Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah pena masih dapat ditarikan setelah sekian lama terhenti. Sekian lama membiarkan lembaran maya ini tanpa contengan. Rasa rindu untuk terus membiarkan jemari ini menari mengikut irama hati. Biarlah tak mampu difahami oleh semua hambaNYA asalkan ALLAH memahami, ALLAH mengetahui setiap bait bicara sepi ini. Moga ALLAH menuntun setiap langkah jari jemari ini=)
Entri pertama untuk 2011. Agak ketinggalan daripada sahabat-sahabat lain yang sangat bersemangat untuk mengupdate blog. Tahniah! Ana tak sesemangat antum untuk menulis. Hampir sahaja berniat menutup terus blog ini kepada umum lantaran serangan yang datang daripada segenap penjuru. Jemari bagai longlai untuk mencipta langkah. Makanya ana mengambil keputusan untuk menutup blog ini buat sementara untuk kembali merenung ke dalam diri. Menelan satu persatu setiap tuduhan biarpun pahit. ALLAH yang mendatangkan ujian punya cara tersendiri untuk memujuk hati ini^_^
Belajar untuk senyum disaat hati sedang menagis. Pandang pokok, senyum pada pokok. Pandang awan, senyum pada awan(alhamdulillah ana pakai 'topeng' tak la nampak macam orang gila bila senyum kat pokok dan awan=p)Hakikatnya tak sukar untuk berlagak kuat dihadapan makhluk-makhlukNYA. Tapi amat sukar sekali untuk berlagak kuat di hadapan AL-KHALIQ yang mengetahui setiap inci kelemahan diri ini. ALLAHurabbi. Kita kelihatan hebat dimata manusia bukan kerana pangkat, rupa dan segala-galanya yang kita miliki tapi kerana ALLAH masih sudi menutup aib-aib kita. Jika ALLAH menyingkap aib kita nescaya seluruh manusia berasa jijik untuk memandang. Sedarlah!
Langkah terhenti seketika. Bila ana mengambil keputusan untuk menutup blog ini buat sementara ada sahabat-sahabat yang berkecil hati kerana tak diinvite untuk menjadi reader. Maaf. Sebenarnya ana tak invite sesiapa pun. Hanya dibuka kepada author=)Dunia blogger ini tak setenang yang disangka. Sering berhadapan dengan kritikan yang seakan membunuh semangat diri ini yang masih merangkak untuk menulis. ALLAH, bagai ingin dihentikan sahaja langkah ini. Tak mampu dan sudah letih:'(Sekali lagi menyelongkar laman sesawang Hilal Asyraf. Kembali membaca tulisan beliau yang pernah memujuk hati ini untuk terus menulis, menulis dan menulis (Blogger=Daie)Ya, blogger boleh disamakan sebagai daie. Seorang daie tak boleh sama sekali merasa letih dengan tugas menyeru dan membaiki diri.
Janganlah kita anggap blog kita sebagai ’satu tempat mengajar orang lain’, tetapi lihatlah blog kita sebagai ’satu medan memperbaiki diri, dan mengajak orang lain ke arah yang sama’(credit to Hilal Asyraf)
Ingat kembali perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Ujian yang baginda hadapi semasa berdakwah. Dicaci, dilempar dengan batu, dituduh sebagai gila, dituduh sebagai ahli sihir. Tapi baginda tak pernah penat untuk menyeru. Qudwah yang ditunjukkan baginda seharusnya dijadikan ikutan buat seorang daie hari ini.
Jangan sesekali berniat untuk lari dari taklifat ini. Ingat,
barangsiapa yang mengucapkan ' tiada Tuhan yang layak disembah
melainkan ALLAH' maka dia adalah seorang daie. Ujian adalah tapisan iman. Mehnah dan tribulasi dalam berdakwah tidak dapat tidak akan ditempuhi oleh seorang yang mengelarkan dirinya sebagai daie. Bagai sudah menjadi adat. Tidaklah kamu dianggap sebagai daie kalau tidak melalui jalan-jalan berliku disepanjang tugas menyeru. Perjalanan dakwah ini panjang dan meletihkan. Orang yang memegang tali perjuangan ini bagai mengenggam bara api. Andai terus digenggam hancur luluh jiwanya. Namun andai dilepaskan maka hancurlah dunia. Jangan takut untuk berjuang kerana hidup ini untuk berjuang dan mati untuk kehidupan yang hakiki.
Ya QAWI, teguhkan kakiku untuk terus berada di jalan dakwah ini.
Ya QAWI, teguhkan kakiku untuk terus berada di jalan dakwah ini.
Singkap kembali kisah Nabi Yunus yang kecewa dengan kaumnya, lantas baginda meninggalkan kaumnya. ALLAH kemudiannya mencampakkan Nabi Yunus dari kapal yang dinaikinya ke dalam perut ikan nun. Semasa berada dalam perut ikan nun baginda lantas tersedar akan kesilapan yang dilakukan. Baginda pantas menyesali dirinya dengan sebenar-benar penyesalan. Kisah Nabi Yunus ini telah dirakamkan dalam al-Quran surah Anbiya' ayat 87:
Tidakkah kamu melihat teguran langsung daripada ALLAH bilamana Nabi Yunus merajuk dengan kaumnya lantaran seruannya tidak diendahkan. Ambillah ibrah daripada kisah ini. Apa yang kamu lakukan ini adalah kesinambungan daripada tugas-tugas yang pernah dilakukan oleh utusan ALLAH. Hakikatnya kamu bukanlah pemula tapi kamu hanyalah penyambung rantai mata-mata perjuangan anbiya'. Wahai daie, bukan kesenangan hidup yang kamu kejar. Bukan kerehatan badan yang diharapkan.Tapi kesukaran, kesulitan dan kepahitan yang perlu dilalui. Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. Makanya, Islam tak tertegak dengan jalan yang bertaburan dengan bunga tapi ianya disirami dengan air mata dan juga darah. Persiapkan dirimu untuk menghadapi dugaan sebagai daie. Jangan lagi berkecil hati andai seruanmu tidak didengari! Jadikan doa Nabi Yunus ini sebagai pembasah bibir disaat menghadapi tekanan dan dugaan.
Dan (ingatlah kisah) Zunnun (Yunus) ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka Kami tidak menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap"Tiada Tuhan selain ENGKAU, maha suci ENGKAU. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim"
Tidakkah kamu melihat teguran langsung daripada ALLAH bilamana Nabi Yunus merajuk dengan kaumnya lantaran seruannya tidak diendahkan. Ambillah ibrah daripada kisah ini. Apa yang kamu lakukan ini adalah kesinambungan daripada tugas-tugas yang pernah dilakukan oleh utusan ALLAH. Hakikatnya kamu bukanlah pemula tapi kamu hanyalah penyambung rantai mata-mata perjuangan anbiya'. Wahai daie, bukan kesenangan hidup yang kamu kejar. Bukan kerehatan badan yang diharapkan.Tapi kesukaran, kesulitan dan kepahitan yang perlu dilalui. Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. Makanya, Islam tak tertegak dengan jalan yang bertaburan dengan bunga tapi ianya disirami dengan air mata dan juga darah. Persiapkan dirimu untuk menghadapi dugaan sebagai daie. Jangan lagi berkecil hati andai seruanmu tidak didengari! Jadikan doa Nabi Yunus ini sebagai pembasah bibir disaat menghadapi tekanan dan dugaan.
Lailahilla anta subhanaka inni kuntum mina zalimin
Jemari mula menari,
Ummu Rumaysa
Baiti jannati
15012011
5.00am
Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..
No comments:
Post a Comment