Monday, December 6, 2010

Meracip Ketabahan




Bismillahirrahmanirrahim…

Pena terhenti sekian lama. Momentum penulisan semakin berkurang. Sering berhadapan kemalasan  tahap  super duper ketika jari jemari mula menyentuh papan kekunci. Untuk kali ini pena ditarikan dengan lenggok yang agak sumbang dan perlahan. Mungkin kerana sudah lama tidak beraksi:p. Selama manakah blog ini bakal bertahan? Soalan dilontarkan pada diri. Namun  minat dalam dunia penulisan masih tersisa. Mana mungkin kegilaan dalam bidang penulisan ini dibiarkan terhenti. Minat ini sudah bercambah sejak di bangku sekolah rendah lagi. Takkan dibiar dinokhtahkan begitu sahaja.

Dalam misi hibernate yang panjang ana tiba-tiba di datangi teguran daripada seorang ukhti. Meminta ana mengurangkan post mengenai cinta. Beliau mengatakan terlalu banyak post ana mengenai cinta. Muhasabah sebentar. Beliau juga mengingatkan ana agar tidak menulis entri berkisar diri sendiri. Tertampar lagi. Ana meraikan tegurannya. Hanya memasang telinga tanpa menyampuk apa-apa. Membiarkan hati ini terus diketuk dengan nasihat. Beliau juga menugur ana supaya melaksanakan selaras apa yang diperkatakan. Syukran:)Ana sentiasa menganggap setiap teguran daripada seorang hambaNYA merupakan teguran langsung ALLAH. Mereka hanyalah sebagai wasilah.

Apabila kita sering diuji dengan apa yang sering didakwahkan, itu petanda ALLAH sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang diperkatakan. Bersyukurlah ALLAH masih mengingatkan kita dalam usaha kita mengingatkan manusia.

Setiap kata-katanya diracip  satu persatu. Ditelan jua biarpun pahit. Mungkin beliau belum dapat memahami diri ini. Biarlah. Ana tak minta difahami kerana ana sendiri kadang-kadang sukar memahami diri sendiri:’( Ana perlu  memahami adat dalam dunia blogger. Bukan semua dapat memahami bicara hati yang cuba dilakarkan diatas sekeping kanvas maya.

Bukan hanya kawan yang membaca blog, lawan juga membaca.(credit to Insyirah Solehah)

Maaf andai butir bicara sepi ini kurang disenangi oleh sesetengah pihak. Ana tak pernah memaksa sesiapa mengikuti tulisan ana ini yang ketajaman penanya tak mampu menembus hati-hati kalian. Maaf. Maaf. Maaf. Ana mengambil masa yang panjang untuk kembali  merenung ke dalam diri. Makanya ana memilih untuk menutup blog ini buat sementara. Bukan berkecil hati tapi mengambil masa untuk memujuk hati untuk menelan setiap teguran. ALLAH masih sudi menyapa hati ini dengan ingatan dariNYA supaya ana tak tersasar dari matlamat perjuangan yang sebenar .



Sabar dan redhalah di atas ujianNYA  kerana ada didikan dan hikmah kepada kita.

Kita sering inginkan yang indah-indah sahaja. Tanpa sedar yang indah itulah yang mengundang padah. Dalam kesenangan itu kadang-kadang membuatkan kita alpa dengan segala bentuk nikmat yang hadir. Kufur dengan nikmat yang diberiNYA. Bila kita dalam musibah mata hati ini yang dulunya buta melihat nikmat ALLAH tiba-tiba celik. Tersingkap segala nikmatnya yang digunakan dilandasan yang salah.

Masalah(takdir) ini memerlukan penjelasan yang panjang dan berliku-liku yang mungkin membuat seseorang tersesat di dalamnya. Di dalamnya terdapat rahsia ketetapan ALLAH yang banyak membingungkan akal manusia.~Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad~       

Cubalah menguntumkan senyuman ketika hatimu sedang menangis. Berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup  tak selalu bahagia. Disaat ALLAH mengirimkan angin musibah ALLAH sebenarnya mengajak kita kembali muhasabah. Ambillah peluang ini untuk menjahit semula sejadah cinta yang kian tercarik biarpun dengan tangan yang terluka. ALLAH sentiasa menanti kepulangan kita kepadaNYA.

Oh,Tuhan izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru.. Taubat nasuha setulus untukMU..

*Pena terhenti

Memikirkan kembali entri-entri sebelum ini yang kurang disenangi oleh sesetengah pihak. Ana ingin menarik perhatian kalian. Tak semua kalam sepi ini hasil tulisan ana sendiri. Ada yang dicopy-paste  dari blog sahabat-sahabat maya. Ana telah meletakkan link. Intabihu jayiddan. Ana gemar melakukan blogwalking untuk menajamkan kembali idea-idea yang kian tumpul. Ketika kekontangan idea ana akan menceduk entri-entri dari blog lain sementara menanti ilham ILAHI..ngeh3 



 Hidup ini untuk bersyukur..
 Syukur pada yang menyakiti kamu kerana dia menabahkan hatimu..
Syukur pada yang tidak mengendahkan kamu kerana dia mengajar kamu berdikari..
Syukur pada yang menipu kamu kerana dia meningkatkan pengetahuan kamu..

Tertarik dengan status fb my roommate (credit to ‘Izzah)

When in time of trouble & difficulties in your life,
Don't ever say, "Oh my God, I've a big problem".
But say, " Hey problem, I've a big God...!"


SubahanALLAH. Terketuk hati. Apalah sangat ujian kita hadapi sekarang. Orang lain mungkin lebih besar ujiannya. Rasulullah kalau dijadikan bandingan bagindalah  yang paling banyak diuji. Namun ujian ALLAH kepada baginda menempa iman baginda sehingga menjadi insan teladan sepanjang zaman. Ujian adalah tapisan untuk meningkatkan keimanan. Makanya, jika rasa tak mampu berdepan dengan ujian  sentiasalah menyakini kita memiliki ALLAH yang Al-Qawi, Al-Jabbar, Al- Mutakkabir. Yakin, kelmarin ALLAH telah menolongmu percayalah esok dan selamanya ALLAH pasti akan menolongmu lagi! Bersangka baiklah dengan ALLAH kerana ALLAH bersama sangkaan hamba-hambaNYA .



Bibir tersenyum:)..hati menangis:'(
Ummu Rumaysa
Baiti Jannati
061210
12:13pm


Nota hati 1: Hati ini terketuk dengan entri Dunia Blogger (Insyirah Solehah) dan Blogger=Daie(Hilal Asyraf). Dua entri yang banyak memujuk hati.  
Nota hati 2: Jantung sedang berdegup kencang menanti result yang bakal keluar petang ini. Moga natijahnya seperti yang diinginkan..Ameen=)





 Ya ALLAH!maafkan aku apa yang mereka tidak tahu tentang aku..dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan..

3 comments:

Anonymous said...

Sy amat tertarik dgn entri awak..menusuk hati dn mnyentuh jiwa sy..kalu blh, pedulikan org kata krna sy amat suka bc entri awak tntg cnta..

Anonymous said...

saudari blogger, sy minta kebenaran share dgn kwn2 sy ye...

Ummu Rumaysa said...

ALLAHUakbar..terharunya..hakikatnya,ALLAH yang tlh m'yentuh dan mengusik hati kamu..'ala kulli hal,syukran kerana m'baca tulisan yg tak seberapa ini=)

Mithaqan Qholizo:)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  AlhamduliLLAH thumma alhamduliLLAH 30 JamadilAwwal 1436H | 21 Mac...