Bismillahirrahmanirrahim…
Entri ini khas buat sahabat kesayanganku fid dunia wal
akhirah InshALLAH sempena ulang tahun kelahirannya (8.12.2010) yang ke-21(akak,
tak pe kan bagi tau..hehe)(n_n)
Akak..
Pada pertemuan yang tidak disangka-sangka ini akhirnya telah
mencambahkan benih-benih mahabbah antara kita. Sungguh singkat perkenalaan
antara kita tapi jika dilihat dari mata kasar kita seolah-olah sudah beberapa tahun menyulam
persahabatan.SubhanALLAH sungguh hebat perancangan ALLAH.Dicampakan dan dicambahkan
benih-benih mahabbah wa rahmah itu ke dalam hati kita . Sehinggakan beberapa
kali akak mengulangi ayat yang sama.
Betul ke ni budak comot(panggilan untuk saya) yang akak
jumpe kat café dulu?
Tersenyum.
Memang sukar nak
percaya. Segalanya berlaku tanpa sedar. Sedar-sedar sahaja kita sudah rapat. Berkongsi
cerita dan rahsia.=) Baru beberapa minggu kita menghulurkan salam pengenalan tapi
sudah banyak perkara kita kongsi.
Akak..
Maafkan saya sepanjang pengenalan kita. Sepanjang saya
menjadi ‘bidan terjun’ untuk menjaga akak. Saya tak mampu berikan yang terbaik
untuk akak. Selalu sahaja saya kalah untuk menyekat air mata ini daripada terus mengalir. Saya tak sekuat akak
dan tender-tender sebelum ni. Maaf juga kerana saya selalu tak sabar dengan
karenah ‘makhluk’ tu. Akak cakap saya ni
terlalu garang dengan ‘makluk’ tu . Maaf kak:’(. Saya selalu saja gagal menjaga
akak disaat penyakit akak menyerang. Walaupun akak telah memberi sepenuh
kepercayaan kepada saya untuk menjaga akak. Maaf untuk sekian kalinya. Saya bukan
seperti yang akak harapkan.
Akak..
Terima kasih akak
diatas segala teguran dan nasihat yang diberi. Akak banyak ingatkan saya kepada
ALLAH. Setiap kata yang keluar dari mulut akak semuanya bermakna bagi saya. Rasa
tertampar dengan setiap kata-kata akak. Akak telah menjadi wasilah untuk ALLAH
menegur perbuatan-perbuatan sumbang saya. Melalui akak juga ALLAH mentarbiyah saya untuk menjadi hambaNYA yang
sabar dan kuat . Akak selalu cakap bila ALLAH uji akak, ALLAH bukan uji akak
saja tapi ALLAH juga uji orang disekeliling akak .
Akak..
Doakan saya menjadi sekuat dan setabah akak. Saya tak kuat
macam akak bila berdepan dengan ujian. Akak
masih dapat mengukirkan senyuman disaat akak disakiti. Betapa Al-Qawinya ALLAH
memberi kekuatan kepada akak. Saya
teringat kata-kata ‘makhluk’ tu masa kami berbual-bual dengannya.
Aku sebenarnya dah tak larat nak kacau budak ni. Dah berapa
tahun aku kacau dia tapi dia tetap tak nak ikut kami(murtad..Nauzubillah). Kalau
aku masuk dalam badan korang dah lama dah korang ikut kami(lebih kurang macam
ni la ‘makhluk’ tu cakap)
Bila dengar ‘makhluk’ tu cakap saya rasa lega. Akak memang
kuat untuk melawan ‘makhluk’ tu. Memang ALLAH pilih akak sebab akak mampu nak
lawan semua tu. Saya pun nak jadi kuat macam akak. Kuat untuk melawan segala
ganguan. Akak nak tasji’(^__~)
Untuk akhirnya, saya nak minta maaf di atas segala khilaf sepanjang kita bersahabat. Saya juga ingin
memohon maaf kerana saya jarang-jarang merisik perkhabaran akak. Tapi saya nak
akak tahu saya selalu ingat akak. Saya tak pernah lupakan akak. Kenangan bersama
akak selalu bertandang. Kekadang buat
saya tersenyum dan adakalanya membuatkan saya menangis. Saya sentiasa mendoakan
supaya ALLAH terus, terus dan terus
memberi kekuatan kepada akak untuk melawan penyakit tu. Akak K.U.A.T.
Sanah Helwah Akak Comot!:)
Moga dengan
pertambahan usia ini akan bertambah keimanan
Bertambah
matang untuk mengenal hakikat kehidupan sebenar
Dan
bertambah kecintaan kepada Yang Maha Esa
Sayang
akak, Rindu akak
Lillahi ta’ala.
InshALLAH(^__^)
Menulis bertintakan air mata ..berlatar belakangkan lagu
Langkah Tercipta=)
Ummu Rumaysa
081210
7:50am
Baiti Jannati
Nota hati: Makhluk disini bermaksud jin
Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..
No comments:
Post a Comment