Wednesday, July 27, 2011

Bila Ada yang Bertanya Tentang Purdah…


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

*Saya dengan tersipu-sipunya menjawab=D*


Kisah 1 
Disoal siasat oleh ustaz tasmi’. 

Ustaz: Tirah,(bukan nama sebenar:p)sejak bila enti pakai purdah?
Ana: (Terkejut) Err.. sejak matrik..AlhamduliLLAH
Ustaz: Enti rasa sampai bila enti nak pakai purdah?
Ana: InshALLAH selagi diberi kekuatan. Sampai bila-bila..
Ustaz: Macam mana nanti kalau suami enti tak bagi pakai?
*Muka dah mula merah padam macam kena simbah minyak panas*

Ana: (Adoi,nape ustaz tanye soalan ni?)Err..ana akan cari suami yang boleh terima ana pakai purdah. Kalau dia tak boleh terima cari perempuan lain la..

*Jawapan untuk soalan ni telah dijawab dalam entri yang lepas, PURDAH: Kepada Bakal Zauj/Zaujah, tapi takkan nak suruh ustaz bukak blog ana kot:)*

Ustaz: Zaujah ana dulu pakai purdah jugak. Tapi lepas kerja terus tak pakai. Zaujah ana ustazah. Bila time mengajar, meeting, seminar kena tanggal. Bila dah kerap sangat  tanggal last-last terus tak pakai.
Ana: Diam..no komen:)

*Ni yang menguatkan hujah untuk tak nak berkerja nanti. Memang dah plan pun tak nak kerja*

Ustaz: Biasanya kalau budak mesir yang pakai purdah kebanyakkannya dah bertunang. Enti dah bertunang ke?

Ana: ….Sensored…..=)

*Berpurdah=Bertunang???Hurm..* 

Kisah 2 
Dijemput untuk menjadi fasi untuk kem ‘Smart Solat’ di sekolah yang pernah ana mengajar dulu. Masa tengah bersemangat terang bab solat, tetiba ditanya soalan berkaitan purdah.

Student 1: Ustaza kenapa ustazah pakai benda tu(purdah) bila ada ustaz lalu..

*mungkin diorang pelik tengok ana cepat-cepat naikkan purdah bila ada muslimin/ustaz lalu di tepi kelas ana*

Ana: Nama benda ni purdah la sayang..Err..sebab ustazah nak bagi suami ustazah je yang tengok muka ustazah. Tak nak bagi laki lain tengok. (Cewah, entah apa-apa jawapan:p)

*Tak tau nak jawab apa. Idea ni je yang datang time tu..hoho. Entah faham ke tidak budak-budak ni*

Student 2: Bukan sebab aurat ke ustazah?
Student 1: Kalau aurat kenapa ustazah lain tak pakai?
Ana: Erm.. nak kata muka ni aurat secara mutlak tak boleh jugak sebab ada ulama’(mazhab sebenarnya) kata muka dan tapak tangan ni tak aurat. Ada juga yang cakap perempuan kena pakai purdah sebab nak elakkan fitnah bukan sebab aurat. Contohnya kalau perempuan tu terlalu cantik sampai ramai lelaki yang tergila-gila kat dia. Bla..bla..bagi nasihat..bla..bla..membebel panjang....^__^

(Note: Susah betul nak jawab kalau budak-budak yang bertanya tentang purdah. Memang fail. Kalau bagi dalil panjang-panjang sah-sah diorang tak faham.) 

*Moga satu hari nanti kamu akan faham wahai sayang-sayangku!

Kisah 3 
Kali ini giliran kawan sekelas pulak yang interview ana sementara tunggu ustaz masuk:) 

Sahabat: Sejak pakai niqab?(soalan yang famous ditanya)
Ana: (AlhamduliLLAH wa astaghfiruLLAH). Matrik lagi. Tapi masa dalam matrikkan tak boleh pakai so pakai time outing je la.
Sahabat: Family tau?
Ana: Tak tau pun..curi-curi pakai je ni(masa ni family ana tak tahu, sekarang dah tau dan sudah mendapat keizinan. AlhamduliLLAH)
Sahabat: Owh, dalam family ada yang pakai tak?
Ana: Mak dengan akak tak pakai. Tapi mak cik dan sepupu ada yang pakai.

* Ustaz masuk kelas. Perbualan tergantung. AlhamduliLLAH selamat=)*

(Note: Minggu depan ana jumpa sahabat ana tu, dia sudah pun memakai purdah. AlhamduliLLAH) 



AlhamduliLLAH..AlhamduliLLAH..AlhamduliLLAH.. Andai tujuh lautan dijadikan tinta untuk menulis perkatakan syukur nescaya tidak cukup. Masakan mampu kita menghitung satu persatu nikmat ALLAH sedangkan kalimah ‘alhamdulillah’ ini juga ALLAH sendiri yang mengajar manusia untuk mengucapkannya. ALLAHuakbar!

Setahun berlalu pergi. Dalam usia setahun jangung ini sudah dihimpit dengan pelbagai persoalan yang biasanya dibalas dengan diam dan buat muka comel^___^. Hanya itu yang termampu. Bila diasak dengan soalan perkaitan purdah wajah dengan sendirinya bertukar kelam, suram dan kelabu.   

Macam mana awak rasa kuat nak pakai purdah?  

Diam dan terus diam.  

La haulawala quwatailla biLLAH. ALLAH yang beri kekuatan. Hakikatnya manusia hanya ada usaha dan kekuatan untuk mengerakkan usaha itu datangnya dari ALLAH. Takkan bergerak walau seinci jika ALLAH yang tidak gerakkan. Membuat keputusan berpurdah bukan mudah. Halangan demi halangan yang datang dan bukan hanya dengan satu dalil terus berpurdah. Bertahun-tahun pencarian untuk mendapat kefahaman sebenar agar tidak mudah tergelincir dan sehingga ke saat ini pun masih mencari. 

Cabaran demi cabaran datang. Semuanya dilalui dengan pergantungan kepada ALLAH. Bila sudah membulatkan tekad untuk berpurdah segalanya diserahkan bulat-bulat kepada ALLAH. Faiza'azamta fatawakkal 'ala ALLAH! Cabaran pertama yang dihadapi adalah ketika nak makan.

Macam mana nak makan ni..dah la semua orang tengok(ayat perasan:p)

Bukak je la bukan wajib pun..

Abang bersuara.

Rasa nak dush-dush muka abang. Geram. Orang yang tidak tahu memang cepat menghukum.

Tapi SubhanALLAH jika sesuatu itu  dipasakkan semata-mata kerana ALLAH yang sukar akan menjadi mudah. Ada sahaja idea yang datang untuk memudahkan kita makan. SubhanALLAH automatik akan menjadi seorang kreatif untuk memanfaatkan segala yang ada. Pada permulaannya, tisu atau sapu tangan menjadi tabir untuk makan. Ah, pedulikan mata-mata yang memandang asalkan perut kenyang*sigh*AlhamduliLLAH, sekarang tanpa buka purdah pun perut  boleh diisi. Erk, tapi agak lambat kerana memerlukan keayuan tahap maksimun untuk menyuap makanan ke mulut. Kena banyak sabar la nak tunggu ana siap makan:)
Ini ada beberapa cara untuk makan dan minum khusus buat niqabi/munaqabah(muslimat yang berpurdah) yang ana copy dari blog Keluargaku Sayang 

1. Angkat niqab dengan tangan kiri. tingginya sekadar dapat suapkan makanan dan mata kita boleh nampak tangan kanan yg dihala ke mulut. 
2. Suami/mahram jadi pelindung atau makan di sebelah suami/mahram, pesongkan sikit badan ke arah beliau dan buka niqab.
 3. Pakai niqab yang bergetah di dalam tudung. Bila nak makan, tarik sikit tudung bhgn atas agar turun menutupi muka dan tariklah niqab ke bawah dagu untuk makan. 
 4. Kerjasama dgn suami/mahram agar cari meja makan yang agak secluded agar dapat buka niqab dan makan macam biasa. Untuk minum pun begitu juga tapi paling selamat ialah dengan menggunakan straw. minum air panas, guna kaedah di atas juga. 


*cara ana: kalau pakai niqab yang berwarna cerah biasanya ana bawa niqab spare(black colour) untuk tukar masa nak makan supaya niqab yang dipakai tak comot kena makanan. Ingat, kebersihan tudung+niqab+pakaian mesti diutamakan* 

p/s: Sila ambil perhatian bagi lelaki lagi yang ingin memperisterikan seorang munaqabah/niqabi. Kerjasama daripada dari kalian amat-amat diperlukan..

Berfikir susah akhirnya akan menyusahkan diri sendiri. Bak kata ustaz ana orang yang memandang rasa bila pakai niqab ni susah padahal orang yang pakai purdah tak rasa pun susah. Kalau dia(niqabi)rasa susah, takkanlah dia bersusah payah buat benda yang susah sebab manusia lazimnya suka buat benda yang mudah(faham??). Sebenarnya yang rasa susah hanya orang yang memandang. Kadang-kadang orang yang memandang yang kelihatan resah bila melihat niqabi makan sehingga makanan dihadapannya tidak terusik, padahal si niqabi dengan penuh berseleranya menikmati rezeki ALLAH. Kelakar.

Jangan rasa sedih bila orang susah nak memahami kita sebab kita pun kadang-kadang susah nak faham orang lain. Manusia akan cepat memusuhi apa yang tidak diketahuinya. Bila ada yang meletakkan tanggapan sempit bila berpurdah padahal mereka belum lagi mencubanya.

Kalau pakai purdah nanti tak boleh da la nak senyum kat orang lain. Hilang pahala sedekah.

Tersenyum.

Ye ke..Belum cuba belum tau. Jangan cepat menghukum. Actually, kalau pakai purdah orang boleh nampak  senyuman kita melalui mata kita tau. Kalau pun kita rasa orang tu tak nampak kita senyum cuba tundukkan sedikit kepala(macam orang jepun buat) tanda hormat . Kalau nak lebih pahala seeloknya beri salam. Berganda-ganda pahala dan hidupkan sunnah pulak tu.. 

Akhirnya mereka tersenyum dan tertunduk malu.    

Bukan berniat untuk mengenakan sesiapa tetapi ingin cuba membersihkan pemikiran sempit mereka. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih=)

Kenapa kat dalam rumah pun nak pakai jubah+niqab?

Dalam rumah pun ALLAH ada.
  
Jika  ada yang bertanya jangan berkecil hati andai ana menberi jawapan yang agak 'pedas'. Kalau tak terasa kita tak akan buat perubahan. Secara jujurnya ana kurang suka jika diajukan dengan soalan yang berkaitan dengan ini. Tak layak untuk menjawab. Masa berada di fasa jatuh bangun untuk menjadi seorang munaqabah yang istiqamah. Doakan! 

 ILLAHI ANTA maqsudi wa ridhoKA mathlubi 

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥::♥::♥ hamba ﷲ♥::♥::♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫
Berkata Seorang Munaqabah:
Aku berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Aku berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Aku berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yang lain..
Aku berniqab bukan untuk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..
Aku berniqab kerana aku mahu taat kepadaNYA..
♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥::♥::♥ hamba ﷲ♥::♥::♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫

Seorang munaqabah yang sedang berjuang di medan istiqamah!
8.51am
27072011

12 comments:

Marina Ali said...

Assalamualaikum dek,suka n3nya,semua perkara diatas telah akak buat,mula2 mmg macam kekok sikit hehehe,tapi seronok mendapat bantuan dan sokongan dari suami bila bab makan kat luar.:)teruskan penulisan yang bermanfaat untuk kita para2 niqabi ek!go2 chaiyo :)

Ummu Rumaysa said...

Akak time ksh krn sudi m'baca+komen..sbnrnya tgh tnsion org asyik tnye sbb 2 saya tulis entri ni..ntah nape sy krg ske nk jwb soaln ttg ni..akk rasa mcm tu jgak ke?ke sy ni je makhluk yg pelik..huhu

anis said...

nampak macam susah je.tak panas ke kat dalam tue?Cuma bertanya :)

Ummu Rumaysa said...

kena cuba, baru tau:)
Bila dah start pakai memang 'berat' nak tanggal hatta sesama muslimat..
Purdah ni osem tau!kena cuba^_~

nami orcid said...

ukhti, kalau susah sgt nak makan..ana cadang pakai purdah warna hitam je..kalau kotor pun tak bbrapa nmpak..hehe :)

نورعيم said...

Assalamualaikum sis.

sy mmg nak sgt pakai purdah ni tp diizinkn oleh family. mungkin bkn masanya lg kn. tp sy belajar buar purdah ni dan inshaAllah kt sini st belajar pakai tp dlm kampus kena bukak la.

sis, doakan sy ye. doakan family sy restui niat sy :)

Ummu Rumaysa said...

Wa'alaikumsalam..
inshaALLAH. Jika sesuatu tu baik untuk kita, akhirnya nanti ALLAH akan permudahkan juga^__^

jangan berhenti berdoa:)

ALLAHu musta'an..

Anonymous said...

alhamdulillah.sy pown dh mula brpurdah...sgt slesa...rasa slmt...dh cba skali dh rasa xnk bkak...org memg akn memandang...biar ap pown yg mreka ckp aggp je yg mreka tu truja tgk kta...hehe...

Anonymous said...

Akak, nak tanya kalau masa pergi interview apa apa ke tak apa kan kalau pakai niqab? Sebab saya bulan 5 ni ada interview dekat ipg ��

Unknown said...

Assalammualaikum

Akak ada telegram or ws x?

Sya ada byk soalan nk tnya hihi :D .

In shaa Allah dlm proses ke arah
berniqab.
do'a kan sya moga semuanya berjalan dgn lancar dgn izinNYA.
Aamiin ^^

Unknown said...

Assalammualaikum

Akak ada telegram or ws x?

Sya ada byk soalan nk tnya hihi :D .

In shaa Allah dlm proses ke arah
berniqab.
do'a kan sya moga semuanya berjalan dgn lancar dgn izinNYA.
Aamiin ^^

Anonymous said...

time ksh atas prkongsian yg ckup brmkna..mmg itu sdh mnjdi adat bila kita pakai purdah..dr dulu kita seorang yg "bebas"..kini kita cuba cari jln yg Allah swt redha mmg brbagai soalan yg kna jwb..smgat kena kuat..jgn mudah pts asa..inshaa Allah..tiap yg baik Allah akan permudahkn..

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...