Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah pena masih mampu ditarikan seperti biasa biarpun dengan gerak perlahan dan tanpa tujuan yang pasti. Dibiarkan sahaja pena menari-nari mengikut rentak hati diwaktu ini. Entah difahami atau tidak bicara sepi ini. Biarlah tulisan hati ini hanya menjadi monolog sepi ana bersama Qarin=p
Sudah memasuki semester kedua. Perjalanan waktu yang terlalu pantas masih tak mampu menyedarkan diri ini dari mimpi yang panjang. Terus terlena dan terleka. Setiap kali semester baru menjengah setiap kali itu juga kekuatan harus dicari. Puas memujuk diri. Ah, kaki masih longlai untuk menapak. Sangat benci dengan perangai sendiri. Kekadang merosakkan nawaitu yang dibuat. Air mata masih belum mampu disekat. Manja sungguh kamu ni!dush..dush (kalau ada ubat yang boleh bekukan air mata ni, ana akan telan sekarang.sigh*)
Air matamu bukan untuk meratapi dunia ini. Tapi aliran air matamu hanyalah untuk menginsafi dosa-dosamu seluas lautan. (Tubna ya ALLAH..tubna ya ALLAH, tubna ya ALLAH)
Menapak sahaja di taman ilmu dan bumi, tarbiyyah ALLAH terus menyapa. Sayang sungguh ALLAH kepada kamu! Terus menerus tidak membiarkan kamu terleka. Dihidangkan ujian untuk menarik kamu kembali kedakapanNYA. ALLAHurabbi. Tak pernah dibiarkan dalam kenikmatan yang melimpah. Ada sahaja red flag daripadaNYA. Alhamdulillah kamu masih dalam perhatiaanNYA. Minggu pertama banyak digunakan untuk memujuk diri. Memberi tasji’ kepada diri sendiri. Membelai-belai hati ini untuk menjadi seorang yang tabah walaupun masih gagal. ALLAHuakbar. Moga akhir nanti ALLAH bekalkan ketabahan itu. ALLAHumma’amin.
Pembelajaran sudah bermula. Semester ini masih bersendirian untuk beberapa madah. La tahzan. Dalam sendirianmu ada ALLAH yang setia menemani. Rindu zaman sekolah. Kemana-mana sahaja pasti ditemani . Sekarang semua itu sudah berlalu. Tiada lagi yana, asma, wani mahupun yan menemani di sisi. Segalanya dilalui bersendirian. ALLAH ingin hapuskan pergantungan kamu selain daripadaNYA . Kamu sudah tiada sesiapa melainkan ALLAH. ALLAH sebagai pengantungan utama. Tiada lagi yang dapat menolongmu selain DIA. Tiada lagi perlindungmu selain DIA. wALLAHu waliul mu’minin.
Dalam sendirimu ada ALLAH.. Dalam kesedihanmu ada ALLAH sebagai penghibur. Dalam tangismu ada ALLAH sebagai penenangmu..
Sekali bersahabat selamanya kita bersahabat..Rindu^_~
Jangan lagi rasa kamu bersendirian kerana kamu sentiasa ditemani ALLAH. ALLAH memberi sepenuh kepercayaan kepadamu tetapi kenapa kamu sendiri mengkhianatinya? ALLAH yakin kamu boleh tapi kenapa kamu tak yakin dengan diri sendiri? Yakinlah, semalam ALLAH telah menolongmu. Esok dan selamanya DIA pasti akan menolongmu lagi. ALLAH yang datangkan ujian maka DIA punya cara tersendiri untuk memujukmu.
Sesungguhnya ALLAH akan memberikan pahala kepada orang-orang yang sabar tanpa dihitung.” (Az-Zumar: 10)
Duhai diri.
Berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup tidak selalu bahagia..
Sedekahkanlah satu senyuman walaupun dihatimu tidak lagi mampu bertahan..
Berlajarlah memaafkan walaupun hatimu terluka..
Berhentilah memberi alasan walaupun ingin menyatakan kebenaran..
Hiduplah dalam iman walaupun hari dipenuhi dugaan..
Dan berpeganglah kepada ALLAH walaupun DIA tidak kelihatan..
Bukti kasihNYA kita wujud di dunia pinjaman ini..
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara..
Yakinlah ALLAH menguji setiap hambaNYA yang mengaku beriman kepadaNYA..
Jangan terlalu berkhayal untuk jadi terbaik kerana hidup tak semudah itu..
Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdiaan yang hakiki..
Moga lelahmu di hargai ILLAHI walaupun dicemuh insani..
Jadual sem ni.. satu subjek dah drop.
~KAMU BOLEH~
ALLAHUAKBAR!!
Monolog sepi bersama qarin
Ummu Rumaysa
Ghurfatul Jadid
Mahallah Syafiyyah
7:57am
171210
Nota hati 1: Sem ni dihalau keluar dari bilik lama. Dari level 1 dicampak ke level 4 di block yang berbeza. Assobrun jamil(n_n)
Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..
No comments:
Post a Comment