Wednesday, August 15, 2012

Main Masak-masak:)


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Resepi Pavlova

Mari kita mulakan dengan bahan-bahan:
~ 4 biji putih telur ayam*BUKAN yang di simpan dlm peti ais tau*
Secawan gula kastor
~ 2 sudu besar tepung jagung
~ 1/2 sudu teh cuka makan
~ 1/2 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan Topping :
~Secawan @ 250 ml whipping cream*pastikan Non Dairy*
~Buah-buahan*buah kiwi,anggur etc*

p/s: sila jangan derhaka dengan resepi yang diberi. Nanti tak jadi. haa~

Cara-cara membuatnya :
~Mulakan dengan bismiLLAH dan selawat*InshALLAH, nanti ALLAH sedapkan* 
~Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dengan kadar kepanasan 140 darjah celsius*guna api bawah je*
~Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius*saya guna suhu 110 darjah celsius*
~ Mula-mula, asingkan dulu putih telor dengan kuning telur.. kita ambik yang putih telur je tau.. kuning telur dengan kulit telor kita takmo..
~ Kemudian, putar putih telur pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telur tu gebu (soft peaks)*putar guna button paling max terus tau, takyah nak bermula dgn kelajuan rendah pun*
[note:kalau nak tau jadi ke tak soft peaks, cuba telangkupkan mangkuk. kalau putih telur tu tak jatuh maka jadilah tu]
~ Langkah seterusnya, dengan kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sikit demi sedikit *Jangan berenti putar tau, sambil masukkan gula sambil putar*
~ Putar sampai kental.. dalam keadaan mixer masih berputar, masukkan 2 sudu besar tepung jagung tadi ke dalam adunan tersebut*putar dalam 3 minit gitu*
[p/s:sambil putar tu ringan-ringankan lidah berzikir:)]
~Bila dah sebati, stopkan mixer.. kali ni kita dah tak payah pakai mixer dah.. kita gunakan spatula pulak
~ Langkah seterusnya lagi, dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila tadi.
~ Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.. dan tuang adunan td ke atas baking paper
~ Pastu apa lagi.. masukkan la dlm oven.. letak kat rak tengah-tengah tau.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam.. 
[note:Proses pembakaran bergantung jugak pada jenis oven.. lain oven lain cara menggunakannya.. so pandai-pandai la nak agak pavlova tu dah masak ke belum. Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam. maksudnya bila kita tekan-tekan permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut-lembut sket..
AMARAN
*Semasa proses pembakaran, jgn nak mengade-gade bukak tutup oven..
*Bila dah cukup 1 jam, sila JANGAN keluarkan pavlova tu dari oven.. biar jap beliau sejuk dalam oven tu dengan keadaan pintu oven sedikit renggang..

Untuk topping:
~ Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. 
~Kemudian letak whipping cream yang siap diputar di atas pavlova tadi.
~Akhir sekali, hias dengan buah-buahan tadi mengikut kreativiti:D
~Untuk lebih sedap, letak dalam peti ais dulu baru makan.


Boleh hias macam ni

macam ni jugak

dan macam ni

===============

Dan yang ini yang hasil dari saya:)AlhamduliLLAH. ALLAH sedapkan!






Photobucket
 

Sunday, August 12, 2012

Belajar Melupakan


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


Cara untuk maafkan, belajar untuk melupakan.
kerana bila kita tak mengingatinya, maka kita akan perlahan-lahan merasai berkurangnya rasa sakit akibat kesalahan yang dia lakukan.
jangan selalu mengingat kesalahan yang dia lakukan,
kerana itu akan nanti membuat kita berdendam.

 untuk memafkan, tanpa menyimpan dendam dan luka dalam hati, kita memerlukan masa.
jangan ingat dan ungkit kesalahannya walau hanya dalam hati, atau dalam ingatan/fikiran. 
jangan memandangnya dengan rasa benci dan sakit hati. 
jauhilah dia buat sementara jika itu mampu membuat kamu lebih tenang dan rasional.
dan kekuatan dan senjata paling magis, adalah DOA
doa dan minta pada-NYA agar kita dapat memaafkan, dan hidup bahagia.
Ikhlas untuk memafkan, semoga DIA mempermudahkan.


Kita memberi maaf, bukan kerana kita LEMAH, tapi kerana kita cukup kuat untuk memahami dan menerima bahawa dia cuma manusia biasa. Kita memberi maaf kerana kita, suatu masa nanti mungkin mengharapkan dimaafkan oleh orang lain pula. 

|TersenyumMelihatLangit|

         




                       
  Photobucket

Tuesday, August 7, 2012

Bicara Tentang Ujian


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ




Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal ALLAH. ALLAH ‘memperkenalkan’ DIRInya di sebalik semua ujianNYA. Pada ujian sakit, ALLAH kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, ALLAH perkenalkan diriNYA yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, ALLAH sedang memperkenalkan diriNYA yang Maha Penyabar…
Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada ALLAH makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNYA pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna. 
Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa ALLAH yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik ALLAH di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah ALLAH di sebalik segala mehnah (ujian). ALLAH tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.
Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba ALLAH, DIA tidak akan mengecewakanku!”


Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita… kerana bahagia itu DITEMPA OLEH DERITA!




Aku hamba ALLAH, DIA pasti tidak akan mengecewakanku!:')




Photobucket
 

Sunday, August 5, 2012

Apabila DIA Bertanya



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ

Allah
ALLAH SWT yang bermaksud :
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu mengaku bahawa kamu hamba ALLAH tetapi kemuadiannya kamu menderhakai-NYA?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepadamu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk bersilaturahim hanya kepada mereka yang bersilaturahim denganmu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbicara hanya  kepada mereka yang berbicara denganmu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memberi makan hanya kepada mereka yang memberi makan kepadamu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memuliakan hanya kepada mereka yang memuliakanmu?
Wahai orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak amalkan?
Wahai orang yang beriman, kenapa kamu menegah orang lain apa yang kamu sendiri melakukannya?
Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu menyuruh orang lain sedangkan kamu tidak mengamalkannya?
Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu mengumpulkan apa – apa yang kamu tidak makan?
Wahai orang yang beriman, berapa banyak taubat yang ditangguhkan dari sehari ke sehari, kemudian dari setahun ke setahun, kemudian untuk apa kamu menunggu? Adakah kamu telah selamat daripada mati? Adakah kamu telah terlepas daripada neraka dan telah terjaminkah keselamatan dengan mendapat syurga? Adakah antara kamu dan Tuhan terjamin rahmat?
Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mengadu sedangkan AKU ialah tempat mengadu bagimu. Hingga bilakah engkau mahu melupai-KU sedangkan AKU tidak menerima itu daripada kamu?
Wahai anak Adam, hingga bilakah engkau mahu kufurkan kepada-KU sedangkan AKU tidak menzalimimu? Hingga bilakah engkau mengingkari nikmat – nikmat-KU, hingga bilakah engkau mahu meringan – ringankan kitab-KU sedangkan AKU tidak menyuruh apa – apa yang engkau tidak mampu membuatnya?
Wahai anak Adam, hingga bilakah kamu membenci AKU? Sampai bilakah kamu mengingkari-KU sedang tiada TUHAN bagimu selain AKU? Dan apabila engkau sakit, maka doktor manakah yang menyembuhkan kamu, kalau bukan AKU?
Wahai anak Adam, bagaimana mungkin kamu tersangat ingin kepada ibadah sedangkan kamu berserta dengan perut yang kenyang? Bagaimana engkau akan mencintai ALLAH sedangkan engkau mencintai harta? Bagaimanakah kamu tersangat ingin mendapatkan hati yang terang sedang kamu banyak tidur?
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu akan takut kepada ALLAH, kerana yang kamu takut ialah kefakiran? Bagaimanakah kamu ingin mendapatkan warak sedangkan kamu tamak terhadap dunia? Bagaimanakah kamu akan mendapatkan keredhaan ALLAH, sedangkan kamu tidak mencintai orang miskin?

Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu tamak dengan keredhaan, sedangkan kamu berserta kebakhilan? Bagaimanakah kamu tamak terhadap syurga sedangkan kamu berserta dengan hati yang mencintai dunia dan pujian? Bagaimanakah kamu ingin kebahagiaan abadi di akhirat sedangkan kamu serta ilmu yang sedikit?
Wahai manusia, dengan rezeki daripada-KU jua engkau kuat melakukan maksiat kepada-KU. Denga kehendak daripada-KU engkau menginginkan sesuatu. Dengan kehendak daripada-KU engkau mahukan sesuatu untuk dirimu. Dengan nikmat-KU engkau berdiri, duduk dan beristirehat. Dengan pemeliharaan-KU engkau berpetang – petang dan berpagi – pagi. Dengan nikmat-KU engkau berbolak – balik. Dengan afiat daripada-KU engkau bercantik – cantik tetapi kemudiannya kau melupai-KU dan mengingati selain daripada-KU. Maka kenapa kamu tidak menunaikan hak-KU dan berterima kasih kepada-KU?
Wahai anak Adam, adakah engkau melakukan maksiat kepada-KU lalu mengingati kemurkaan-KU? Adakah engkau berhenti daripada apa – apa yang AKU tegah ke atasmu? Adakah engkau menunaikan kewajipan kepada-KU seperti yang AKU amanahkan kepadamu?
Wahai anak Adam, adakah engkau membantu orang miskin dengan hartamu? Adakah engkau melakukan kebaikan kepada siapa yang berbuat jahat kepadamu?
Wahai anak Adam, adakah engkau memaafkan siapa yang menzalimimu?
Wahai anak Adam, adakah engkau menghubungi siapa yang memutuskan hubungan denganmu?
Wahai anak Adam, adakah engkau berlaku adil kepada siapa yang khianatimu? Adakah engkau berbicara dengan siapa yang menjauhimu? Adakah engkau mengajar anakmu? Adakah engkau merelai jiranmu? Adakah engkau bertanya kepada ulama terhadap urusan agama dan duniamu?
Wahai anak Adam, bilamana ALLAH telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?
Wahai anak Adam, bilamana ALLAH telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?
Wahai anak Adam, bilamana Iblis ialah musuh bagi ALLAH, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?
Wahai anak Adam, bilamana balasan nanti ialah neraka, mengapakah kamu istirehat?
Wahai anak Adam, bilamana ganjaran ALLAH itu ialah syurga, mengapakah kamu melakukan maksiat?
Wahai anak Adam, bilamana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuan-KU, mengapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?
Wahai anak Adam, apabila engkau tergolong dalam golongan pemerintah yang memasuki neraka kerana kejahatannya, orang Arab disebabkan kemaksiatannya, para ulama disebabkan hasadnya, peniaga disebabkan khianatnya, ahli ibadah kerana riyaknya dan yang memasuki neraka kerana kejahilannya, orang kaya kerana sombongnya dan orang miskin kerana penipuannya, maka siapakah sebenarnya yang inginkan syurga?
Wahai anak Adam, harta itu milik-KU, engkau ialah hamba-KU dan tetamu itu utusan-KU. Apakah kamu tidak takut kalau AKU mencabut nikmat – nikmat-KU? Rezeki itu ialah rezeki-KU manakala kesyukuran itu bagimu. Manfaatnya akan kembali kepadamu juga. Kenapa engkau tidak memuji-KU atas apa yang AKU berikan kepadamu?
Wahai anak Adam, apabila engkau inginkan rezeki, AKU berikan rezeki tersebut kepada engkau. Maka nafkahkanlah jangan bakhil dengan rezeki terhadap hamba – hamba-KU. Sesungguhnya AKU telah menjaminkan bagimu gantian dan AKU janjikan bagimu ganjaran, maka kenapa kamu masih sangsi terhadap kitab-Ku?
Wahai anak Adam, berapa banyak orang – orang kaya mengharapkan akan fakir pada hari dia dihisab? Berapa banyak orang gagah yang dihina oleh sebab kematiannya? Berapa banyak kemanisan menjadi pahit? Berapa banyak kegembiraan dengan kenikmatannya, disengsarakan baginya kematian? Berapa banyak kesukaran yang mewarisi kedukacitaan yang panjang?
Wahai anak Adam, sekiranya tidak ditentukan bagi engkau melainkan hanya kematian dan kedahsyatannya sahaja maka telah wajiblah bagi engkau tidak merasa tenang waktu siang dan malam. Bagaimanakah keadaannya apa yang sesudah kematian itu lebih dahsyat lagi?
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu menanggung satu – satu urusan yang tidak ditakdirkan bagimu dan tidak pula kamu mengetahuinya sepertilah engkau tidak mengambil ganjaran bagi amalan – amalan yang tidak engkau kerjakan?
Wahai anak Adam, sesiapa yang jalannya ialah kematian bagaimana boleh bergembira terhadap dunia? Sesiapa yang rumahnya ialah kubur, bagaimana boleh merasa senang dengan rumahnya di atas dunia?
[Sumber : U-TURN KE JALAN LURUS & Kitab Imam al-Ghazali, al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah]

Soalan daripada saya buat diri juga semua:
Wahai anak Adam, manusia, orang yang beriman, dan hamba ALLAH SWT, apakah jawapan serta alasanmu kepada TUHANmu?T.T




Serahkan segalanya padaNYA,  


     

Photobucket
 

Saturday, July 28, 2012

Wanita Haid: Ruang Ibadah Masih Luas:)



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ




 Ummulmukminin Aisyah radiALLAHhu anhu didatangi haid ketika haji. Beliau menceritakan;
"Rasulullah salALLAHu 'alaihi wasallam menemuiku yang sedang menangis. Baginda bertanya: 'Kenapa denganmu? Adakah kamu sedang 'uzur'?' 'Ya.'. Lalu baginda memujuk: "Inilah hakikat yang ALLAH telah tetapkan atas anak-anak perempuan Adam." [HR al-Bukhari]

Dalam hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud: 
"Apabila seorang hamba itu sakit atau bermusafir, ALLAH tulis siap-siap pahala amalannya seperti mana yang dia lakukan ketika sihat & bermukim." [HR al-Bukhari] 

Haid ialah penyakit yang menghalang seorang wanita daripada melakukan ibadah rutinnya termasuklah berpuasa di bulan Ramadan. Sekiranya kita sememangnya komited dengan ibadah ketika sihat (suci), pahala amalan tetap berterusan walaupun ketika kita sedang 'uzur'.

Apapun, janganlah sampai kita menjadi Ramadaniyyin sedangkan kita sebenarnya adalah Rabbaniyyin untuk sepanjang bulan. Maknanya, janganlah kita hanya bersemangat beribadah pada bulan ini saja. Manfaatkan ruang dan peluang yang diberikan oleh ALLAH. Pahala ibadah masih boleh dikaut walaupun ALLAH bagi 'cuti':) Ruang ibadah itu sudah terbentang luas, yang tinggal hanyalah ALASAN! 

Jangan bersedih duhai muslimah, mungkin pahala semasa 'cuti' ini lebih berganda berbanding kita berpuasa dan solat. Bersangka baiklah dengan ALLAH
Buku ini sangat bagus untuk dimiliki setiap muslimah

Wanita haid pun dapat pahala penuh tau:) 


|CintaNYA sedang menantimu|




Photobucket

Tuesday, July 24, 2012

Biar Bidadari Cemburi Padamu!


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ

Kenapa seorang bidadari itu digelar bidadari?
Kerana kata Nabi SAW mereka itu wanita-wanita terpelihara yang ALLAH cipta untuk penghuni syurga..
Mereka terjaga tak pernah keluar dari syurga..
Mereka tak pernah dilihat dan disentuh jin atau manusia..
Mereka menunggu bakal suami mereka dengan penuh cinta..
Kecantikan,keayuan,kelembutan mereka tidak terkata..
Tiap hari mereka lirikkan puisi rindu untuk yang tercinta...

Itulah yang kita gelar bidadari syurga....



Lalu bagaimana seorang wanita dunia itu layak digelar bidadari dunia?
Mereka mendapat kemuliaan itu dengan menjadikan ciri-ciri bidadari itu sbg ciri-ciri mereka..
Mereka menjaga diri mereka dari dilihat mata...
Mereka cinta pada YANG ESA..
Mereka diam di rumah tanpa berita..
Seperti bidadari yang tak pernah keluar dari syurga...
Kerana luar rumah itu neraka,
Penuh dengan buaya menunggu mangsa,
Mereka menyimpan diri mereka hanya untuk yang halal dicinta..
Sama seperti bidadari syurga yang menunggu lelaki ahli syurga...
Mereka tidak berhias melainkn kepada imam mereka...
Mereka melunakkan suara hanya pada suami mereka...

Jadi seseorang itu hanya layak digelar bidadari dunia apabila ciri-ciri mereka sama seperti ciri-ciri bidadari syurga...
Menjaga diri hanya utk yang halal buat mereka...
Bukan mempamerkan diri menggoda-goda seperti ahli neraka...

Dan itu semua jika kalian lakukan....kalian akan menjadi bidadari dunia dan bakal menjadi ketua bidadari di syurga dan dicemburui semua bidadari syurga yang lain....

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada ALLAH, ALLAH akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)(riwayat al-Tabrani)


~Jom penuhkan dunia dengan bidadari~

CopiedFrom>|IbnuBatoota|


~~~~♥~~~~

Bukan mudah nak jadi bidadari tapi tak mustahil kan:')

Moga ALLAH redha|Ramadhan Kareem:)


Photobucket
 


Friday, July 20, 2012

30 Hari Mencari cintaNYA



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Beberapa jam lagi bulan Ramdhan bakal berkunjung. Beberapa jam yang terakhir ni macam-macam boleh jadi.  Maka, mari sama-sama teruskan berdoa ' ALLAHumma ballighna Ramadhan' .Tiada jaminan lagi yang kita confirm akan bertemu ramdhan 1433H ni. Entah sempat ke tidak niT_T. Mari berdoa lagi 'ALLAHumma ballighna Ramadhan'. Makin dekat Ramadhan ni makin tersentap dengan doa ini. Baru terasa aura kehebatan doa ni. Insaf~


 Marhaban ya Ramadhan!
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥
Adakah kita seorang yang bergembira atau berduka cita,
apabila tibanya bulan yang mulia ini?
Adakah kita seorang yang tidak putus-putus beribadat untuk merebut pahala berganda,
ataupun hanya sekadar berlapar dahaga sahaja?
Adakah kita seorang yang berusaha untuk menjadikan ramadhan kali ini lebih bermakna,
ataupun hanya melakukan perkara yang sama seperti tahun-tahun lepas?
Adakah kita seorang yang memenuhi masa dengan berhikmah,
ataupun hanya sekadar menunggu berakhirnya ramadhan?
Dengan itu, kita sangatlah perlu merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya,
Mungkin kita tidak lagi bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini,Alangkah ruginya diri nanti..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥
Ya ALLAH, jadikanlah ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya,
jadikan diri ku ini sentiasa beribadat dan patuh kepadaMU, bukan hanya pada bulan mulia ini, tetapi hingga akhir hayat ku..


 Ketika al-Hasan bin Abul Hasan al-Basri melalui suatu kaum yang sedang tertawa, lalu dia berkata ;
"Sesungguhnya ALLAH menjadikan bulan Ramadhan sebagai arena perlumbaan melakukan ketaatan bagi makhlukNYA, kemudian ada yang berlumba-lumba hingga MENANG dan ada pula orang-orang yang tertinggal lalu KECEWA. Tetapi sangat menghairankan ialah peserta yang tertawa-tawa di saat orang lain memecut untuk meraih kemenangan."


InshALLAH 30 hari mencari cinta@ Ramdhan.Tapi..tapi..hati ini terlalu berdebu untuk berkata cinta dan rindu padaMU..T_T

Photobucket
 



Monday, July 16, 2012

Nasihat Ubat yang Mujarab

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ

~paksa diri telan walaupun pahit~

Kadangkala apabila seseorang yang cuba menasihati orang lain... terutamanya apabila nasihat berkaitan dengan agama diberi... lalu dibalas dengan kata-kata seperti berikut:

(1) "sebelum nasihat aku baik nasihat diri kau dulu..."
(2) "tak payahlah kau nak tunjuk baik pulak..."
(3) "kau siapa nak nasihat aku..."
(4) "aku tak layan orang yang slow macam kau ni..."
(5) "kau nasihat orang pandai tapi engkau pun sama saja..."
(6) "kau ni cakap agama ni berapi-api... tapi aku tengok pada amalan kau tak seberapa pun.."
(7) "kau ni ada tauliah agama ke... pandai-pandai nak mengajar orang pula... nanti sesat lagi menyesatkan pula..."

Baiklah... biar apa jua balasan dan ucapan yang dilontarkan... pastikan niat kita atau tujuan sebenar kita menasihati orang lain hanyalah:

(1) Ikhlas semata-mata kerana ALLAH... kerana ALLAH telah bersumpah dalam al-Quran yang bermaksud, "Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" (Surah al-'Asr; 1-3)... maka janganlah kita sengaja mencampakkan diri dalam golongan yang rugi itu... selagi perkara itu benar di sisi ALLAH... maka wajib kita sampaikan... semoga ALLAH berikan kita kekuatan turut melaksanakan apa yang kita sampaikan itu... itu harapan kita... sambil kita turut perlu berusaha...

(2) Sebagai tanda kita cintakan Nabi saw. kerana Baginda pernah bersabda "Sampaikan walaupun hanya dengan sepotong ayat"... Nabi tak pernah cakap... sampaikanlah kebenaran hanya apabila kamu sudah capai tahap sempurna... tetapi selagi ayat itu adalah tentang kebenaran... maka wajib kita sampaikan...
(3) Dengan harapan ALLAH akan memberikan kita kekuatan dalam melaksanakan apa yang disampaikan... seperti yang dikatakan oleh Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzillah Kamsah ketika memberikan motivasi pagi di TV3... beliau juga banyak perkara yang beliau nasihatkan belum mampu dilaksanakan... tetapi dia sedang berusaha dan berharap atas usaha beliau dalam menyampaikan kebenaran kepada orang lain... maka ALLAH akan membantunya dengan memberikannya kekuatan dalam usaha melakukan apa yang belum dapat beliau laksanakan...

(4) Dengan harapan moga ALLAH beri petunjuk kepada orang yang kita nasihati agar berubah dan makin dekat pada ALLAH... mana tahu... orang itu turut mendoakan kita agar makin dekat kepada ALLAH...

##########################

Renungilah bait-bait di bawah ini...


Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
.........
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada ALLAH
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya

p/s: Tolonglah nasihatkan saya kalau saya terlupa~


Photobucket
 



Friday, July 13, 2012

Kopiah itu Osem Tahu^.^



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Boleh kan?

Islam itu indah... Benar, tetapi ia bukan sekadar di atas kata-kata semata-mata. Sebaliknya Islam perlulah diamalkan, barulah kita akan merasai nikmatnya beragama.
Bukan sekadar cakap Islam tu indah, Islam tu indah.. Tapi bila suruh berpuasa, kata "Aduhh... aku gastrik ni!", atau bila disuruh solat, "Aku sakit.. Camne nak solat? Dah tentu ALLAH paham akan keadaan diriku yang lemah ini." Adehh letih layan orang yang beralasan sebegini. Macam mana nak tahu keindahan Islam kalau belum apa-apa lagi dah complaint macam-macam, atau sentiasa beralasan. Tambahan plak, kita ni sentiasa mengambil bahagian-bahagian syariat yang kita suka aje.. Contohnya berpuasa sebab kalau berpuasa berlapar, nikmatnya adalah makan makanan yang dibeli di bazaar Ramadhan, tetapi dalam masa yang sama tak solat.. Nauzubillah...

Ambillah Islam tu keseluruhan, janganlah hanya mengambil separuh-separuh. Kalau ambil separuh-separuh, macam mana nak menikmati keindahan Islam? Macam mana nak merasai nikmat beragama?

Di dalam komik ni, kopiah dan jubah tu contoh yang mudah aje, sebab orang selalu kutuk benda ni. Kopiah dan jubah tu sunnah, tanda cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sunnahnya. Bayangkan apa perasaan kita bila pakai kopiah dan jubah? Tak boleh bayangkan? Kalau tak boleh, cubalah secara praktikal pula.. Rasai keindahannya sendiri...

Namun, ia hanya akan berhasil kepada orang-orang yang 'hidup' hatinya. So terpulang kepada hati masing-masing. Mesej ini tidak terhad kepada sunnah memakai kopiah dan jubah sahaja, tapi merangkumi kesemuanya syariat yang Islam datangkan kepada kita. Pokok pangkalnya, berbalik kepada diri sendiri. Ubah fikiran, jadilah insan yang menerima Islam dengan sepenuhnya. Ok?
:)

Kopiah dan jubah tu osem tahu!


credit to:-->LukisanDakwahIslam|RusydeeArtz 


Photobucket
 


Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...