ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ
*Diubah daripada tulisan penulis asal*
Kita semua tahu, bertunang itu ada dalam agama. Tetapi kita kadang2 lupa, bahawa setiap urusan agama ada tujuan ( maqasid ) yang tersendiri. Poligami sebagai contoh, tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan 'senjata' kononnya sunnah , lalu diambil sambil lewa sehingga mencetuskan pelbagai kes penganiayaan kepada wanita dan sebagainya.
Bertunang juga begitu. Tujuan utamanya adalah untuk lebih mengenali antara satu sama lain, bukan sahaja dari segi individu tetapi juga dari segi keluarga. Dan perhubungan ini WAJIB dikawal. Sebab itu, bila melibatkan keluarga, maka ia diharap menjadi satu garis sempadan yang boleh menjaga dan mengawal.
Dalam fatrah bertunang pula, sebaiknya peluang itu diguna sebaik mungkin untuk menyiapkan diri secara serius, membuat perbincangan berkaitan masa depan serta menguruskan hal ehwal perkahwinan. Begitu juga fatrah pertunangan sewajarnya dimanfaatkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaanantara satu sama lain. Dari situ, ia akan memberi kesan yang positif secara bersama selepas perkahwinan nanti.
Baik, sekarang kita perlu perbetulkan kembali tanggapan kita kepada pertunangan itu sendiri.
Cuba lihat sekeliling kita, berapa ramai manusia yang gagal membezakan antara bercouple dan bertunang?
Contoh situasi :
Keluar berduaan setiap minggu. Naik kereta bersama. Pergi shopping bersama. Makan bersama. Kemudian berpegangan tangan setiap kali berjumpa. Dekat facebook penuh dengan gambar berdua. Apabila ditanya, katanya : kami sudah bertunang. ( mak ayah pun bagi ).
S
ubhannALLAH. Geleng kepala.
A
nda sudah memijak satu anak tangga menuju perkahwinan, tinggal masa untuk akad nikah sahaja lagi, alangkah sayangnya kalau anda masih tidak tahu apa itu pertunangan yang sebenarnya dalam Islam.
TUNANG=COUPLE?
Ramai yang masih keliru. Bila hawa nafsu menguasai diri syariat ditolak tepi. Hari ini ramai orang mengikat tali pertunangan, kemudian melakukan hal yang serupa sewaktu belum bertunang, atau hal-hal yang kebiasaannya dilakukan oleh orang bercouple, kemudian menganggap itu sebagai 'halal'.
Sebenarnya, dalam situasi sedemikian, anda sebenarnya tetap dikira sebagai bercouple. Pandangan anda kepada pasangan pada keadaan-keadaan yang tidak diharuskan, tetap haram. Pegang tangan, tetap haram. Pakai wangi-wangi keluar dating, tetap haram, bergayut lama-lama dan bercakap hal-hal yang tidak berkaitan, tetap haram. Melakukan perkara-perkara yang boleh membawa mukaddimah zina, tetap haram. Walaupun ada telah diikat dengan tali pertunangan.
Jadi kena faham ; bertunang tidak menghalalkan sesuatu apa pun yang diharamkan sebelum bertunang.
Bertunang itu bagaimana?
Ibaratnya, ada mengikat janji. Itu sahaja. Janji untuk berkahwin kiranya ada jodoh. Apabila telah ditunangkan, maka si perempuan tidak lagi boleh menerima pinangan dari orang lain.
Pada saya, bertunang sehingga 4,5 tahun bukan suatu perkara yang bagus. Bahkan kalau ada kawan-kawan yang bertanya pendapat tentang bertunang, saya akan nyatakan demikian. Usahlah bersyarah kepada saya tentang contoh si fulan dan si fulan yang 'berjaya' , tetapi tolong baca dengan mata hati segala kisah kegagalan sedia ada akibat dari pertunangan yang terlalu lama. Apa relevannya anda mengikat seorang wanita sehingga bertahun-tahun, dalam keadaan anda tidak nampak jalan untuk mengahwininya?
Saya tidak menolak secara mutlak, dan tidak mengatakan boleh secara mutlak. Ia bergantung kepada situasi.
Cuma, kalau ditanya bertunang itu bagaimana, jawabnya seperti di atas. Tidak sesekali pertunangan itu menjadi lesen atau tiket untuk anda ringan-ringan, keluar berdua-duan atau bersentuhan. Jika itu anda lakukan, maka hukumnya tetap haram.
Realiti
Sedikit sangat yang benar-benar mengikut 'undang-undang' ketika tempoh pertunangan. Rata-ratanya main redah sahaja. Pada saya, realiti ini sangat menyedihkan.Ia sangat memberi kesan pada HATI.
Melihat situasi dikampus saya sendiri ramai juga yang bertunang tanpa pengetahuan parent. Maka berlakulah perkara-perkara yang tidak sepatutnya(dating etc) Sememangnya pertunangan itu terjalin apabila seorang lelaki menyatakan hasrat untuk mengambil si perempuan sebagai isteri dan si perempuan bersetuju walaupun tanpa pengetahuan ibu bapa. Tetapi pada pandangan ana, jika lelaki tersebut tak berani berdepan dengan ibu bapa si perempuan jelas si lelaki masih belum serius. Kenapa mesti bertanya kepada empunya badan sebelum bertanya kepada TUAN PEMILIK badan dan penjaga si empunya badan? Adakah si permpuan anak yatim piatu? Jika dari awal(bertunang) sudah tidak syara’ penghujungnya(pernikahan) mungkin tidak syara’ juga.
Rumah tangga yang berkat bukan sahaja perlu di jaga selepas perkahwinan tapi sebelum proses perkahwinan, proses ta’aruf, proses pertunangan dan sebagainya,
Anda mahu menuju sebuah perhubungan yang diredhai, lalu anda bertunang. Satu langkah yang murni telah anda mulakan. Tapi sayangnya, anda tidak benar-benar menjaga hubungan tersebut sebagai satu amanah dari ALLAH. Apakah anda menyangka anda mampu menjaga amanah ALLAH selepas berkahwin, sedangkan sebelum berkahwin anda tidak pernah mahu menjaganya? Tepuk dada, tanya iman.
Nasihat
Ada orang bertanya kepada saya tentang pertunangan. Dirinya sudah diikat agak lama, tetapi si lelaki nampaknya tidak serius dan tidak bersedia. Tambah menyedihkan, sebarang usaha ke arah perkahwinan juga tidak kelihatan. Malah kelihatannya agak 'selesa' dengan perhubungan seperti itu.
Saya katakan begini. Apabila anda berada dalam fatrah pertunangan, sewajarnya anda mampu berbincang dan saling menguatkan demi mencapai matlamat yang telah diletakkan , iaitu pernikahan. Justeru, sebarang kelemahan perlu dikenalpasti dan seboleh mungkin cuba diatasi. Jangan biarkan diri anda ibarat digantung tak bertali.
Apatah lagi, dalam kes-kes sebegini, biasanya terdapat lelaki yang tidak serius pun dengan pertunangan, sebaliknya masih gemar mencari pasangan lain dalam diam. Mereka tidak suka berusaha keras ke arah perkahwinan, sebaliknya lebih selesa dengan perhubungan tanpa tekanan. Pada saya, ini menggambarkan keadaan mereka yang masih tidak bersedia memikul tanggungjawab dan masih gemar bermain-main.
Kalau setahun hingga 3 tahun, mungkin boleh bertahan lagi. Tetapi kalau menjangkau 4 tahun atau lebih, dan keadaan itu masih berterusan, sebaiknya buatlah keputusan. Samada mahu meneruskan pertunangan dengan target yang jelas, atau mohon dilepaskan supaya dapat memberi peluang kepada yang lain.
Memang benar, situasi yang kerap berlaku adalah ; si perempuan sudah bersedia, tetapi si lelaki pula yang tidak 'gentle'. Ini masalahnya. So, anda lelaki, kenalah buktikan kelelakian anda!
Kesimpulan
1- Bertunang tidak sama dengan bercouple , kerana pertunangan itu sebahagian dari syariat Islam yang mempunyai maqasid tersendiri.
2- Bertunang boleh menjadi sama dengan bercouple, terutama dalam bab dosa pahalanya, iaitu apabila masing2 tidak menjaga batas yang telah digariskan oleh syara'.
3- Dalam bab hubungan lelaki dan perempuan ( ikhtilat ) , tiada pendapat yang syadid mahupun tidak syadid, secara dasarnya. Ini kerana kesemua pendapat tetap merujuk kepada nas Al-Quran dan Sunnah, yang mana meletakkan garis panduan yang jelas dan terang.
4- Method menyatakan larangan, menegah, mencegah dan sebagainya boleh menjadi penentu penerimaan orang yang mendengar. Ada orang boleh terima dengan cara direct, ada orang perlu dipujuk, ada orang perlu berkias dan sebagainya.
5- Lafaz akad nikah adalah satu-satunya cara yang boleh menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan, manakala selain itu tidak ada.
¯`v´¯).♥Moga ada manfaatnya♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`
..¸.•´♥..♥♥.♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´¯)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥
Mahar yang dinanti.. Bukan senaskah al-Quran tetapi 30 juzuk HAFALAN al-Quran.. demand! hoho |
Menempuhi hari-hari yang mencabar (k.u.a.t)
6.18pm
19072011
1 comment:
assalamualaikum..
kak mhon share??syukran^__^
Post a Comment