang sedang pura-pura ketawa, 
Jangan lupa, sabar dan kekuatan adalah pinjaman percuma dari-NYA.
Dan pada yang sedang menangis dalam hati, 
Jangan lupa, DIA Maha Mengetahui.

~~~~~~~~~~~~

Kadang -kadang sakit itu memang hanya ALLAH yang tahu. 
Sebab hanya DIA yang boleh sembuhkan.
Sebab itu cuma DIA yang tahu.
Sebab kalau manusia tahu pun,
belum tentu mereka dapat bantu:)


 #TersenyumMelihatLangit#




Bilamana kesakitan kuat mencengkam, ayat ini menjadi penghibur,
'Dan apabila aku sakit DIAlah yang menyembuhkan'(As-syua'ra;:80)





Photobucket
 

Sunday, April 7, 2013

#Note To Self 14#


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Kerana disebalik kesakitan ini ada kekuatan yang terselindung,

Makanya,
Aku disini masih lagi cuba bertahan!

La haula wala quwatailla biLLAH




    


Photobucket
 

Saturday, April 6, 2013

Redha


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


RABBI, walau apa pun usahaku aku sedar pada akhirnya aku hanya mampu meminta padaMU.. 

Usaha sudah,
Doa sudah,
Tawakal sudah,
Dan perkara yang paling susah nak buat iaitu sabar pun sudah diusahakan,
Tapi keadaan masih sama,
Tiada yang berubah.

Disaat segala usaha seakan tidak menjadi semuanya,
Ketika doa kelihatan masih belum dimakbulkanNYA,
Tawakal yang dibuat lama kelamaan masih membuahkan resah,
Perisai terakhir iaitu sabar yang diharap menghalang pergolakkan hati akhirnya ampuh juga.

Mungkin,
ALLAH menuntut pengorbanan yang lebih besar dari semua itu,
Iaitu REDHA.

Ya, 
Siapa tahu redha ini jalan keluar bagi semua masalahmu,
Mana tahu redha ini asbab pertolongan ALLAH dari jalan yang tak disangka-sangka?

Makanya,
Kini bukan lagi masa untuk bersabar,
Tapi belajar untuk redhakan pula,
Redhakan sahaja duhai hati!


klik untuk tumbesaran:)


Teladan Orang Yang Redha Atas Takdir ALLAH

1.Nabi Muhammad saw.

ALLAH Ta’ala berfirman,


 “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan DIA banyak menyebut ALLAH.” (Al-Ahzaab: 21)

Rasulullah saw. adalah contoh teladan terbaik yang perlu kita contohi dalam konsep redha. Baginda pernah berdoa, 

“Ya ALLAH, dengan pengetahuan-MU pada yang ghaib, dan kuasa-MU atas makhluk-MU, hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu baik untukku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu baik untukku. Aku memohon rasa takut pada-Mu baik dalam keadaan terang-terangan mahupun dalam keadaan sembunyi-sembunyi, tanamkanlah keikhlasan saat redha dan marah. Aku memohon kepadaMu  kenikmatan yang tidak pernah putus. Dan aku memohon kepada-Mu agar Engkau tanamkan keredhaan (dalam hati) atas semua takdir-Mu, kehidupan yang damai setelah mati  dan nikmatnya melihat wajah-Mu, kerinduan untuk bertemu denganMu. Aku berlindung pada-Mu dari sesuatu yang membahayakan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, perindahkanlah diri kami dengan iman dan jadikanlah kami orang yang mendapat hidayah dan menyebarkannya (kepada orang lain).” (HR Nasa’i)

Kita boleh melihat keredhaan Rasulullah pada saat Ibrahim, putera baginda, meninggal dunia. Dialah (Ibrahim) satu-satunya anak lelaki baginda, dan saat itu usia Rasulullah sudah mencapai 62 tahun. Rasa cinta  Rasulullah kepadanya sangat mendalam, sehinggakan saat Rasulullah pergi ke rumah para sahabat, baginda mendokongnya. Tetapi, pada usianya mencapai 6 tahun, putera kesayangannya itu meninggal dunia. Apa yang dilakukan Rasulullah ketika itu?

Anas bin Malik berkata, “Kami bersama Rasulullah saw. berkunjung ke rumah Abu Saif al-Qain, keluarga yang mengasuh dan menyusui Ibrahim. Saat Rasulullah melihatnya, baginda terus mendukung Ibrahim dan menciumnya berkali-kali. Sementara itu, Ibrahim sudah dalam keadaan yang lemah, dan tidak lama kemudian, Rasulullah menitiskan air mata. Melihat hal itu, Abdurrahman bin Auf berkata, “Wahai Rasulullah, kenapa engkau menangis?” Baginda menjawab, “Ini adalah air mata kasih sayang.” Rasulullah saw. kemudian berkata, “Mataku boleh mencucurkan air mata, hatiku boleh bersedih, tetapi aku tidak akan berkata kecuali apa yang diredhai Allah. Wahai Ibrahim, kami semua berasa sedih.” (HR Bukhari)

Apa yang dialami Rasulullah saw. menunjukkan bahawa baginda mempunyai kasih sayang dan juga redha. Mata menangis (sebagai tanda kesedihan), tetapi hati tetap redha.

2. Fudhail Bin Iyad

Beliau adalah imam para tabi’in. Beliau mendapat gelaran Aabidil haramain (orang yang ahli ibadah di Tanah Haram), kerana ibadah yang dikerjakannya. Beliau lebih banyak diam, dan kurang senyum. Sifatnya yang kurang senyum ini berlarutan sehingga 30 tahun lamanya. Dan saat puteranya meninggal dunia, beliau tersenyum. Melihat hal ini, ramai yang hairan kepadanya. Mereka berkata, “Sungguh pelik sikapmu, engkau sering kali tersenyum semenjak ditinggal anakmu, padahal dulunya engkau jarang tersenyum. Apa yang terjadi?”

Fudhail menjawab, “Aku rasa gembira atas takdir ALLAH di setiap waktu. Kerana itulah aku tersenyum untuk membuat hatiku redha.”

Jadi, senyumnya Fudhail merupakan usaha agar redha tertanam dalam hatinya, meskipun anaknya telah tiada.
Para ulama’ membandingkan sikap yang ditampilkan Fudhail dengan apa yang pernah dilakukan Rasulullah saw. Dalam pandangan mereka, Rasulullah telah menyatukan sikap sayang dengan redha, sementara Fudhail belum boleh menyatukan antara duanya. Kerana itulah, beliau tersenyum agar dapat bersikap redha. Dengan demikian, kasih sayang terhadap anaknya tidak sampai menghilangkan keredhaannya kepada ALLAH Ta’ala. Memang sangat berat untuk menyatukan dua sikap mulia itu: sayang dan redha.

3. Umar Ibnu Khattab

Umar Ibnu Khattab berkata, “Apapun musibah yang menimpaku, aku tetap memuji ALLAH Ta’ala kerana empat perkara: Pertama, selagi musibah itu tidak menimpa agamaku. Kedua, musibah yang menimpaku tidak lebih besar hebatnya berbanding dengan musibah yang menimpa agamaku. Ketiga, ALLAH Ta’ala akan memberi  balasan syurga bagiku atas musibah yang menimpaku. Dan keempat, aku terkenang musibah yang menimpa Rasulullah.

Sahabatku, mari kita renungkan prinsip yang menjadi pengangan Saidina Umar. Beliau tidak pernah lupa mengucapkan alhamdulillah meskipun musibah menimpanya. Inilah tingkatan redha yang paling  tinggi. Pada umumnya, orang yang terkena musibah akan berduka, tetapi yang dilakukan Umar amat berbeza, malah beliau mengucapkan syukur saat musibah menimpanya, selagi yang menimpanya itu berkaitan dengan masalah dunia. Sebesar manapun musibah yang bersifat duniawi itu akan terasa ringan dan remeh jika dibandingkan dengan musibah yang berkaitan dengan agama. ALLAH Ta’ala akan membalas musibah yang menimpanya dengan syurga. Umar juga teringat dengan musibah yang dialami Rasulullah saw. hingga apapun yang menimpanya akan terasa ringan.

Umar pernah berkata, “Demi ALLAH, aku tidak pernah mempedulikan apapun yang menimpa diriku dalam urusan dunia, baik itu sesuatu yang baik ataupun buruk, kelapangan ataupun kesimpitan, kebahagian ataupun kesempitan, kebahagian ataupun kesedihan selagi aku masih menjadi muslim.”

4. Imran Bin Husain

Imran Bin Husain termasuk dalam sahabat Rasulullah saw yang selalu menyertai peperangan. Tetapi, setelah Rasulullah wafat, beliau menghidap penyakit stroke yang menjadikan sebahagian tubuhnya lumpuh. Beliau berada di atas pembaringan selama 30 tahun. Pernahkah kita membayangkan andai kita yang menghadapinya? 30 tahun lamanya di atas pembaringan (seperti katil), sehinggakan beliau membuat lubang di tempat tidurnya untuk buang air kerana beliau tidak boleh bergerak lagi.

Ketika para sahabat menziarahinya, dan mereka melihat keadaanya seperti itu, mereka mengalirkan air mata. Saat Imran bin Husain melihat tangisan para sahabat, beliau berkata, “Kalian menangis kerana sedih melihat penderitaanku, tapi aku redha pada Tuhanku. Aku mencintai apapun yang dicintai ALLAH Ta’ala, dan aku redha apapun yang diredhaiNya. Aku sangat bahagia dengan pilihan ALLAH. Demi ALLAH, dengan keadaanku seperti ini, aku rasakan selalu dikunjungi para malaikat dengan membaca tasbih ALLAH. Aku tahu bahawa apa yang menimpaku bukanlah hukuman dari ALLAH Ta’ala, tapi DIA ingin mengujiku, apakah aku redha kepada-NYA. Saksikanlah, bahawa aku redha kepada ALLAH Ta’ala.

5. Urwah Bin Zubir

Ayah Urwah adalah Zubir bin Awwam, salah satu di antara 10 sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Suatu ketika, Urwah Bin Zubir bersama puteranya pergi menjenguk Amirul Mukminin di Damaskus. Tatkala mereka sampai di sana, puteranya berkata, “Ayah, aku ingin melihat kuda Amirul Mukminin.”

Urwah mengizinkan anaknya lantas berkata, “Turunlah, bermainlah dengan kuda itu!”

Puteranya lalu turun. Tetapi ketika itulah beliau terpijak kuda hingga meninggal. Pada masa yang sama, Urwah merasakan sakit di salah satu kakinya, dan didapati kakinya harus dipotong. Akhirnya, Urwah pun kehilangan salah satu kakinya dan juga kehilangan puteranya. Orang-orang tidak tahu bagaimana mengungkapkan rasa simpati kepadanya. Dua musibah berat yang menimpanya: puteranya meninggal dan kakinya harus dipotong. Orang-orang pun menjenguknya dengan perasaan sedih. Melihat pandangan mereka, Urwah faham bahawa mereka sedih melihat musibah yang menimpanya. Urwah pun berkata, “Ya ALLAH, bagimu segala pujian. ENGKAU telah memberiku empat organ  tubuh, lalu ENGKAU mengambilnya satu, dan ENGKAU tinggalkan tiga. ENGKAU telah memberiku tujuh orang anak, lalu ENGKAU sudah mengambilnya satu dan ENGKAU tinggalkan enam. Kalau ENGKAU sudah mengambil dan meninggalkan, maka segala puji bagi-MU atas apa yang telah ENGKAU ambil, dan segala puji bagi-MU atas segala apa yang ENGKAU tinggalkan.”

Kemudian Urwah berkata pada orang-orang yang menjenguknya, “Saksikanlah, aku redha pada Tuhanku, maka kalian pun harus redha kepada-NYA!”

6. Shafiyah Binti Abdul Mutalib

Beliau adalah saudara perempuan Hamzah bin Abdul Mutalib. Bersama Hamzah, Shafiyah turut serta dalam Perang Uhud. Di tengah  peperangan, Hamzah gugur sebagai syahid.

Tatkala Rasulullah saw. mendengar berita perlakuan kaum musyrikin terhadap jasad Hamzah dengan merosak mukanya, membelah perutnya, mengeluarkan jantungnya dan mengunyahnya, Rasulullah menyuruh Zubir Bin Awwam membawa ibunya (Syafiyah) pulang ke Madinah. Baginda khuatir Shafiyah sedih berkepanjangan atas apa yang menimpa Hamzah.

Kemudian, Zubir mendekati ibunya itu, dan memberitahu bahawa Rasulullah menyuruh dirinya membawa pulang ibunya ke Madinah. Shafiyah berkata kepada anaknya, “Anakku, kalian melakukan ini kerana takut aku merasakan sedih berpanjangan melihat apa yang menimpa Hamzah? Anakku, jika dibandingkan dengan nikmat yang telah diberikan Allah, apa yang terjadi pada Hamzah itu tidak ada apa-apapun. Allah sedang menguji kita, melihat kita, apakah kita redha atau tidak? Anakku, ibu redha dengan apa yang menimpa Hamzah.” Zubir pun memberitahukan sikap ibunya kepada Rasulullah saw, lantas Rasulullah bersabda, “Jika demikian, biarkanlah dia!”.

Lalu Shafiyah datang dan berdiri dekat pada mayat Hamzah, sambil mengucapkan Innaa lillahi wainnaa ilaihi raaji’uun (sesungguhnya kita milik ALLAH, dan kita semua akan kembali kepada-NYA).
Shafiyah lalu solat jenazah jenazah ke atas saudaranya itu sambil menangis.

7. Sa’ad Bin Abi Waqqash

Beliau termasuk salah satu dari 10 orang sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Beliau pejuang besar dalam peperangan Qadisiyah yang menakluk Parsi, dan sahabat yang mustajab doanya. Rasulullah saw. pernah berkata kepadanya, “Wahai Sa’ad, panahlah!” bersamaan dengan itu, Rasulullah saw berdoa, “Ya ALLAH, tepatkanlah sasaran anak panahnya, dan kabulkanlah doanya.”

Dengan doa Rasulullah inilah, sehingga doa-doa yang dipanjatkannya dikabulkan oleh ALLAH swt. Di manapun beliau berada, orang-orang mengerumuninya, memintanya agar mendoakan mereka. Lalu dia mendoakan mereka dan doanya dikabulkan oleh ALLAH Ta’ala.

Di akhir saat kehidupannya, Saad menjadi buta. Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang menemuinya dan berkata, “Wahai Saad, matamu sekarang buta, sedangkan doamu mustajab. Berdoalah kepada ALLAH supaya penglihatanmu dikembalikan!.”

Saad menjawab, “Ketetapan ALLAH lebih aku cintai daripada mataku. Patutkah aku tidak redha terhadap apa yang ALLAH redha untukku? Demi ALLAH ! Aku tidak mahu berdoa dan meminta kesembuhan mataku.”

Sikap yang dimiliki Sa’ad bin Abi Waqqash ini hanya boleh dimiliki oleh orang-orang yang dekat dengan Allah.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita sudah redha terhadap Tuhan kita?

8. Abdullah Bin Mas’ud

Pada satu hari, tiga orang tabi’in, yakni asy-Sya’abi, Sa’id Bin Musayyab, dan Abdullah Bin Mas’ud sedang berehat bersama. Salah seorang daripada mereka berdoa, “Ya ALLAJ, Aku memohon pada-MU  untuk mencabut nyawaku dalam waktu terdekat.”

Mendengar hal itu, maka bertanyalah yang lain, “Kenapa engkau berdoa seperti itu?”

“Kerana terlalu banyak godaan. Aku takut diriku terjerumus pada godaan itu.” Jawabnya.

Tabi’in yang kedua pula berdoa, “Ya ALLAH, panjangkanlah umurku!”

“Kenapa negkau berdoa demikian?” tanya yang lain.

“Aku berharap, semoga di suatu hari nanti, aku mendapat kesempatan untuk beribadah yang membuatkan ALLAH meredhaiku.”jawabnya.

Dan saat giliran Abdullah Bin Mas’ud, beliau berdoa, “Ya ALLAH, Aku tidak akan memilih untuk diriku. Pilihkanlah untukku sekehendak-MU! Apapun yang ENGKAU pilih untukku, itulah yang terbaik, “

“Engkau adalah orang yang terbaik daripada kami,” kata dua orang yang berdoa sebelumnya.

Abdullah Bin Mas’ud berkata, “Selama 40 tahun, apapun yang ALLAH berikan padaku, aku redha. Demi ALLAH, aku tidak pernah menangisi apa pun yang menimpaku di dunia ini. Aku hanya menangisi hilangnya agama.”

Semoga ALLAH menanamkan keredhaan dalam hati kita, Amin!


“Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerah melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.”(Fushshilat : 35)



Berlari menuju garisan redha,
      
060413
4:26am
Photobucket
 

Friday, March 29, 2013

*Monolog 2*

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ 



Tersedar bangun dari tidur dengan satu persoalan dan ketidakpastian dalam hati,

'Sekiranya aku benar-benar inginkannya, namun aku tak dapat jua. Bagaimana?'

Terdapat 'suara' lain dalam hati kemudian kembali memujuk,

'Percayalah,anda mampu lakukannya.'

'Tetapi aku takut. Aku takut.'

'Adakah engkau takut pada ketidakpastian itu?'

Aku 'mengangguk' perlahan dalam hati.

'Adakah engkau takut, bahawa bila engkau berusaha dan berusaha, tetapi akhirnya ALLAH tak berikan apa yang engkau mahukan itu?'

Sekali lagi aku 'mengangguk'.

'Maka ketahuilah, engkau takkan dapatkan apa yang engkau mahukan itu selagimana engkau lebih takutkan ketidakpastian itu dari ALLAH SWT, sehingga engkau sendiri sudah tidak yakin bahwa ALLAH akan kabulkan setiap permintaanmu dan janji ALLAH itu adalah pasti! Perbaiki keyakinanmu padaNYA dan bukan usahamu, dan waktu itu baru kamu boleh tenang dan mendapat apa yang kamu mahukan!'

Tangan terketar-ketar. Air mata kembali menitis. Begitu payah rupanya bermujahadah diri sehingga ke akhirnya. Moga-moga hati ini masih ada kekuatan sebelum tumbangnya diri ini ke arah kegelapan kemurkaanNYA yang amat digeruni.










Photobucket
 

Friday, March 15, 2013

#Note To Self 13#


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜ




Tak terbayang bagaimana kalau ALLAH bagi sahaja semua apa yang kita hendak dan apa sahaja yang kita fikirkan baik.


Mungkin tika ini kita tidak mengecap bahagia seperti ini, memperoleh teman sekeliling seperti ini, mendapat kejayaan seperti hari ini atau merasai indahnya anugerah cinta seperti dirasa saat dan ketika ini.

Di sebalik kesedihan kita tatkala tak dapat masuk sekolah yang kita mahu, tak dapat memiliki hati orang yang kita minat, tak dapat bekerja di posisi yang kita idam-idamkan, rupanya ada kebahagiaan besar yang tersembunyi di sebaliknya, yang mana hanya kita rasai hari ini. Sehingga seketika, kita terlupa terus yang kita pernah menangis, kecewa dan bersedih sebelum ini disebabkan apa yang kita sangka sebagai gagal, malang dan buntu.

Hebat kan percaturan ALLAH? Manusia yang berkomunikasi melalui hatinya, terhadap segala percaturan ALLAH ke atas dirinya, akan mengecapi indahnya sebuah kehidupan sebenar. Tiada sedih, tiada duka dan tiada kecewa, sebaliknya yang ada hanyalah baik sangka terhadap apa-apa yang telah ALLAH tentukan buat dirinya.

" Aku ( ALLAH ) sentiasa di sisi sangkaan hamba-hambaKU. Maka hendaklah kamu sentiasa berbaik sangka terhadapKU " [ hadith qudsi ]









   Photobucket

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...