1.Tawadhu'
Sifat tawadhu' kata Ustaz Hj Hambali bukanlah di amal dan di bawa dalam peribadi kita sampai kita di hina oleh masyarakat.Namun begitu sifat tawadhu' itu perlulah di amal dan di bawa ke mana mana bukan memilih keadaan/tempat.Contohnya,bila kita berjumpa dengan golongan yang tertentu kita membawa sifat tawadhu' tetapi bila kita berjumpa dengan 1 golongan yang lain kita letakkan di tepi sifat tawadhu' itu atas sebab tertentu.Ini satu konsep yang salah dalam pada kita meletakkan diri untuk beramal.
Sifat tawadhu' kata Ustaz Hj Hambali bukanlah di amal dan di bawa dalam peribadi kita sampai kita di hina oleh masyarakat.Namun begitu sifat tawadhu' itu perlulah di amal dan di bawa ke mana mana bukan memilih keadaan/tempat.Contohnya,bila kita berjumpa dengan golongan yang tertentu kita membawa sifat tawadhu' tetapi bila kita berjumpa dengan 1 golongan yang lain kita letakkan di tepi sifat tawadhu' itu atas sebab tertentu.Ini satu konsep yang salah dalam pada kita meletakkan diri untuk beramal.
Rasmi padi,semakin berisi semakin tunduk ke bumi.
Nota :
Tawadhu’ adalah sifat yang dituntut oleh Islam. Tawadhu' yang diertikan oleh Imam Hassan Al-Basri ialah seseorang itu tidak melihat dirinya lebih daripada orang lain. Tawadhu' lawannya takabbur, sombong dan riak. Tawadhu' ini sentiasa akan membuatkan diri seseorang itu menerima kebenaran tanpa ada sebarang takabbur. Di antara ciri-ciri tawadhu' ialah kita menerima kebenaran daripada sesiapa pun samada orang miskin, kaya, tua atau muda.
Jika dilihat atau diamati makna yang selalu kita faham bila di sebut tawadhu',ia kerap dikaitkan dengan sifat rendah diri.Merendah diri itu sendiri bukanlah membawa maksud kita ini merasa merendah diri sehingga menjadikan diri kita terhina dan dipinggirkan di tengah-tengah masyarakat. Maksud Tawadhu' di sini adalah mengambil jalan tengah yakni sederhana di antara dua perkara yang membinasakan. Iaitu antara terlalu melebih-lebihkan dirinya yang mengakibatkan sombong dan merasa rendah diri yang membawa kesan ke arah kekurangan dan kehinaan diri.
Tawadhu' juga boleh diertikan dengan meletakkan sesuatu pada tempat yang selayaknya dan memberikan sebarang hak kepada orang yang sememangnya berhak menerimanya.
2.Harga sebuah pengorbanan.
Dalam beragama,bukan bilangan/jumlah menjadi ukuran.
Di kisahkan oleh Ustaz Hj Hambali,di mana ketika ramai ummat Islam membuat persediaan menuju ke medan perang di zaman Rasulullah,ada seorang sahabat tidak mempunyai apa apa untuk di infaqkan bagi menjadi bekal tentera muslimin.Lalu sahabat tadi telah bekerja di sebuah ladang yahudi dengan mengambil upah menyiram tanaman di kebun tersebut.Dengan tangannya yang kudung,sahabat tadi berusaha juga untuk mengambil air dari telaga yang ada.Air yang dapat di cedok terus sahaja di siram pada tumbuh tumbuhan di kebun berkenaan.Setelah selesai kerjanya,sahabat Nabi tadi pun mendapat upah segenggam kurma.Segenggam kurma tadi di bawa kehadapan RasuluLlah SAW untuk di infaqkan ke jalan Allah.Walaupun hanya segenggam kurma,RasuluLlah SAW telah menerima infaq sahabat tadi lalu RasuluLlah SAW meletakkan kurma tadi paling atas dari sekalian harta infaq yang lain atas maksud besarnya nilai pengorbanan sahabat Nabi tadi walaupun dengan keadaan peribadinya yang serba kekurangan.
3.Di sebalik tabir miskin dunia.
Sekali ketika ustaz Hj Hambali berada di India,apa yang ustaz ceritakan adalah rumah kebanyakan penduduk India di sana menampal tinja lembu (najis lembu) pada dinding dapur.Ini bertujuan untuk mengeringkan tinja lembu tadi.Apabila tinja tadi kering,ia di jadikan bahan api untuk memasak.Semua sedia maklum,kebanyakkan tempat di India adalah tanah datar tanpa sebarang tumbuhan.Jadi amat sukar untuk mencari kayu api untuk di jadikan bahan bakar.Sebagai gantinya tinja lembu tadi di guna pakai.Malah ada kedai runcit yang menjual tinja lembu tadi kepada orang ramai sebagai maksud yang sama.Mungkin kita di Malaysia pergi ke kedai kerana kehabisan gas untuk memasak namun jika di India mereka ke kedai kerana 'gas' asli mereka telah kehabisan stok.Sama keadaan tetapi berbeza suasana.
Manafaat/mudharat pada setiap kejadian makhluk
adalah di bawah kuasa ALlah SWT.
Masjid mereka juga dalam keadaan yang amat sederhana.Beratapkan daun yang di anyam dan berlantaikan tanah sahaja.Namun penduduk di sana walau dalam keadaan serba kekurangan dan kedhaifan tapi mereka sentiasa taat pada perintah Allah SWT.
Sesungguhnya kata ustaz,apabila kita melihat orang miskin/dhaif,secara semulajadi hati kita akan berasa simpati terhadap mereka dan terbit rasa syukur dalam diri kita.
Contohnya,
Apabila kita menunggang motosikal,kita kadangkala tidak bersyukur dengan apa yang ada pada kita apabila kita melihat di sisi kita sebuah kereta mewah yang menjalar menyelusuri jalan yang sama.Namun apabila kita berselisih dengan seorang tua yang hanya berbasikal tua,nak tak nak hati kita akan timbul rasi simpati dan kasihan belas kepada orang tua tadi.Secara tidak langsung akan timbul rasa syukur dalam hidup kita.
Kata ustaz lagi,itu hanya baru melihat keadaan orang yang miskin.Bagaimana agaknya kalau kita bergaul dan berdamping dengan mereka.Tentu lebih banyak hikmah dan pengajaran yang kita dapat ambil.Sebab itulah ustaz berpesan,sunat kita bergaul dengan orang miskin sebagai usaha dan cara untuk kita sentiasa bersyukur dengan keadaan kita sekarang.
4.Ikhlas.
Dialog 1.
A : Sedap betul suara ko azan tadi.
B : Alhamdulillah :)
Dialog 2.
A : Ada orang kata azan ko tadi macam @$!#!!!
B : Apa?????
Renung situasi di atas.Ustaz Hj Hambali mengingatkan hadirin yang mendengar kuliahnya bahawa,orang yang ikhlas dalam beramal,akan sama sahaja perasaan mereka samada di puji mahupun di caci.Ini kerana mereka beramal betul betul kerana Allah SWT.
5.Sangka buruk.
Ustaz Hj Hambali mengingatkan lagi,untuk mengelakkan dari orang bersangka buruk terhadap kita,kita hendaklah dengan sedaya upaya mengunci diri kita dari melakukan apa jua perbuatan/amalan yang boleh menyebabkan orang boleh bersangka buruk terhadap kita.Sepertimana kita menjaga segala macam harta kita dari di curi orang,dengan menyimpan harta berkenaan di tempat yang selamat,begitulah juga dengan amalan dan tingkah laku kita.
6.Ilmu dan kefahaman.
Ustaz menegaskan di mana,dalam kita menuntut ilmu ada 2 golongan yang akan terhasil.Golongan pertama adalah orang yang hanya mendapat ilmu sahaja manakala golongan kedua adalah orang yang mendapat ilmu dan mendapat kefahaman dari ilmu berkenaan.Ilmu itu kata ustaz satu perkara dan kefahaman tentang ilmu itu adalah satu perkara yang lain.
Wallahua’alam.
Semoga perkongsian dapat memberi manafaat kepada pembaca dan dapat memberi peringatan kepada diri ku sendiri.
Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..
3 comments:
Subhanllah..Assalamualaikum..ukhti,semoga terus2an dalam penulisan yang sangat memberi tarbiah rohani ini..InsyaAllah,dalm redho dan rahmat Allah selalu hendaknya,,wassalam.. Ramadhan kareem..Allahuakram :')
Subhanallah...Assalamualaikum...ukhti,semoga terus2an dalam bakat dan jalan ini memberi tarbiah pd rohani berbentuk penulisan...InsyaALalh semoga dalam rahmat dan redho Allah hendanya..salam Ramadhan kareem :)
I.ALLAH..ALLAHU akram!
Post a Comment